BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permohonan Paul Yong Untuk Semak Sabitan, Hukuman Kes Rogol Ditolak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d0bee180e872de65e8a36e67ab2988d56985b02abb775


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan merogol pembantu rumah, tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim, yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hashim Hamzah, dalam keputusan sebulat suara berkata permohonan itu gagal memenuhi ambang tinggi yang ditetapkan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 bagi membolehkan semakan dimulakan.

"Kami berpendapat bahawa pihak-pihak telah diberi peluang sepenuhnya. Tiada pelanggaran keadilan asasi, justeru kami menolak permohonan ini," kata Hashim.

Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang ialah Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Yong, 55, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya pada 1 Okt 2025.

Terdahulu, peguam Yong, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa Yong sepatutnya diberi kebenaran untuk semakan kerana pemohon telah mengalami ketidakadilan yang serius kerana haknya untuk didengar telah dinafikan secara tidak sengaja oleh panel terdahulu.

Beliau berkata pelanggaran keadilan asasi berlaku apabila hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan kenyataan Yong di bawah Seksyen 112 sebagai bahan bukti, iaitu kenyataan yang diberikannya kepada polis semasa siasatan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Yusaini Amer Abdul Karim berkata fakta dan undang-undang yang dibangkitkan oleh pemohon telah dikemukakan dan dihujahkan secara terperinci semasa peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di hadapan panel terdahulu.

"Tidak wajar untuk persoalan fakta dan undang-undang dihujahkan semula pada peringkat ini. Sekiranya begitu keadaannya, maka tidak adalah kemuktamadan dalam prosiding," kata Yusaini yang mengendalikan kes bersama dengan TPR Mohd Amril Johari.

 
Back
Top
Log in Register