BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik disaman gara-gara pencuri kereta tidak pakai tali pinggang keledar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3440869.webp

Rakaman memaparkan pencuri berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar.

GOLD COAST – Sepasang suami isteri di Australia berdepan situasi mengejutkan apabila dikenakan denda lebih AUD6,000 (kira-kira RM18,000) walaupun mereka sebenarnya mangsa pencerobohan rumah.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian berlaku pada Januari lalu ketika mangsa sedang tidur sebelum beberapa individu bertopeng menceroboh masuk ke kediaman mereka.

Suspek dipercayai telah memperoleh kunci kenderaan sebelum cuba memasuki bilik tidur pasangan itu bagi mendapatkan kunci lain.

Penceroboh kemudian mengambil beberapa barangan termasuk beg gimnasium, kasut dan peralatan rumah.

Mangsa yang terjaga akibat bunyi bising bertindak mengejar suspek keluar dari rumah dan segera menghubungi polis, namun mendakwa pihak berkuasa tidak hadir ke lokasi ketika itu.

Suspek bagaimana pun bertindak datang semula ke kediaman berkenaan dan melarikan sebuah kenderaan milik mangsa.

Beberapa minggu selepas kejadian, pasangan itu menerima notis saman trafik berjumlah AUD6,258 selepas kamera jalan raya merakam kenderaan curi tersebut dipandu tanpa pemakaian tali pinggang keledar.

Denda berkenaan dikeluarkan atas nama pemilik kenderaan walaupun kereta itu telah dicuri.

Mangsa menyifatkan situasi tersebut sebagai tidak adil kerana mereka menjadi mangsa jenayah tetapi tetap dikenakan tindakan undang-undang.

Insiden itu turut memberi kesan emosi kepada anak mereka yang masih kecil sehingga terpaksa mendapatkan bantuan psikologi akibat trauma kejadian berkenaan.

Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada denda tersebut akan dibatalkan.

 
Back
Top
Log in Register