BTC USD 80,945.0 Gold USD 4,160.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

film mat sentul pernah buat cerita toyol.. anak tok bomoh jual toyol $10 seekor, berebut org melayu beli, anak tok bomo cakap. orang melayu senang kena tipu bila mereka nak kaya...
Tu kt klau skim cepat kaya laju ja kt join, duk diam dpt duit camtu senang keja....tngk la Pak man telo berjuta dia leh kumpul, tu zaman dia
 
Harga barang naik: Wujud signal ada pihak ambil kesempatan

SHAH ALAM - Profesor ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Graduate School of Business (UKM-GSB), Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, wujud signal awal terdapat pihak yang ‘mengambil kesempatan’ sehingga menyebabkan berlaku peningkatan ketara harga runcit bagi makanan.

Menurutnya, meskipun harga runcit sebahagian besarnya dipengaruhi rantaian bekalan domestik, ia tidak sewajarnya naik pada kadar yang keterlaluan memandangkan rantaian domestik tidak dipengaruhi oleh input global.

“Kemungkinan untuk harga di ladang dipengaruhi oleh kos input global boleh diterima kerana kita mengimport input ini. Bolehkah kita menghasilkannya sendiri? Pernahkah kita usahakan? Adakah kita berhadapan dengan isu sekuriti makanan? Ini isu struktural-bekalan dan produktiviti.

“Namun harga runcit sebahagian besarnya dipengaruhi rantaian bekalan domestik. Harga runcit wajar naik tetapi tidak boleh keterlaluan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Noor Azlan berkata, harga runcit boleh naik tetapi Margin Runcit-Ladang seharusnya kekal memandangkan rantaian domestik tidak dipengaruhi oleh input global.

“Margin Runcit-Ladang jelas meningkat setiap kali ada ‘alasan’ peningkatan harga input global.

"Ini signal awal ada yang ‘mengambil kesempatan’. Siapa? Pemborong atau Peruncit? Adakah kenaikan Margin Runcit-Ladang wajar? Adil kepada semua? Suruhanjaya Persaingan-ada jawapan? Saya pasti ada lagi isu struktural yang perlu ditangani,” katanya.

Beliau sebelum itu menjelaskan, perubahan harga yang dipengaruhi oleh faktor permintaan dan pasaran secara ‘adil’ boleh diterima semua.

Ujarnya, dengan keredaan pandemik Covid-19, pembukaan semula ekonomi dunia telah meningkatkan permintaan secara mendadak.

“Permintaan yang tinggi turut didorong oleh peningkatan perbelanjaan kerajaan dan kelonggaran polisi monetari secara serentak oleh semua negara dalam menangani kelembapan ekonomi akibat dari pandemik Covid-19 sejak 2020.

“Dalam masa yang sama bekalan global juga terkesan akibat dari penutupan sektor ekonomi dan kejutan ke atas rantaian bekalan serta juga faktor cuaca. Ini faktor global, luar kawalan kita.

“Persoalan yang timbul adakah hanya faktor global ini yang mempengaruhi harga yang dibayar pembeli di pasar? Adakah pemain rantaian bekalan makanan dalam negara mengambil kesempatan?” katanya.

'Tak logik kait BN menang Melaka, harga barang naik' - Zahid​

wakakak_1638600913.jpg
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/ARKIB
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menangkis sekerang-kerasnya dakwaan kenaikan harga barang ketika ini berkait secara langsung dengan kemenangan besar dicapai gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang ditentukan banyak faktor, termasuklah permasalahan global berikutan peningkatan kos serta kesan permintaan dan penawaran.

"Secara literal, tiada logik ekonomi bagaimana kemenangan BN di sebuah negeri boleh dikaitkan dengan kenaikan harga barang. Permasalahan itu menjadi semakin berat disebabkan ketiadaan dasar kontingensi kerajaan 22 bulan dan 17 bulan untuk (mendepani sebarang) kemungkinan itu," katanya.

Menegaskan demikian dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini, Presiden UMNO itu yakin generasi muda masa kini yang juga generasi berpengetahuan mampu menilai sama ada dakwaan itu berasas atau sekadar pembohongan.

"Justeru, sematkan keyakinan bahawa pengundi muda tidak semudah itu dipermainkan dan teruskan usaha mendekati serta memperlihatkan kebenaran kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, pengundi muda pasti bersama BN jika mereka mengetahui sumbangan dan jasa besar kerajaan BN kepada rakyat dan negara.

"Maka seluruh pemimpin, ahli dan penyokong BN perlu berusaha memastikan golongan muda negara cakna mengenai fakta-fakta penting ini demi masa depan kita semua. Jangan bersangka sebaliknya terhadap mereka, malah seharusnya meyakini orang muda mempunyai fikiran yang rasional dan mampu menilai dengan baik.

"Apa yang pengundi muda perlukan adalah sedikit dorongan agar mereka dapat membuat penilaian yang jujur tentang kemampuan kerajaan BN," katanya.
 
Dh agak jwpnnya....klau dia perintah pun mesti jwb mcm nie gk brg naik hehehe
 
BARANG KEPERLUAN | Subsidi Bantu Serap Kenaikan Kos, Halang Kenaikan Harga

Tindakan kerajaan menyuntik dana subsidi berjumlah RM200 juta dilihat mampu mengekang kenaikan harga barangan keperluan asas dari terus melambung.

Pendekatan proaktif kerajaan itu juga khusus bagi membantu petani dan peladang menyerap kenaikan kos benih, baja dan racun.

​
 
Harga barang naik tidak seteruk negara lain​

1638880401060.jpeg

KLUANG: Kadar kenaikan harga barangan di negara ini tidak seteruk seperti banyak negara lain termasuk sesetengah negara Arab yang mengalami kenaikan mendadak sehingga tiga kali ganda.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan berusaha menstabilkan harga barangan keperluan asas dengan memperuntukan subsidi yang besar.

“Kalau dahulu di Mesir misalnya harga 100 pound (bagi sesuatu barang), harga sekarang naik mencecah 300 pound. Dalam negara kita Alhamdulillah kerajaan telah pun meluluskan peruntukkan yang sangat besar untuk disubsidikan kepada beberapa barangan keperluan asas.

“Terutama sekali pertanian seperti harga baja, racun dan makanan ternakan haiwan seperti kambing, lembu, ayam dan sebagainya,” katanya selepas melawat Projek Kelompok Tanaman Nanas Parit Ghani di Simpang Renggam, hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, isu kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di negara ini malah di seluruh dunia akibat wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE
 
Menteri pun tak mampu nak kawal harga
 
Back
Top
Log in Register