Kenali 'perfume' original

CG Sponsors




dewatawangian

Fun Poster
Joined
Oct 4, 2013
Messages
554
Reaction score
12
Points
15
Kenali 'perfume' original

Kotak
Semua minyak wangi (perfume) yang asli mesti mempunyai kotak yang menyatakan tempat minyak wangi dihasilkan dan kandungan minyak wangi tersebut. Semak semua ejaan, tempat pengeluaran (made in) dan maklumat pada kotak dengan laman web rasmi pengeluar.

Batch Number
Periksa 'batch number' pada kedua-dua botol dan kotak. Ia mesti sepadan. 'Batch number' biasa akan dicetak mengunakan cetakan laser atau pun 'embossing stamp' pada kotak. Ia tidak sama dengan cetakan lain pada kotak minyak wangi tersebut. Pada bahagian botol, pengeluar akan melekatkan nombor yang sama menggunakan pelekat yg dicetak khas. Sesetengah pengeluar akan melakukan cetakan laser pada botol.

Balutan Kotak
98% pengeluar minyak wangi membalut kotak mereka menggunakan plastik cellophane. Periksa cara balutan. Balutan mestilah kemas dan kesan gam pada balutan adalah minima atau hampir tak kelihatan.

Bau
Jangka hayat minyak wangi bergantung pada kesesuaian reaksi badan pengguna. Boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 jam, bergantung pada keadaan cuaca, suhu dan keserasian pengguna ianya boleh bertahan sehigga 7-8 jam. Ia mempunyai tiga tahap iaitu 'top notes', 'middle notes' dan 'base notes'. Bau minyak wangi adalah berlainan pada permulaan semburan dan apabila ia mula bertindak balas dengan kulit pengguna. Biasanya perbezaan boleh dikesan selepas 2 minit.

Kualiti Botol
Pengeluar terkenal minyak wangi akan menjaga kualiti produk mereka. Botol mestilah dari kaca yang berkualiti. Pembuatan botol adalah sempuna tanpa kesan pudar atau kecacatan yg nyata dengan penutup botol yg tidak longgar walau dibuka berkali-kali. Sesetengah pengeluar menggunakan 'magnetic cap' untuk produk mereka.

Tester Perfume
Mempunya ciri perfume seperti di atas.
- Didatangkan dalam kotak tester. Biasanya berwarna putih atau coklat.
- Tidak dibalut dengan plastik cellophane.
- Mempunyai cetakan atau pelekat TESTER dan NOT FOR SALE pada botol dan kotak.

'ORIGINAL REJECT PERFUME'
INI ADALAH BARANG TIRUAN. Pengeluar minyak wangi tidak pernah mengeluarkan produk mereka yang mempunyai kecacatan untuk menjaga reputasi mereka. Produk yg tidak menepati piawaian akan dimusnahkan atau dibuat semula. Jika diperhatikan, produk ORIGINAL REJECT ini hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia atau Thailand sahaja. Adakah hanya produk berjenama terkenal sahaja mempunyai reject? Mengapa produk kurang terkenal seperti Das****, Br**, Encha*** dan sebagainya tidak mempunyai reject?
Cubalah fikir-fikirkan.

Bahaya Barangan Tiruan
Memakai barangan tiruan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan tidak dijamin selamat. Ia mungkin mendatangkan masalah kesihatan jika digunakan. Semua minyak wangi yang tulen telah mendapat pengitirafan bahawa ianya selamat untuk digunakan.


Laser Printing Batch Number


Embossing Stamp Batch Number


Cellophane Wrap
 
Sponsored Post

MilitiA

Fun Poster
Joined
Aug 23, 2013
Messages
102
Reaction score
0
Points
10
aku pon xbrape tau ni pasal original...hehehe..main bedal jer..senang pakai attar xrunsing
 

aspil1

Active Member
Joined
Mar 6, 2009
Messages
2,478
Reaction score
5
Points
25
kwn pun selalu terfikir original reject ni sbnanye xwujud..
byk kali bli kt seller berlainan, mesti cm tiruan..
 

dewatawangian

Fun Poster
Joined
Oct 4, 2013
Messages
554
Reaction score
12
Points
15
kwn pun selalu terfikir original reject ni sbnanye xwujud..
byk kali bli kt seller berlainan, mesti cm tiruan..
Mmg tak wujud tuan. Kesian....ramai org terpedaya. :( Sebenarnya perfume yg kononya 'original reject' tu sama jer yg kandungan dgn yg dijual kat pasaraya Mydin yg diiklankan sebagai 'inspired by'.....cuma botol dan jenama sahaja ada sedikit perubahan.Baunya adalah sama dgn yg dikatakan 'original reject'. Nasihat saya baik beli kat Mydin jer. Lebih murah dan Mydin tak menipu.:D
 

Dreadspit

Fun Poster
Joined
Jan 6, 2014
Messages
133
Reaction score
0
Points
10
ehemm...original reject perfume adalah barang tiruan? ye kalau google "original reject perfume" hanya ada di malaysia..itu adalah istilah digunakan di malaysia..cer google unbox perfume..

ya memang ada sesetengah "original reject perfume" itu tak ori sebab, ada seller online/offline yang yang jual gred AAA/dubai/sephora tapi claim itu adalah "original reject perfume"...dan "original reject perfume" tidak disertakan kotak...
 

dewatawangian

Fun Poster
Joined
Oct 4, 2013
Messages
554
Reaction score
12
Points
15
ehemm...original reject perfume adalah barang tiruan? ye kalau google "original reject perfume" hanya ada di malaysia..itu adalah istilah digunakan di malaysia..cer google unbox perfume..

ya memang ada sesetengah "original reject perfume" itu tak ori sebab, ada seller online/offline yang yang jual gred AAA/dubai/sephora tapi claim itu adalah "original reject perfume"...dan "original reject perfume" tidak disertakan kotak...
Maaf tuan. Seperti yg saya sebutkan diatas....'Original Reject' mmg tiruan. Kalau tuan tak percaya tuan boleh ke pejabat LUXASIA (antara pengimport minyak wangi berjenama) di:

Upper Penthouse A-22, Northpoint Offices, Mid Valley City, No. 1 Medan Syed Putra, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 59200.

Apa yg saya tahu.
- Semua barang yg mempunyai kecacatan akan dihantar semula kepada pengilang. Mereka takan menerima barangan tersebut jika ada kecacatan (pecah, rosak, kemek....dan sebagainya). Ini adalah untuk menjaga reputasi dan kualiti jenama barangan tersebut.
 

adndd

Freshie
Joined
Mar 4, 2014
Messages
7
Reaction score
0
Points
3
tetapi kandungan isipadu perfume original reject tuh tulen atau tidak yea?. dah pernah cuba buat ujian kebasahan pada perfume original reject tersebut?
 

dewatawangian

Fun Poster
Joined
Oct 4, 2013
Messages
554
Reaction score
12
Points
15
tetapi kandungan isipadu perfume original reject tuh tulen atau tidak yea?. dah pernah cuba buat ujian kebasahan pada perfume original reject tersebut?
Kalau pengedar sah dah tak akui produk seperti ini, mengapa kita susah payah lak nak buat ujian bro. betul tak? :D
 

bro_salleh

Fun Poster
Joined
Jul 13, 2009
Messages
881
Reaction score
6
Points
15
Abis tu pakaian reject dari kilang ada jer jual kt reject shop..xkan untuk perfume xder..kalo pakai perfume reject tu bau dia sama lasting macam beli kt kaunter..kalokt mydin 4 jam dh hilang bau
 
Sponsored Post
Top
Log in Register