BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis SG beri amaran kes ceroboh akaun kripto akibat e-mel digodam semakin meningkat

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Polis SG beri amaran kes ceroboh akaun kripto akibat e-mel digodam semakin meningkat​

laptop.jpg

Seorang lelaki sedang menggunakan komputer riba. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Polis memberi amaran mengenai trend terbaharu membabitkan akses tanpa kebenaran ke akaun mata wang kripto menerusi akaun e-mel yang digodam.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan pada Sabtu (12 Sep) menyatakan pihaknya mengesan peningkatan kes sedemikian sejak pertengahan Ogos.

IKLAN

Siasatan mendapati beberapa akaun e-mel yang terjejas sebelum ini muncul dalam insiden kebocoran data di platform-platform lain, sekali gus menunjukkan butiran mangsa mungkin telah terdedah.

"Pelaku mungkin mengambil kesempatan daripada keadaan itu dengan menggunakan maklumat log masuk e-mel yang terjejas untuk mengakses akaun mata wang kripto mangsa, terutama mereka yang menggunakan kata laluan sama bagi pelbagai khidmat online," menurut SPF.

Dalam kes sedemikian, penipu mungkin menyemak akaun e-mel mangsa untuk mengenal pasti platform atau bursa mata wang kripto yang digunakan.

Mereka juga mungkin membuat peraturan peti masuk untuk mengarkib, menghantar semula atau memadam e-mel daripada bursa mata wang kripto secara automatik bagi mengelakkan pengesanan.

Penipu kemudian boleh mengemukakan permintaan untuk menetapkan semula kata laluan akaun mata wang kripto dan memintas pautan tetapan semula kata laluan, kata laluan sekali guna (OTP) atau e-mel pengesahan yang dihantar kepada mangsa.

IKLAN

Polis turut memberi amaran bahawa maklumat log masuk yang diperoleh melalui kebocoran data terdahulu boleh digunakan untuk mengakses akaun mata wang kripto sekiranya mangsa menggunakan kata laluan sama bagi pelbagai khidmat online.

SPF menggesa orang ramai supaya menggunakan kata laluan yang kukuh dan unik bagi setiap akaun online serta mengaktifkan pengesahan berbilang faktor atau pengesahan dua faktor.

Seberapa yang boleh, pengguna disarankan supaya menggunakan aplikasi pengesahan berbanding pengesahan menerusi SMS, yang lebih mudah dipintas, menurut polis.

Pengguna juga harus sentiasa memeriksa tetapan keselamatan e-mel mereka, termasuk melihat jika terdapat peraturan peti masuk tanpa kebenaran, tetapan penghantaran semula e-mel atau aktiviti log masuk yang mencurigakan.

Mereka juga perlu memberi perhatian kepada pemberitahuan daripada penyedia khidmat mengenai kebocoran data dan menukar kata laluan dengan segera jika maklumat log masuk mereka terdedah, selain memastikan pengesahan berbilang faktor atau pengesahan dua faktor diaktifkan.

IKLAN

Pemilik akaun mata wang kripto pula harus menyemak sejarah transaksi secara berkala dan mengaktifkan pemberitahuan aktiviti akaun jika ciri tersebut disediakan.

Sesiapa yang mengesyaki akaun e-mel atau mata wang kripto mereka telah digodam harus segera menghubungi penyedia khidmat e-mel dan bursa mata wang kripto masing-masing untuk melindungi atau membekukan akaun berkenaan, jika boleh.

Mereka juga harus menukar kata laluan bagi akaun e-mel, akaun mata wang kripto dan mana-mana akaun online lain yang menggunakan kata laluan sama.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah sedemikian boleh menghubungi talian polis di 1800 255 0000 atau menyalurkan maklumat secara online menerusi platform i-Witness polis.

Mereka yang tidak pasti sama ada sesuatu itu penipuan boleh menghubungi Talian Bantuan ScamShield 24 jam di 1799 atau memuat turun aplikasi ScamShield untuk menyemak, mengesan dan menyekat penipuan.

 
Back
Top
Log in Register