BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenali 'perfume' original

ikut tu...org bulih tau...bila myk wangi tu d bt...

bila expired nya...

had mana nk bli online pon...

bulih mintak seller buktikan....


mmg nib....wajib ada la ya batch kod

Ya...NIB(New In Box) wajib ada batch code. Stakat ni blom jumpa lagi yg takde. :D:D:D:D
 
Bvlgari Man In Black by Bvlgari 100ml Edp
Condition: Retail Packaging
Our Price: RM250.00 + PosLaju postage RM8(WM) RM11(EM)

Esok boleh pos kalau berminat :)

dior homme intense bpa lak abam..
 
Kenali 'perfume' original

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah berlainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

'ORIGINAL REJECT PERFUME'
INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cubalah fikir-fikirkan.

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.

1690170_659319814135724_100094334_n.jpg

Laser Printing Batch Number

1660752_659324177468621_566735103_n.jpg

Embossing Stamp Batch Number

1779157_659330314134674_1496553734_n.jpg

Cellophane Wrap

nice sharing info tt. thanks u :):)cgrock
 
Best jugak baca.
Siap ada nak mengajar costing lagi.

Meh aku cerita 2 benda yang aku tahu.

Satu. Buat kereta.
Di kilang Merc di Pekan, ada kereta, yang dah sampai level nak siap dah, kena reject.
Tak meet quality requirements.
There and then jugak kena potong dan scrap.
Depan Merc representatives.

Ada korang jumpa Merc ori reject?

Ada kereta yang cost sampai level tu dah cecah ratus ribu sebiji tapi tak dibenarkan 'redo'.
Talk about costing....


Satu lagi, aku pernah tengok documentary pasal counterfeit perfume ni.
Tunjuk, kat tengah New York sendiri jual perfume tiruan.
Of course diorang tak kata tiruan.
Diorang kata reject.

Business ni didalangi orang dari China dan Bangladesh.


Bayangkan, kalau kita kata nanti ada orang bising.
'Aku beli kat NYC ni'
'Ko ingat aku beli kat Malaysia ke ni'
'New York mana ada tiruan bro'


Hahaha


Penipu ada di mana mana.
Mat Salleh pun ada penipu.


Btw, memang betul la, certain brand yg super mahal, no such thing as reject.

Diorang akan bakar/lupus.


Dan diorang takkan keluarkan banyak sampai tak laku.
Diorang akan buat memang cukup cukup, atau tak cukup.

Kadang yang season lepas pun tak ada.
Semua habis. Dalam season tu jugak.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register