BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘PAS tanding 5 kerusi’, Tok Mat tolak propaganda takutkan pengundi bukan Melayu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,225
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,225
Reaction score
12
Points
25

‘PAS tanding 5 kerusi’, Tok Mat tolak propaganda takutkan pengundi bukan Melayu​

fbd6e97a-21f3-44fc-8dc7-9b5905c906d0-Pengerusi-BN-N9-Mohamad-Hasan-Manifesto-BN-N9-19.jpg

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, berkata pengundi bukan Melayu tidak perlu gusar dengan propaganda lawan dalam usaha mencabar kerjasama BN-PN pada PRN Negeri Sembilan.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno, berkata BN masih menjadi parti terbesar apabila bertanding 25 kerusi, manakala PN menerusi parti komponen bukan Melayu bertanding enam kerusi.

“Umno-BN masih menjadi parti terbesar dalam gabungan tersebut apabila bertanding 25 kerusi, manakala PAS hanya bertanding lima kerusi, dan baki enam kerusi ditandingi parti-parti lain termasuk komponen bukan Melayu.

“Jadi, tak perlu berasa gusar dan ini cuma momokan ataupun propaganda pihak sebelah yang mengatakan adanya persefahaman antara BN dan PN untuk menakut-nakutkan orang bukan Melayu,” katanya menurut Sinar Harian, di Seremban.

Dalam pada itu, beliau yang juga calon di Rantau pada PRN Negeri Sembilan, berkata bekerjasama dengan PN lebih mudah dijelaskan kepada pengundi Melayu, berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya, persefahaman taktikal BN-PN lebih memudahkan mereka membuat keputusan.

“Dari segi penerimaan pengundi pada pilihan raya kali ini berbanding pilihan raya yang lepas amat baik sekali dan kita berharap supaya ia diterjemahkan dalam peti undi pada 1 Ogos nanti.

“Kita tidak menghadapi banyak persoalan. Pasukan jentera juga berjalan dengan baik. Petugas-petugas melakukan tugasan masing-masing dengan teratur dan menyantuni seramai mungkin pengundi,” katanya.

Katanya, kerjasama BN-PN dapat mengelak perpecahan undi yang menguntungkan pihak ketiga.

“Dulu susah sikit BN nak terangkan kepada pengundi, berbanding sekarang. Jadi, itu sebabnya kita buat satu persefahaman taktikal untuk harungi PRN ini.

“Terutamanya untuk pengundi-pengundi Melayu, mereka mahu melihat tidak ada pertembungan parti-parti Melayu kerana dulu mereka berbelah bahagi untuk membuat pilihan.”
 
Back
Top
Log in Register