BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MARA Gantung Serta-merta Petugas Didakwa Terlibat Gangguan Seksual

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

MARA Gantung Serta-merta Petugas Didakwa Terlibat Gangguan Seksual​

f6f46aa2f7c6de4b211bce2b402300a46a7c707147dd3

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.

Beliau berkata perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera.

“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.

“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. MARA tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya.

 
418005-418005.jpg


MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.

Beliau perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera.

"Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.

"Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. MARA tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya. - Bernama

Artikel ➡️ BERNAMA
 

Mara gantung serta-merta petugas didakwa gangguan seksual​

005c3a7a35a12b930fd26096ef0080c6.jpg


Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.

Beliau perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan Mara mengambil tindakan segera.

“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah.

“Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata Mara tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.

“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual.

“Mara tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya.

- Bernama

 
Back
Top
Log in Register