BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

''Kenapa tak solat?''

Jgn risaukan sangat,tiap orang yg mukhallaf tau tanggungjawab dia,dia lalai dia sendiri jawab kat akhirat,cuma kita jaga ukhuwah kita dgn dia...w.a.
 
Kalau sahabat, tegur je. Direct pun takde masalah. Syarat dia jangan maki atau merendah-rendahkan. Kalau yang boleh gurau kasar lagi senang. Bagi je sebijik.

Tiap kali nak pergi solat ajak. Ajak je. Jangan kisah ke dia. Mula-mula memang laa dia taknak pergi, lama-lama nanti dia ikut sekali. Dah ikut ni mudah ler. Den pernah buat dah cara ni, memang jadi.

Ada yang kita kena tanya elok2. Direct je tanya asal dorang taknak solat. Ada yang den tanya sebab dorang tak hafal ayat. Dia ingat surah Fatihah je. Yang kes gini pun slow2 laa kita didik sebab dorang tak pergi sebab jahil.

Ramai yang den tanya kebanyakan kata tak reti. Ada yang last belajar pun time kelas agama sekolah rendah. So kita pepandai ler dengan dorang ni. Sebab dorang sendiri sebenarnya ada rasa malu dalam diri dorang. Dorang takde nya nak cerita melainkan kita tanya.

Jadi apa yang penting kita kena rapat dulu dan slow2 tanya. Bila dorang dah buka cerita pepandai ler kita adjust macam mana

Tq yer bos sebab bagi jawapan ni
 
Salah satu sebab ramai tak solat ialah kerana ada dosa-dosa yang dilakukan yang mereka belum bertaubat lagi. Sama ada dosa kepada Allah atau dosa kepada ibu bapa.

Ada 3 dosa yang kalau umat Islam lakukan maka Allah akan hinakan mereka lebih sekali ganda daripada orang kafir iaitu dosa syirik, zina dan membunuh. Bila kita terasa berat hendak menunaikan solat itu bermakna Allah SWT tidak mahu melihat kita jadi kita akan dilalaikan daripada mengingatiNya, sibuk sehingga tidak ada masa untuk solat dan darjat kita di sisi Allah lebih hina dari orang kafir. Manakala, ada dua jenis dosa yang jika dilakukan maka Allah tidak akan menerima ibadat mereka sehingga mereka bertaubat iaitu memburuk-burukkan ibu bapa di belakang mereka dan yang kedua menyembunyikan perbuatan dosa daripada manusia tetapi tidak malu melakukannya di hadapan Allah. Wallhua'lam.

Kalau terasa berat untuk menunaikan solat maka periksalah dosa-dosa di atas. Kalau ada minta ampun dan bertaubat. Insha Allah, akan dipermudahkan untuk menjaga solat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat.
 
Solat adalah amalan pertama yg akan dihisab di akhirat
nanti...jika baik solat seseorang maka baik lah segala amalannya
Jika buruk solat seseorang maka buruk lah segala amalannya


.
 
jawapannya adalah hidayah TT....hidayah itu milik Allah....

tetapi apa peranan kita yang Allah berikan hidayah untuk solat....peranan kita adalah menyeru manusia untuk melakukan solat....

berilah nasihat dan ingatan setiap hari kepada mereka yang tak solat....semoga hidayah Allah akan turun satu hari nanti kepada mereka....
 
jawapannya adalah hidayah TT....hidayah itu milik Allah....

tetapi apa peranan kita yang Allah berikan hidayah untuk solat....peranan kita adalah menyeru manusia untuk melakukan solat....

berilah nasihat dan ingatan setiap hari kepada mereka yang tak solat....semoga hidayah Allah akan turun satu hari nanti kepada mereka....

Ya sangat setuju dengan kenyataan tuan..hidayah adalah milik Allah...tapi saya juga pernah dengar ada orang kata lebih kurang macam ni....seseorang manusia juga boleh memberi hidayah (dengan izin Allah) kepada manusia yg lain melalui usaha atau tindakan seseorang itu..tak silap saya dia kata ada 3 bentuk hidayah iaitu hidayah dari Allah, hidayah dari manusia dan hidayah dari Al-Quran tapi hakikatnya semua dari Allah...betul ke
 
Yg herannya,non muslim fikir,bila kita pergi solat,diorang beranggapan kita berdoa semata,prayer...siap suruh doakan utk dia sekali...boleh no problem,tapi dlm surah alkafirun la utk diorang...

Bila kita bagitau kita pergi worship Allah,tu yg berlainan dgn worship diorang...
 
Solat fardhu wajib dipaksa ke atas muslim yg taknak sgt.
Jika fahaman liberal, tak boleh paksa org solat
 
Back
Top
Log in Register