BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM Nafi Siasatan Berat Sebelah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Lim Guan Eng: Pegawai Penyiasat SPRM Nafi Siasatan Berat Sebelah​

2f3234cf4dbb40a55d1a84060ea61a016a7065a1782c6

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Pegawai penyiasat kes rasuah projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion yang membabitkan Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa beliau menjalankan siasatan secara berat sebelah.

Penguasa Kanan Bahagian Siasatan, Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli, 34, berkata demikian ketika disoal balas peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada perbicaraan kes berkenaan hari ini.

Terdahulu, Mohd Haijan mempersoalkan kegagalan pihak penyiasat mengesahkan sama ada syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) pernah mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Pulau Pinang berhubung laporan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci (FSDD) bagi projek terowong dasar laut itu.

Bagaimanapun, Zulhilmi berkata laporan FSDD bagi projek berkenaan belum dikemukakan kepada kerajaan negeri kerana ia masih di peringkat awal dan baharu disediakan oleh CZBUCG.

Menjawab soalan Mohd Haijan sama ada beliau pernah melihat dokumen FSDD projek terowong itu, saksi pendakwaan ke-38 itu menjawab, "Ada lihat."

Zulhilmi turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa pihaknya hanya bergantung pada keterangan saksi pendakwaan ke-23, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, tanpa mengesahkan kesahihan penyediaan FSDD projek berkenaan, selain menafikan beliau gagal menyiasat perkara penting itu.

Mohd Haijan: Setuju dengan saya bahawa siasatan tuan berhubung isu ini adalah berat sebelah dan berniat untuk mengenakan anak guam saya (Lim).

Zulhilmi: Saya tidak setuju.

Apabila ditanya sama ada sehingga kini CZBUCG masih belum menerima bayaran bagi penyediaan FSDD projek terowong itu, Zulhilmi menjawab, "Tidak pasti."

 
Back
Top
Log in Register