BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40 Peratus Hasil: PM Nafi Keputusan Tidak Rayu Ada Kaitan Dengan PRN Sabah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8200e9637d1d02246405698ded40613769157fa632339

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan keputusan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan hak tuntutan 40 peratus hasil Sabah mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 29 Nov ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat secara bersama hasil beberapa mesyuarat yang dipengerusikannya bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Berbelas kali mesyuarat, saya sendiri pengerusikan, di Kuching, di Kota Kinabalu dan di Kuala Lumpur," katanya kepada media selepas majlis perasmian Konvensyen Pengajian Islam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Anwar berkata rasional Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu telah dibincang dan dijelaskan secara terperinci di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil tindakan awal sebelum PRN timbul.

"Tidak (ia bukan disebabkan oleh PRN Sabah)… kita menerima keputusan itu tetapi isunya adalah alasan penghakiman," katanya.

 
Back
Top
Log in Register