BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Guna Pendekatan Dua Lapis Tangani Salah Guna Kandungan, Gubal Ruu Tadbir Urus Ai - Gobind

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Guna Pendekatan Dua Lapis Tangani Salah Guna Kandungan, Gubal Ruu Tadbir Urus Ai - Gobind​

9b0dd7730d8bda589f48c5ab0fdcba0b6a38d61c7dc56

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan menerapkan pendekatan dua lapis dalam penggunaan undang-undang sedia ada untuk mendakwa pihak yang menyalahgunakan kandungan serta penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata langkah itu bertujuan memperkukuh lagi pencegahan dan akauntabiliti sepanjang kitar hayat teknologi itu selain untuk memastikan risiko teknologi berkeupayaan tinggi seperti palsu tulen atau deepfake, kandungan sintetik dan manipulasi identiti dapat dikawal lebih awal.

“Strategi berlapis ini memastikan tindakan undang-undang sedia ada dan RUU Tadbir Urus AI saling melengkapi dalam mengimbangi inovasi dan kawalan risiko sistem.

“Langkah proaktif ini amat penting bagi memacu pemanfaatan AI secara bertanggungjawab, tanpa mengkompromi keselamatan awam, kepentingan negara, serta perlindungan menyeluruh terhadap hak mangsa, maruah individu dan kanak-kanak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu sama ada RUU Tadbir Urus AI yang sedang digubal akan menangani secara jelas penyalahgunaan AI termasuk penghasilan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak berbentuk deepfake, penyamaran identiti dan penyebaran kandungan intim tanpa persetujuan.

Menjawab soalan tambahan Wong mengenai sekiranya RUU Tadbir Urus AI adalah untuk menetapkan satu kerangka industri pembangunan AI di Malaysia, Gobind berkata RUU yang sedang digubal itu bukan sahaja bertujuan menangani risiko penyalahgunaan teknologi itu, malah mewujudkan kerangka bagi memastikan sistem AI dibangunkan secara selamat sejak peringkat awal.

Beliau berkata pendekatan itu melengkapi usaha memperkukuh undang-undang sedia ada bagi menangani ancaman baharu yang timbul akibat penggunaan AI termasuk ekspoitasi kanak-kanak, serangan seksual dan kandungan yang melanggar undang-undang.

“Kita kena lihat AI secara keseluruhan. AI adalah satu yang merangkumi semua sektor. Jadi kita kena lihat bagaimana kita boleh mengawal selia prosesnya daripada permulaan sehingga akhir misalnya kandungan yang dikeluarkan perlu kita tangani sekiranya ia melanggar undang-undang,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) sekiranya rangka RUU Tadbir Urus AI itu memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan AI, Gobind berkata pembangunan ekosistem AI yang selamat memerlukan pendekatan menyeluruh bagi menangani sebarang pelanggaran undang-undang yang berpunca daripada penggunaan teknologi itu.

 
Back
Top
Log in Register