BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Banyak sebab antaranya
-tak biasa solat
-xde ilmu yg benar tentang solat
-family xsolat, so segan nak tunjuk alim

Cuba rujuk hadis ni

Solat Membezakan Seseorang Beriman Atau Kufur

Dari Abu Sufyan dia berkata, saya mendengar Jabir berkata, “Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat’.” (HR Muslim No: 116)

Setelah kita mengakui Allah adalah Tuhan Maha Esa dan Muhammad itu Rasul Allah. Kewajiban seterusnya yang terpikul keatas kita ialah

MENYEMBAH ALLAH

melalui solat 5 waktu yg telah difardhukan. Fahami maksud dalam solat, semoga kita akan terus istiqamah menyembah Allah Tuhan sekalian Alam. Insya-Allah.
 
awal agama kenal Allah dulu, kalau nak rajin solat/buat baik, senang je jangan buat jahat, bila dah selalu buat maksiat pada Allah, (gelap) nak buat baik/solat tu memang susah, Nur Allah ni cahaya, so dengan benda gelap ni dia tak boleh bercampur
 
Kadang-kadang suasana keliling. Bergaul dengan member2 yang tak solat sampai dia sekali ikut tak solat. Pemilihan kawan tu juga penting
 
Memang ada golongan yang tak solat di malaysia nie khasnya. Berapa peratus susah nak cakap la. Kumpulan yang tak solat nie ada beberapa kelompok secara 'amnya;
1. golongan yang tak pernah solat sepanjang hayat.
2. golongan yang solat hari jumaat dan hari raya sahaja.
3. golongan yang solat tapi tak cukup 5 waktu
4. golongan yang solat dan jarang2 tinggal kerana sebab tertentu.
5. golongan yang solat masa tua, masa muda tak pernah solat.
6. golongan yang solat tetapi selalu melambatkannya.

Golongan yang tak solat?
1. Golongan 1 mereka orang islam tapi tak beriman.
2. Golongan 2 mereka orang islam tapi iman terlalu nipis
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat ammarah iaitu tingkat nafsu yang paling rendah. Nasib golongan ini tidak selamat diakhirat esok.

Golongan 3 mereka ini orang islam tapi imannya masih lemah.
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat lawwamah iaitu tingkat nafsu yang tinggi sedikit dari nafsu ammarah.

Golongan 4, 5 dan 6 mereka ini orang islam tetapi imannya masih berbolak balik.
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat mulhimah iaitu tingkat nafsu yang tinggi sedikit dari nafsu lawwamah.

Kenapa mereka tidak solat?
Kerana mereka merasakan solat itu berat, menyusahkan dan tidak seronok untuk melakukannya. Tidak seperti melakukan aktiviti lain seperti hobi, makan, bersembang, menonton, bersetubuh dll, semua itu seronok dilakukan sampai berjam2. Lagi pun mereka tidak nampak siksaan terhadap orang yang tak solat kerana itu semua berlaku di alam akhirat. Ini disebabkan mereka tidak beriman dengan hari akhirat dengan sebenarnya. Ucapan beriman hanyalah dimulut sahaja.
Kalaulah solat itu terlalu seronok untuk dilakukan sudah tentu orang tidak akan meninggalkan solat. Malah mereka akan tertunggu bilakah masuk waktu.

Bagaimana Untuk Merasa Seronok Bila Solat?
- Pokok pangkal untuk merasa seronok bila solat ialah keadaan HATI. Bila hati dah dipancar dengan Tajalli Allah, maka solatnya akan lebih seronok.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tajalli Alah?
- Antara cara untuk mendapat anugerah tajalli Allah ialah dengan mujahadah melawan nafsu yang rendah supaya dapat naik ketingkat nafsu mutmainnah dan seterusnya. Proses ini dimulai dengan Takhalli -> Tahalli kemudian mendapat anugerah Tajalli.

> Takhalli - proses membuang sifat2 kotor dan tercela yang ada di dalam hati kita.
> Tahalli - proses mengisi dengan sifat yang baik dan terpuji ke dalam hati kita dan istiqamah menjaganya.
> Tajalli - anugerah Allah berupa nur makrifat dan nur ta'at

Jadi tidaklah mudah untuk mendirikan solat sebagaimana yang dituntut .
Sekian. Allaahu'a'lam.
 
Last edited:
Jangan samakan solat dengan isap dadah semua tue.

Perintah Allah dan larangan Allah tak sama.

bukan semua org isap dadah atau mabuk depan org.

kadang2 masuk pusat urut, pusat judi senyap2 je, takde buat live kat fb pun

so tak perlu menidakkan kebenaran yg sememangnya menyakitkan :D
 
Last edited:
Assalamualaikum

Saya buka thread ni bukan apa cuma rasa pelik..

Dulu saya ada terbaca satu kajian pasal ramai orang Islam kat Malaysia ni yang tak solat

Dalam kira2 80% tak solat..yg solat cuma sekitar 20% je

Maknanya kalau org Melayu yg hampir semua Islam ada 18 juta..lebih kurang 14 juta tak solat...ramai sgt2 ni

Jadi saya rasa pelik...tengok orang sana sini tak solat

Mcm2 dah company yg saya kerja saya tgk lebih kurang sama...ramai tak solat

Pastu saya selalu fikir la kenapa diorang tak solat eh

Tak takut kat Allah ke...apa tujuan hidup orang2 yg tak solat ni

Selalu bermain2 di fikiran saya...

