BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Digital Rangka RUU Tadbir Urus AI, Tangani Ancaman Deepfake - Gobind

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
ce343bb855e952b8141f81375adc311b6989a43c6b3da

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sesi penggulungan titah Seri Paduka Baginda pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Digital sedang merangka Rang Undang-undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun ini bagi menangani ancaman teknologi yang semakin kompleks, termasuk manipulasi deepfake.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kerangka perundangan yang kukuh dan jelas diperlukan bagi mengawal selia kandungan janaan AI, melindungi integriti maklumat serta memastikan keselamatan keseluruhan ekosistem digital negara terus terpelihara.

“Antara elemen utama RUU ini ialah penegasan terhadap konsep akauntabiliti, iaitu penetapan tanggungjawab yang jelas ke atas entiti yang membangunkan atau melaksanakan sistem AI.

“Penyedia teknologi diwajibkan melaksanakan pengurusan risiko secara proaktif serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata sekiranya berlaku kecuaian sehingga sistem AI disalahgunakan bagi tujuan penipuan atau menimbulkan ancaman keselamatan, tindakan penguatkuasaan juga boleh diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.

Selain itu, Gobind berkata RUU itu turut memperuntukkan mekanisme pelaporan insiden dan kemudaratan AI, khususnya bagi menangani ancaman deepfake yang semakin canggih.

“Mekanisme ini penting kerana ia membolehkan kerajaan mengenal pasti pola ancaman secara lebih pantas dan tersusun.

“Dengan adanya maklumat lebih jelas dan teratur, tindakan mitigasi dan pencegahan dapat diambil dengan segera sebelum ancaman tersebut merebak dan membawa kesan lebih besar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan kini sedang menggubal RUU Jenayah Siber yang baharu bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997.

 
Back
Top
Log in Register