BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Pelajar Ditikam: BJCK Gesa Perkukuh Pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kes Pelajar Ditikam: BJCK Gesa Perkukuh Pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat​

0aaeff507afa807356c3c3b75be8f99569c7c926aaa84


Kementerian Pendidikan (KPM) digesa memperkukuh dan melaksanakan Dasar Sekolah Selamat secara lebih menyeluruh di semua institusi pendidikan susulan kejadian pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di Banting, Selangor, semalam.

Menerusi kenyataan hari ini, Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang komited menyediakan peluang pendidikan sama rata kepada kanak-kanak, memaklumkan pendekatan whole-school safeguarding atau perlindungan menyeluruh di peringkat sekolah akan menjadikan perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab seluruh warga sekolah, dan bukannya dipikul oleh guru disiplin atau kaunselor semata-mata.

“Bagi memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak di sekolah, BJCK mencadangkan setiap sekolah mempunyai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang dilaksanakan secara konsisten dan dengan prosedur yang jelas bagi pencegahan, pelaporan, pengurusan risiko serta intervensi,” menurut kenyataan itu.

Menurut BJCK, langkah lain ialah menetapkan seorang pegawai atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap perlindungan dan keselamatan di setiap sekolah sebagai pusat rujukan bagi menyelaras isu perlindungan kanak-kanak, pengurusan aduan serta tindakan susulan.

Selain itu, pengurusan sekolah perlu memperkukuh latihan berkala kepada semua warga sekolah termasuk pentadbir, guru dan staf sokongan berkaitan perlindungan kanak-kanak, pengesanan awal faktor risiko, amalan bermaklumat trauma serta pengurusan konflik.

BJCK turut menyeru pihak seholah untuk menambah baik mekanisme aduan yang benar-benar mesra kanak-kanak, selamat, sulit dan mudah diakses supaya setiap murid berasa yakin untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut atau stigma.

“Pada masa sama, sekolah perlu melaksanakan penilaian risiko serta audit berkala terhadap pelaksanaan Dasar Sekolah Selamat dengan memberi penekanan bukan sahaja kepada keselamatan fizikal tetapi juga kesejahteraan psikososial, budaya sekolah dan keberkesanan sistem perlindungan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai sebuah negara yang komited terhadap prinsip-prinsip Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC), BJCK memaklumkan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap kanak-kanak dilindungi daripada segala bentuk keganasan, kecuaian dan eksploitasi.

Menurut organisasi itu, hak untuk setiap kanak-kanak hidup, berkembang dan membesar dalam persekitaran yang selamat bukan sekadar aspirasi tetapi adalah hak asasi.

 
Back
Top
Log in Register