BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Tidak Rayu Keputusan 40 Peratus Hasil, Beri Impak Positif Kepada Sabah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
ff362a821879e042b07d74e251618367691559fee8e39

bd2a1279c281bcdad9e05f5b627b188a69155a12deda9

bfcd01d4cc5d6d9800d3bcc079851476691559e3f3c07

0b3ee0d5282e000efb4a3966f229f6bc691559c96820b

Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Malaysia Tawau Wong Thart Sin

Langkah kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan negeri itu.

Pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) Tawau Wong Thart Sin berkata keputusan itu membuka ruang perbincangan untuk membawa lebih banyak hasil ke Sabah.

"Saya percaya melalui hasil itu, pembangunan mampan dapat direalisasikan seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan yang bakal memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

“Pembangunan ekonomi penduduk setempat juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik misalnya peruntukan kepada satu kampung untuk satu perusahaan mikro, kecil dan sederhana diwujudkan," katanya kepada Bernama.

Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga 2021.

Pada Isnin lepas, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

Bagi pereka fesyen, Mohd Norwahidin Noordin, 24, pemberian khas itu dapat memajukan kawasan pelancongan seperti di tempat kelahirannya di Semporna sebagai pusat pelancongan berdaya maju yang seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.

“Semporna semakin menjadi tumpuan pelancong luar untuk melancong ke pulau-pulau di daerah itu, oleh itu kemudahan infrastruktur perlu ditambah baik dengan membina lebih banyak hotel-hotel sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Hasil itu dapat membiayai pembinaan sebuah lapangan terbang di Semporna bagi memudahkan akses kepada pelancong memandangkan ketika ini mereka perlu mendarat di Lapangan Terbang Tawau yang terletak lebih 80 kilometer dari bandar Semporna.

 
Back
Top
Log in Register