Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb ini bagi keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad, daripada sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3.09 juta.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata mahkamah memerlukan masa untuk meneliti hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, selain penghakiman Mahkamah Rayuan.
“Kami menetapkan 10 Feb, jam 9 pagi bagi keputusan ini,” katanya.
Panel hakim itu yang turut dianggotai Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, sebelum itu mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024 yang mengetepikan sabitan Mahkamah Tinggi terhadap Mohd Isa serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta.
Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa, 77, bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 15 Julai 2014 hingga 15 Dis 2015.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.
Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Pada sesi pendengaran rayuan hari ini, pihak pendakwaan dan pembelaan masing-masing mengemukakan hujahan yang berlangsung kira-kira 45 minit.
Keputusan Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Isa Samad Ditetapkan 10 Feb Ini
Isa Samad, Mahkamah Persekutuan, keputusan, pendak