BTC USD 83,430.2 Gold USD 4,161.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga masih normal

Selagi ekonomi dipegang geng C
Jangan nak harap la harga barang tak mencanak
Betuiiiiiii........ada aku kisah barang naik .... tu lah padah jika pemimpin kerajaan atau pembangkang kawan baik dgn tauke tauke C ni. Sama sama makan dihotel / melancung ditaja. Bayangkan who are u...i dont know u... pasti tindakan cepat akan diambil kerna mereka sayangkan rakyat yg susah. Dan forever tauke2 C akan berfikir 2,3,4 kali nak suka2 naik barang. Kalau terpaksa naik... 1 atau 2 bulan dah submit makluman kpd kerajaan barangan akan naik dan tak dapat dielakkan dgn alasang yg kukuh.
 
Betuiiiiiii........ada aku kisah barang naik .... tu lah padah jika pemimpin kerajaan atau pembangkang kawan baik dgn tauke tauke C ni. Sama sama makan dihotel / melancung ditaja. Bayangkan who are u...i dont know u... pasti tindakan cepat akan diambil kerna mereka sayangkan rakyat yg susah. Dan forever tauke2 C akan berfikir 2,3,4 kali nak suka2 naik barang. Kalau terpaksa naik... 1 atau 2 bulan dah submit makluman kpd kerajaan barangan akan naik dan tak dapat dielakkan dgn alasang yg kukuh.

Kuasa duit sekarang boleh beli macam²
 

Jualan Keluarga Malaysia tangani isu harga barang​

02bh14l1_1638409837.jpg

KUALA LUMPUR: Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini dilaksana dengan strategi serampang dua mata iaitu membasmi peranan orang tengah dan menawarkan barangan pada harga subsidi demi manfaat rakyat.

Lebih 50 jenis barangan keperluan asas termasuk produk pertanian dan hasil laut bakal ditawarkan pada harga 15 hingga 20 peratus lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata penganjuran JKM bermula di Pantai Dalam di sini, sebelum diperluaskan ke 222 kawasan Parlimen adalah strategi jangka pendek dalam menangani peningkatan harga barangan keperluan rakyat.

Katanya, jualan di seluruh negara akan bermula Sabtu ini, dengan kekerapan dua kali sebulan.

Beliau berkata, pelbagai produk daripada pengeluar akan dibawa terus ke tapak jualan JKM untuk tanpa kos tambahan daripada faktor orang tengah.

"Bekalan barangan diambil terus dari ladang dan pengeluar tanpa membabitkan orang tengah, justeru barangan dijual lebih murah kepada pengguna dalam jarak 10 kilometer (km) dari tempat jualan.

"Dalam keadaan sukar pada ketika ini, kementerian memahami rakyat memerlukan barangan pada harga mampu dimiliki dan tiada yang kelaparan di rumah.

"Kami harap inisiatif bersama ini memanfaatkan pengguna, terutama golongan B40," katanya kepada BH, semalam.

Alexander berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di setiap negeri sudah diarah mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi pelaksanaan program JKM.

Sebagai permulaan, katanya, JKM dilaksanakan di lokasi terpilih dan kekerapannya akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa, berbanding perancangan asal dua kali sebulan.

Program cetusan KPDNHEP itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

25bhalex1_1638409527.jpg
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Alexander berkata, JKM akan diadakan di banyak lokasi sehingga harga barangan keperluan asas di pasaran kembali stabil.

"Kita faham ada kekangan tertentu dari segi logistik dan akses untuk orang ramai ke tapak JKM, khususnya penduduk di kawasan pedalaman.

"Oleh itu, pendekatan lain yang digunakan demi memastikan kesan JKM mampu sampai ke golongan sasar, khususnya B40 ialah menerusi kaedah jualan bergerak menggunakan trak dan lori.

"Jika penduduk di pedalaman tidak dapat atau berdepan kekangan ke tapak JKM, kami akan bawa barangan keperluan yang dijual pada harga lebih rendah sehingga ke kawasan rumah mereka.

"Perkara ini penting kerana kita mahu pastikan kesan daripada penganjuran JKM adalah menyeluruh, bukan sekadar memberi manfaat kepada penduduk di bandar atau pinggir bandar," katanya.

Selain ayam, telur dan barangan segar, Alexander berkata, JKM turut menawarkan sardin tin, kopi, biskut, kicap, sos cili, gula tepung gandum, minyak masak serta beras pada program pelancaran yang bermula jam 8 pagi.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu turut menjemput pembabitan pasar raya tempatan dan vendor yang berminat menawarkan harga barangan lebih rendah daripada pasaran.

