salam..
ini ada lagi artikel dari blog cina islam..
jika pas nak amik hati pengundi2 atas pagar,gunakanlah bahan2 mcm ni..barulah terbukak hati mereka untuk mengundi PAS..
tektik memaki hamun, kata org tu 'bo.doh', 'ba.ngang' semua tu dah boleh dibuang..org atas pagar tak nak benda2 lagu tu..
(sebab apa saya sebut " pengundi/org atas pagar" ? hehe...)
cuba baca blog cina islam ni, sejuk jek hati..
mcm ni org tengok pon tertarik kan?
(malas nak paste gambor..tengok sendiri ehh kat blog dia..hehe)
------------------------------------
9:24 AM
ADUN Titi Serong dan Sinar Harian raikan anak-anak yatimfrom CINA ISLAM (林川興)
by
DRS. KHALIL IDHAM LIM4 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR : Prihatin dengan nasib dan kebajikan anak-anak yatim, Sinar Harian dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim sekitar Parit Buntar Sabtu lalu, di Parit Buntar Inn, disini.
Seramai 20 anak-anak yatim sekitar kawasan itu diraikan di dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh YB ADUN yang turut menyampaikan sumbangan.
Khalil yang berkongsi pengalaman menjadi anak yatim sejak berusia 10 tahun turut memuji langkah Sinar Harian, malah keprihatinan Sinar Harian itu sangat menceriakan anak-anak yatim pada hari tersebut.
"Majlisnya ringkas tetapi bernilai besar disisi Allah swt. kerana kita meraikan anak-anak yatim yang sangat memerlukan.."
Apa yang dianjurkan oleh Sinar Harian wajar dipuji kerana ia mampu menarik minat masyarakat, berjaya memberi kesamarataan dalam setiap berita dan program tanpa melupakan golongan yang memerlukan, " katanya.
Sinar Harian turut mendapat kerjasama penaja-penaja seperti Nasmir Nasi Kandar, ABM Zulaikha Sdn Bhd., Butik Borong Bandar Perda, Kedai Wahab Bandar Perda, Perniagaan Rohaya dan Abu Bakar, Hasan Ibrahim, HNI Enterprise, dan stesyen minyak Petronas Nibong Tebal, yang menyumbangkan barang keperluan.
Penang Cop Bikers turut hadir meraikan dan memeriahkan majlis.
