combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kes URTI, Asma Di Melaka Catat Penurunan, Konjunktivitis Meningkat
kredit: FB NGWE HEE SEM
Kes jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di Melaka susulan situasi jerebu yang melanda negara mencatatkan penurunan sebanyak 35.8 peratus kepada 339 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-35, berbanding 528 kes pada ME ke-34.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata kes asma turut merekodkan penurunan sebanyak 44.9 peratus kepada 54 kes pada ME ke-35, berbanding 98 kes pada ME ke-34.
Beliau bagaimanapun berkata kes konjunktivitis mencatatkan peningkatan sebanyak 60 peratus kepada 16 kes pada ME ke-35, berbanding 10 kes pada ME ke-34.
“Pemantauan dilaksanakan secara harian melalui tiga klinik sentinel, iaitu Klinik Kesihatan Tengkera, Klinik Kesihatan Bukit Rambai dan Klinik Kesihatan Masjid Tanah.
“Selain itu, Hospital Melaka adalah hospital sentinel bagi pemantauan kes rujukan berkaitan jerebu di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ngwe berkata perubahan trend kes ketiga-tiga penyakit berkenaan perlu ditafsirkan dengan berhati-hati memandangkan bilangan kes klinikal boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan tidak semestinya mencerminkan kesan jerebu semata-mata.
Beliau berkata selain perubahan tahap kualiti udara, kesan kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran udara juga boleh berlaku selepas suatu tempoh tertentu.
Justeru, Ngwe berkata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) akan terus memantau trend penyakit berkaitan jerebu serta status kualiti udara dari semasa ke semasa bagi membolehkan pengesanan awal sebarang peningkatan kes dan pelaksanaan intervensi kesihatan awam yang bersesuaian.
Dalam pada itu, beliau berkata JKNM telah dan sedang melaksanakan beberapa tindakan lain bagi memantau isu penyakit berkaitan jerebu, termasuk meningkatkan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kehadiran dan kes penyakit berkaitan jerebu, khususnya dalam kalangan kumpulan rentan dan berisiko tinggi.