BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Rayuan Pembebasan Papagomo Pada 31 Julai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Keputusan Rayuan Pembebasan Papagomo Pada 31 Julai​

24e139da4f358a8e46d35b77527c3b9f6a0c100b2e6c8

Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Julai untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo daripada pertuduhan menghasut, tiga tahun lepas.

Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri.

Terdahulu, Mohamad Mustaffa berhujah bahawa pertuduhan ke atas Wan Muhammad Azri selaku responden adalah tidak cacat walaupun saksi pendakwaan pertama, Hisham Sharudin, yang juga pengadu dalam kes itu menarik balik laporan polis terhadapnya.

"Mahkamah ini tidak boleh mengetepikan kuasa Peguam Negara yang termaktub di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah yang memutuskan untuk meneruskan pendakwaan ke atas responden," katanya yang mengendalikan kes bersama TPR Deepa Nair Thevaharan.

Selain itu, Mohamad Mustaffa berkata pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa Wan Muhammad Azri menyebut kata-kata menghasut melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan.

Sementara itu, Muhammad Rafique berkata pihak perayu (pendakwaan) gagal membuktikan elemen bahawa kenyataan anak guamnya bersifat hasutan mengikut undang-undang.

"Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan yang betul berdasarkan keterangan saksi serta peruntukan undang-undang semasa yang tidak mewajarkan suatu campur tangan dari mahkamah," katanya.

Pada 3 Sept tahun lepas, Hakim Siti Aminah Ghazali melepaskan dan membebaskan Wan Muhammad Azri daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau pada prosiding akhir kes pendakwaan.

Pada 8 Jan 2024, Wan Muhammad Azri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook.

 
Back
Top
Log in Register