BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Gantung Serta-Merta Lesen Pemandu Bas Terlibat Kemalangan Di Johor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,710
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,710
Reaction score
97
Points
80
6569a83100105b232d1fde89efdc836469af8ac44b6d3

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (lima, kiri) mengedarkan paket makanan kepada anggota jabatan bomba dan penyelamat pada Program Singgah Sahur JPJ Kedah bersama Kelab Permotoran Kedah di Balai Bomba Jalan Tun Razak, hari ini

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung serta-merta Lesen Vokasional (PSV) pemandu bas ekspres terbabit kemalangan hingga menyebabkan 10 penumpang cedera di Kilometer 19, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor semalam.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 56 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sehingga siasatan berkaitan kemalangan itu selesai.

Beliau berkata JPJ turut mengarahkan pasukan penguat kuasa menjalankan JPJ Inspection and Safety Audit (JISA) terhadap bas terbabit bagi meneliti aspek pematuhan keselamatan kenderaan.

“Pasukan kami telah diarah menjalankan audit JISA terhadap kenderaan bas terlibat bagi menyemak aspek keselamatan dan pematuhan operasi,” katanya kepada pemberita selepas Program Singggah Sahur JPJ Kedah bersama Kelab Permotoran Kedah di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata JPJ turut membuat semakan terhadap Speed Limitation Device (SLD) pada bas berkenaan dan mendapati sijil pengesahan peranti tersebut masih sah hingga 2027.

“Buat masa ini siasatan berkaitan kemalangan diserahkan kepada pihak polis kerana ia melibatkan kes kemalangan jalan raya, manakala JPJ menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa jabatan,” kata  Aedy Fadly.

Semalam, polis memaklumkan kemalangan membabitkan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin, Johor Bahru itu dipercayai berpunca daripada pemanduan cuai.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam, bas itu dipercayai hilang kawalan di selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik berhampiran Kampung Sepakat Baru, Skudai dan menyebabkan pembantu pemandu bersama sembilan penumpang cedera pada bahagian kepala, badan, tangan dan kaki.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata JPJ merancang menambah lebih banyak kamera badan (BWC) bagi kegunaan anggota penguat kuasa di lapangan.

 
Back
Top
Log in Register