BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta Jatuh Sungai, Pemandu Maut Masih Pakai Tali Pinggang Keledar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
22.12.2025 - Seorang lelaki ditemui maut di tempat duduk kereta jenis Perodua Axia dipandunya yang terjunam ke Sungai Ampang Jajar di Persiaran Taman Jeragan, di sini, hari ini. Mangsa, Ooi Cheah Jhun, 28, dari Taman Anggerik, di sini ditemui dalam keadaan masih memakai tali pinggang keledar ketika kereta itu yang tenggelam di dasar sungai berjaya diapungkan dengan bantuan pihak bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain, berkata Perodua Axia itu ditemui jam 2.35 petang oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah ketika melakukan selaman. Beliau berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas VRS 2000 untuk mengapungkan kenderaan yang ditemui di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter.

"Pemeriksaan menemukan pemandu kereta masih dalam kenderaan dan memakai tali pinggang keledar. Kenderaan mangsa dipercayai meluncur laju kira-kira 49 meter sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke sungai. Menurut saksi, mereka ternampak kereta itu jatuh tetapi timbul semula sebelum tenggelam perlahan-lahan dalam sungai, " katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Ismail berkata, mangsa dibawa keluar dan selesai diangkat ke tebing jam 2.39 petang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi, sebelum mayat diserahkan kepada polis. Operasi disertai 12 anggota PPDA dari BBP Jitra dan Sungai Petani, serta 19 anggota dari BBP Alor Setar, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
1766403077496.png
 


Kereta jatuh sungai, pemandu maut masih pakai tali pinggang keledar


ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemui maut di tempat duduk kereta jenis Perodua Axia dipandunya yang terjunam ke Sungai Ampang Jajar di Persiaran Taman Jeragan, di sini, hari ini.

Mangsa, Ooi Cheah Jhun, 28, dari Taman Anggerik, di sini ditemui dalam keadaan masih memakai tali pinggang keledar ketika kereta itu yang tenggelam di dasar sungai berjaya diapungkan dengan bantuan pihak bomba.


Beliau berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas VRS 2000 untuk mengapungkan kenderaan yang ditemui di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter.

"Pemeriksaan menemukan pemandu kereta masih dalam kenderaan dan memakai tali pinggang keledar.

"Kenderaan mangsa dipercayai meluncur laju kira-kira 49 meter sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke sungai.

"Menurut saksi, mereka ternampak kereta itu jatuh tetapi timbul semula sebelum tenggelam perlahan-lahan dalam sungai, " katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.


Operasi disertai 12 anggota PPDA dari BBP Jitra dan Sungai Petani, serta 19 anggota dari BBP Alor Setar, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

#beritaharian
 
Saksi Lihat Kereta Di Pandu Laju Sebelum Terjunam Ke Sungai

22.12.2025 - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian seorang lelaki yang ditemui lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam sungai di Persiaran Taman Ampang Jajar, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, mangsa, Ooi Cheah Jhun, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikeluarkan dari kereta jenis Perodua Axia oleh pasukan bomba kira-kira pukul 2.50 petang. Menurutnya, saksi di lokasi kejadian mendakwa melihat mangsa memandu laju ke arah sungai sehingga mengakibatkan penghadang tebing sungai runtuh.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah seperti kesan luka dan sebagainya. Siasatan di lokasi juga mendapati kesan kerosakan pada tebing sungai yang menunjukkan impak perlanggaran berlaku pada kelajuan tinggi. Selain itu, terdapat kesan tayar kenderaan yang bergerak lurus di atas padang rumput tanpa sebarang tanda pemandu hilang kawalan sebelum melanggar penghadang sungai dan menjunam ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, saksi kejadian turut memaklumkan melihat kereta mangsa berhenti seketika sebelum bergerak laju ke arah sungai.

“Namun, keadaan itu tidak menunjukkan sebarang unsur paksaan atau pergelutan. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa dipercayai bersendirian ketika kejadian memandangkan ibu bapanya berada di Pulau Pinang.
1766418790078.png
 
14131358554745981-356495.jpg

14131358554745981-356496.jpg

14131358554745981-356497.jpg


Menurut Pusat Gerakan Operasi Kedah, panggilan kecemasan diterima melalui talian NG999 pada jam 10.37 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar digerakkan ke lokasi kejadian. Pasukan bomba tiba pada jam 10.43 pagi, kira-kira empat kilometer dari balai.
Komander Operasi melaporkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia ditemui tenggelam di dasar sungai dengan keadaan air statik dan anggaran kedalaman antara enam hingga tujuh meter. Susulan itu, bantuan Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) serta bot dimohon bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
Dua anggota PPDA memulakan penyelaman pada jam 12.43 tengah hari, manakala pasukan bot menjalankan pemantauan serta pencarian di permukaan air. Kenderaan berkenaan berjaya dikesan di dasar sungai pada jam 2.34 petang dan diapungkan ke permukaan menggunakan peralatan khas VRS 2000.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa berusia 28 tahun berada di dalam kenderaan tersebut dan disahkan meninggal dunia. Mangsa kemudian dibawa ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang melibatkan seramai 19 anggota, termasuk sembilan anggota PPDA, ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.52 petang.

Kredit ➡️ Bomba Kedah
 
Back
Top
Log in Register