"Ini masanya untuk kita semua berganding bahu saling membantu seperti satu keluarga dengan mengambil kira semangat Keluarga Malaysia diilhamkan Perdana Menteri.

"JKM adalah strategi jangka pendek bagi menangani isu kenaikan harga barangan keperluan asas dan pada masa sama, kerajaan akan menetapkan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk jangka masa panjang," katanya.
 
VIDEO TULAR | Nafi Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Tangani Kenaikan Harga Barangan

Perdana Menteri menafikan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya berkata kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan tindakan wajar diambil supaya rakyat tidak dibebankan.

#vivoY76 #vivoY76MobileLegends #IncredibleGamingExperience

​
 
Kartel monopoli harga barang

PETALING JAYA: Bukan setakat orang tengah tetapi kartel lebih besar peranannya dalam mempengaruhi harga barang keperluan yang melambung di seluruh negara hingga mencetuskan kegelisahan rakyat

. Modus operandi kartel iaitu syarikat yang diberi kebenaran megimport, mudah iaitu mereka akan membawa masuk produk pertanian dan penternakan dari luar negara dengan harga biasa tetapi menjual semula kepada pemborong mahupun peniaga dengan harga berganda mahal....


 
Perkenal semula Jihad Perangi Orang Tengah

SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disaran memperkenalkan semula inisiatif Jihad Perangi Orang Tengah bagi menangani isu kenaikan mendadak harga barang terutama makanan asas di Malaysia akhir-akhir ini.

Pakar sekuriti makanan negara daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Shukor Juraimi berkata, langkah itu penting bagi memastikan masalah kenaikan harga barang yang berpunca daripada perbuatan manipulasi orang tengah dan peniaga, dapat diatasi dengan segera.

Jelas beliau, meskipun negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, aktiviti berkaitan pertanian masih berjalan dan sepatutnya tidak timbul isu masalah pengeluaran hasil pertanian.

Tambah Shukor lagi, inisiatif Jihad Perangi Orang Tengah pernah diperkenalkan Ismail Sabri sewaktu beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun 2013 hingga 2015.

Beliau berkata, inisiatif itu terbukti berkesan dalam mengurangkan amalan manipulasi keuntungan daripada pihak orang tengah, sekali gus memberi manfaat kepada golongan petani dan pengguna akhir.

“Isu kenaikan harga barang terutamanya melibatkan makanan asas memang berpunca daripada perbuatan orang tengah dan segelintir penjual yang mengambil kesempatan dengan memanipulasikan kenaikannya.

“Berdasarkan pemantauan saya, golongan petani masih lagi menjual hasil pertanian kepada peraih atau orang tengah dengan harga sama, sedangkan harga produk itu sudah meningkat di pasaran domestik.

“Saya sangat kesal dengan perbuatan manipulasi keuntungan sebegini dan bersetuju inisiatif Jihad Perangi Orang Tengah yang pernah diperkenalkan Ismail Sabri sewaktu menjadi Menteri Pertanian diperkenalkan semula,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kenaikan mendadak harga barang termasuk makanan asas, alat ganti kenderaan dan bahan binaan yang memberi kesan kepada rakyat yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Tinjauan Sinar Premium di beberapa negeri mendapati kenaikan harga barang berlaku pada sekitar 10 hingga melebihi 80 peratus mengikut jenis harga barang dan dengan pengguna mengharapkan kenaikan itu hanyalah sementara.

Mengulas lanjut, Shukor juga tidak menolak kemungkinan faktor berlakunya manipulasi harga barang disebabkan ada orang tengah mahu menggunakan isu berkenaan bagi mendesak kerajaan menambahkan pengeluaran permit import (AP) produk makanan asas.

Meskipun tiada bukti kukuh, beliau mengakui trend itu boleh dilihat berasaskan alasan kenaikan harga barang kononnya disebabkan bekalan barangan berkaitan tidak mencukupi.

“Bagi saya, kerajaan perlu menyiasat perkara ini sehingga ke peringkat akar umbi dengan kebenaran pengeluaran AP produk makanan asas sepatutnya hanya berlandaskan data dan unjuran tepat dikemukakan kementerian.

“Saya tidak menafikan peranan orang tengah sedikit sebanyak penting untuk melancarkan pengedaran bekalan makanan asas ke seluruh negara.

“Namun, jika tiada satu usaha kawal selia atau pemantauan ketat terhadap mereka, sebarang inisiatif diperkenalkan kerajaan kelak bakal dianggap retorik kerana punca sebenar permasalahan tidak ditangani sebaiknya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register