BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak Lulus RM500,000 Untuk Bina Jambatan Konkrit Di Kampung Ulu Geruntum

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perak Lulus RM500,000 Untuk Bina Jambatan Konkrit Di Kampung Ulu Geruntum​

60f8740dc53f15606c43b98f2ead45ae6a48e5e975316

fb Sandrea Ng

Kerajaan Negeri Perak meluluskan RM500,000 untuk pembinaan jambatan konkrit di Kampung Ulu Geruntum di Gopeng, sebagai penyelesaian jangka panjang berikutan jambatan utama kampung itu runtuh akibat kejadian kepala air pada 19 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata kerja-kerja berkaitan, akan dimulakan sebaik sahaja pelaksanaan kerja semasa selesai.

“Terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terus bertungkus-lumus membantu di lapangan, semoga segala usaha ini dapat dipercepat agar urusan dan kehidupan penduduk Kampung Ulu Geruntum kembali pulih seperti sediakala,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Sandrea yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja berkata bagi memulihkan bekalan air yang terjejas akibat paip pecah ketika kejadian, beliau telah meluluskan peruntukan ADUN sebanyak RM45,000 untuk kerja-kerja pembaikan.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan kecemasan RM150,000 bagi pembinaan sebuah titi gantung yang sedang berjalan dan dijangka siap sekitar pertengahan Julai bagi memulihkan laluan yang terputus.

Pada 19 Jun, kejadian kepala air yang berlaku di kampung tersebut menyebabkan lebih 50 mangsa, termasuk tiga bayi dan ibu mengandung dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bandaran Gopeng.

Operasi pemindahan itu dilakukan ekoran jambatan utama yang menghubungkan kawasan petempatan mereka runtuh akibat arus deras, sekali gus memutuskan laluan keluar masuk penduduk dan menyebabkan mangsa terkandas.

 
Back
Top
Log in Register