Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kredit: Laman Facebook Gobind Singh Deo
Malaysia perlu memperkukuh agensi-agensi utama bagi menangani ancaman digital baharu dengan lebih berkesan, khususnya ketika perkembangan pesat teknologi seperti pengkomputeran kuantum.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata agensi di barisan hadapan keselamatan siber dan infrastruktur digital, termasuk memperkasakan MYNIC dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi memastikan syor industri serta perlindungan teknologi dilaksanakan secara berkesan.
“Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk kita memperkukuh agensi ini, khususnya yang akan berada di barisan hadapan dalam menghadapi ancaman baharu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program MYNIC bertajuk ‘Preparing for Tomorrow’s Threat: The Impact of Quantum Computing on Internet Security’ , di sini hari ini.
Gobind berkata walaupun perbincangan mengenai risiko teknologi kerap diadakan, namun cabaran utama adalah untuk menterjemahkan idea dan cadangan kepada dasar yang boleh dilaksanakan, termasuk perundangan, langkah tadbir urus dan mekanisme penguatkuasaan.
Beliau berkata ketika Malaysia mengorak langkah menerusi Visi Negara AI, yang menyasarkan ekonomi digital menyumbang 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, pembinaan ekosistem digital yang selamat dan berdaya tahan adalah amat penting.
“Jika kita mahu rakyat menggunakan pakai teknologi, kita perlu memastikan ekosistem dibangunkan bagi menjamin keselamatannya,” katanya sambil menambah bahawa pandangan daripada pemain industri, akademia dan agensi kerajaan akan diselaraskan dan dibawa kepada Kabinet untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, Gobind berkata usaha menangani cabaran keselamatan siber akan dilaksanakan berterusan sejajar dengan perkembangan teknologi.
Justeru, penubuhan Kementerian Digital mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyelaras agensi serta memastikan perbincangan dasar diterjemahkan kepada hasil yang mampan, disokong kepakaran dan perancangan jangka panjang.
Program anjuran MYNIC Bhd, agensi di bawah Kementerian Digital dan registry nama domain .MY itu, menghimpunkan kira-kira 300 peserta terdiri daripada alumni latihan Domain Name System Security Extensions (DNSSEC), pemain industri serta pelajar universiti.
Perkukuh Agensi Utama Untuk Tangani Ancaman Digital Baharu - Gobind
Gobind Singh, ancaman digital, pengkomputeran kua