BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Ramai je org Solat di surau tempt kerja sebb malu kwan2 kta tk solat plak nti. Di luar kerja/dirumah tk solat pun sbb tkdk sapa perati/perasan tk solat. Prasan tak..?
 
Ramai je org Solat di surau tempt kerja sebb malu kwan2 kta tk solat plak nti. Di luar kerja/dirumah tk solat pun sbb tkdk sapa perati/perasan tk solat. Prasan tak..?

mana kamu tahu dia tak solat?
 
jika begitu, buat apa doa minta panjang umur jika maut takkan terkalih walau sesaat??

Ada orang yg berdoa minta panjang umur, Allah makbulkan doanya...Allah berkuasa melakukan apa sahaja yg Dia kehendaki..Allah boleh mentakdirkan segala sesuatu dan Allah juga boleh mengubah segala sesuatu mengikut kehendakNya
 
Solat perlu dididik sejak dari bangku sekolah lagi..sebab bila dah besar susah sikit nak ubah seseorang yg dah lama tinggalkan solat...sekarang kita dengar isu pasal nak kurangkan pengajaran agama di sekolah..rasa sedih dengan perkara ni..kepada guru2 sekolah yg baca thread ni, diharap anda semua dapat memainkan peranan masing2 untuk berdakwah..ajarlah anak2 kita pasal agama Islam..terutama pasal solat dan kepentingan solat dalam kehidupan..tak kira anda guru b.m ke, guru math ke, atau guru b.i atau pendidikan jasmani atau subjek2 lain sekalipun..semasa mengajar harap anda semua dapat selitkan dakwah mengenai Islam dan ajak anak murid supaya sentiasa menjaga solat..sebab anda juga akan ditanya di akhirat nanti apa yg diajar kepada murid2 sekolah...dakwah ni bukan terhad kepada golongan ustaz sahaja...diharap semua yg ada kesedaran dapat memainkan peranan masing2 untuk berdakwah terutama dalam mengajak orang menunaikan solat


LUAHAN UST EBIT LIEW

Sedihnya...Berat rupanya ujian anak-anak kita hari ini. Kita mak ayah akan ditanya Allah di akhirat nanti tentang anak kita. Pemimpin negara risau sekolah kebangsaan jadi sekolah agama ingin kurangkan waktu pendidikan Islam sedangkan cuma beberapa jam jer pun. Orang bukan Islam ada kelas moral masa tu..moral pun tak kurang pentingnya dalam mendidik nilai murni dan akhlak..

Dengan rasa rendah diri saya berpesan kerana Allah. Semoga Allah fahamkan dan beri hidayah serta keberkatan pada semua pemimpin dari semua peringkat dan hidayah buat kita semua betapa pentingnya Islam ini dalam kehidupan. Semoga Allah berkati kita semua. Semoga Allah beri yang terbaik buat anak kita semua..saya sayang semua anak-anak kita kerana Allah. Kita semua sama-sama sayang anak kita..

Saya pusing kl pergi bawah jambatan,atas jejantas,depan club malam, tepi highway lumba motor, di klcc, bukit bintang dll. Saya kata adik Allah sayang. Belanja makan suapkan makan. Dan peluk mereka. Bila tanya solat. Dalam 50 orang nak cari 5 orang masih solat pun susah. Bukan jaga solat tapi masih ada solat beberapa waktu pun susah..saya sedih sangat mereka baik-baik. Saya ajak solat di hotel, atau tepi jalan. Atau surau berdekatan. Mereka solat bersama saya. Saya ajar mereka Fatihah,Tahiyat dan bab fadhu ain pun. Mereka gembira dapat solat sama-sama..kata mereka "ustaz datang lagi yer bimbing kami solat dan cerita Nabi dan sahabat. Kalau boleh hari-hari..Rindu nak dengar tenang rasa" sedih rasa sebab mereka semua baik-baik dan saya tiada waktu untuk mereka setiap hari..

Bila saya mula dakwah di dalam train dan mula pusing universiti malam-malam. Berdakwah dekat kedai mamak sekitar universiti. Dakwah meja ke meja. Lepas cerita saya tanya apa pendapat adik lepas dengar ini. Ada ramai yang sebak dan menangis. Rindulah nak dengar semua ini. Saya dah tak solat ustaz. Saya selalu leka dah tinggal solat. Saya mula buat perkara haram. Mereka mula luah kejahatan dan sedihnya hidup mereka. Terkejut sangat rasa. Dalam cuti sekolah baru ini sahaja saya jumpa dekat 2 ribu pelajar. Ramai luahkan tentang hidup mereka saya terkejut. Ya Allah kasihannya anak ini..hati mereka gelisah dan tak tenang. Dan mula pilih jalan hidup yang salah. Saya dengar jadi sedih sangat. Mereka tekun dengar walau tak kenal saya dan dah 12malam.

Mereka semua anak muda yang baik. Mereka rindu nasihat yang baik..Islam ini ubat bagi hati mereka semua..
 


Semoga kita semua tidak akan mendengar khutbah iblis di akhirat nanti..sama2 kita menjaga solat 5 waktu dan perbaiki amalan kita
 


Hati2 bila nak belajar sesuatu ilmu..kalau nak belajar pilih guru yg betul yang ikut ajaran yg Nabi Muhammad S.a.w tinggalkan kepada kita iaitu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah..ikut je jalan yg lurus...Nabi s.a.w berpesan kepada umat Islam dalam khutbah terakhir baginda supaya berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..pasti tidak akan sesat selamanya jika berpegang teguh pada dua perkara ni..Islam itu mudah..ikut saja jalan yg lurus yg Nabi s.a.w tinggalkan..tak perlu nak ikut jalan yg bersimpang siur yg tak tahu hujung pangkal..jika ada sesiapa yg terikut atau belajar dengan guru yg sesat sampai rasa hebat sehingga tinggalkan solat, bertaubatlah dan kembali kepada ajaran Islam yg sebenar. Jangan kita rasa hebat bila ada sedikit ilmu..sampai rasa ilmu yg ada dah sampai ke tahap maksimum..itu semua bisikan dan tipu daya iblis...ilmu manusia ni kalau dicampurkan semua ilmu manusia seluruh dunia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, tak sampai pun setitis air di lautan dibandingkan dengan keseluruhan air di lautan..berhati2lah kalau nak belajar..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register