combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kes Bunuh: Permohonan Tangguh Pelaksanaan Hukuman, Jaminan Dua Bekas Pelajar Ditolak
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan dua bekas pelajar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memberikan jaminan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh serta memerintahkan mereka ditahan di bawah perkenan Sultan Perak.
Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata alasan yang dikemukakan oleh kedua-dua pemohon tidak terjumlah kepada keadaan khusus atau luar biasa bagi mewajarkan pemberian jaminan.
Turut bersidang Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun.
Kedua-dua remaja disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 13 Jan lepas bagi kesalahan membunuh adik lelaki tertuduh kedua yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Gleenview, Kamunting, Taiping, Perak antara 3 petang hingga 6 petang pada 5 Julai 2019.
Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka ditahan atas perkenan Sultan Perak mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Remaja lelaki itu berumur 15 tahun manakala remaja perempuan 14 tahun ketika kejadian dan kini mereka masing-masing berusia 22 serta 21 tahun.
Sebelum ini, mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin, tertakluk kepada beberapa syarat termasuk perlu melapor diri di balai polis dua kali seminggu serta sekatan pergerakan dan perjalanan.
Pada prosiding hari ini, peguam Ahmad Faazil Rahman Saiful Jaafar Sadik yang mewakili remaja lelaki memohon penangguhan pelaksanaan hukuman dan jaminan atas alasan anak guamnya sedang mengikuti pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan serta telah memperoleh diploma.
Beliau berkata pemohon berhasrat untuk meneruskan pengajiannya serta mendapatkan ijazah, dan penahanan berterusan akan memaksa remaja itu berhenti belajar.
Kes Bunuh: Permohonan Tangguh Pelaksanaan Hukuman, Jaminan Dua Bekas Pelajar Ditolak
mahkamah rayuan, bunuh, bekas pelajar, jamin, pen