Saya tengok ramai duk kerja siang malam tapi tak juga solat

Bertahun2 pulak tu tak mau solat...ishh pelik sungguh la

Hidup ni untuk apa sebenarnya bagi orang yg tak solat ni...

Pagi petang siang malam kadang2 smpai tengah mlm kerja..tapi solatnya tidak

Apa punca sebenarnya...malas ke..syaitan kacau ke..tak takut mati ke...atau apa puncanya selalu bermain2 di fikiran saya...

Sedangkan hidup di dunia ni sekejap je...pejam celik pejam celik mati

Orang yg tak solat tak sedar ke yg kita manusia bila2 masa je boleh mati...kat tengah jalan ke..kat tmpat kerja ke

Tak fikir ke yg azab kat akhirat amatlah berat bagi org yg tak solat...tak terfikir ke hidup di dunia ni sekejap je

Ishh memang pelikla..boleh bagi pandangan tak



Bukan semua solat tunjuk depan orang

Kadang orang solat pi surau ka masjid senyap senyap

Takkan nak solat kena selfie buat live fb satu dunia agak agak la

bukan semua org isap dadah atau mabuk depan org.

kadang2 masuk pusat urut, pusat judi senyap2 je, takde buat live kat fb pun

so tak perlu menidakkan kebenaran yg sememangnya menyakitkan :D


Jangan samakan solat dengan isap dadah semua tue.

Perintah Allah dan larangan Allah tak sama.

sape pulak sama kan solat dengan isap dadah?
 
Last edited:
Memang ada golongan yang tak solat di malaysia nie khasnya. Berapa peratus susah nak cakap la. Kumpulan yang tak solat nie ada beberapa kelompok secara 'amnya;
1. golongan yang tak pernah solat sepanjang hayat.
2. golongan yang solat hari jumaat dan hari raya sahaja.
3. golongan yang solat tapi tak cukup 5 waktu
4. golongan yang solat dan jarang2 tinggal kerana sebab tertentu.
5. golongan yang solat masa tua, masa muda tak pernah solat.
6. golongan yang solat tetapi selalu melambatkannya.

Golongan yang tak solat?
1. Golongan 1 mereka orang islam tapi tak beriman.
2. Golongan 2 mereka orang islam tapi iman terlalu nipis
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat ammarah iaitu tingkat nafsu yang paling rendah. Nasib golongan ini tidak selamat diakhirat esok.

Golongan 3 mereka ini orang islam tapi imannya masih lemah.
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat lawwamah iaitu tingkat nafsu yang tinggi sedikit dari nafsu ammarah.

Golongan 4, 5 dan 6 mereka ini orang islam tetapi imannya masih berbolak balik.
Golongan ini mempunyai nafsu tingkat mulhimah iaitu tingkat nafsu yang tinggi sedikit dari nafsu lawwamah.

Kenapa mereka tidak solat?
Kerana mereka merasakan solat itu berat, menyusahkan dan tidak seronok untuk melakukannya. Tidak seperti melakukan aktiviti lain seperti hobi, makan, bersembang, menonton, bersetubuh dll, semua itu seronok dilakukan sampai berjam2. Lagi pun mereka tidak nampak siksaan terhadap orang yang tak solat kerana itu semua berlaku di alam akhirat. Ini disebabkan mereka tidak beriman dengan hari akhirat dengan sebenarnya. Ucapan beriman hanyalah dimulut sahaja.
Kalaulah solat itu terlalu seronok untuk dilakukan sudah tentu orang tidak akan meninggalkan solat. Malah mereka akan tertunggu bilakah masuk waktu.

Bagaimana Untuk Merasa Seronok Bila Solat?
- Pokok pangkal untuk merasa seronok bila solat ialah keadaan HATI. Bila hati dah dipancar dengan Tajalli Allah, maka solatnya akan lebih seronok.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Tajalli Alah?
- Antara cara untuk mendapat anugerah tajalli Allah ialah dengan mujahadah melawan nafsu yang rendah supaya dapat naik ketingkat nafsu mutmainnah dan seterusnya. Proses ini dimulai dengan Takhalli -> Tahalli kemudian mendapat anugerah Tajalli.

> Takhalli - proses membuang sifat2 kotor dan tercela yang ada di dalam hati kita.
> Tahalli - proses mengisi dengan sifat yang baik dan terpuji ke dalam hati kita dan istiqamah menjaganya.
> Tajalli - anugerah Allah berupa nur makrifat dan nur ta'at

Jadi tidaklah mudah untuk mendirikan solat sebagaimana yang dituntut .
Sekian. Allaahu'a'lam.

Bagus info ni...tinggi ilmu..ustaz/ustazah ke ni
 
asas didikan ni mula dari kecik, anak2 nampak mak ayah solat jadi pekara tu dah terbiasa nanti bila besar. yg puasa tak solat pun ada juga so bende bebalik pada individu.

masa nak gerak solat tu ajak kosong je "john jom solat skali.." sambil belalu pegi. klu dah cakap tapi masih duk depan dia kang kecik hati pula

Betul tu kena didik anak dari kecik lagi...sebab tu Islam ajar anak umur 7 tahun dah kena suruh solat...kalau anak umur 18 baru nak suruh solat payah skit la..orang dulu2 kata melentur buluh biar dari rebungnya
 
Back
Top
Log in Register