BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerosakan Lantai Konkrit, Jambatan Jalan Tun Fuad Stephen Ditutup Serta-merta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Kerosakan Lantai Konkrit, Jambatan Jalan Tun Fuad Stephen Ditutup Serta-merta​

fcb3d5730ca4e3e6ae77c363128c50db6a6c333557047


Jambatan di Kilometer 2.850 Jalan Tun Fuad Stephen di sini, ditutup serta-merta bermula 12 tengah hari, hari ini selepas pemeriksaan mendapati kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan penutupan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Penutupan ini hanya melibatkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Teluk Likas sahaja. Laluan akan dibuka semula setelah kerja pembinaan lencongan sementara disiapkan.

“Orang awam dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan tersebut," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register