BTC USD 85,579.0 Gold USD 4,121.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kena samun konon

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,621
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,621
Reaction score
1,682
Points
201
GAMBAR HIASAN


Gombak: Terdesak memerlukan wang menyebabkan seorang wanita sanggup berlakon disamun ketika ingin memasukkan wang milik syarikat di sebuah bank di Rawang, di sini, Ahad lalu.

Malah, wanita berusia 25 tahun itu melakukan perbuatan itu bersama suami yang berusia 29 tahun dan dua rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita terbabit pada mulanya membuat laporan polis pada 6 petang menyatakan beg tangan miliknya disamun dua lelaki menaiki motosikal.

Menurutnya, dia mendakwa disamun ketika berjalan kaki seorang diri untuk memasukkan wang di sebuah bank berhampiran kawasan tempat kerjanya.

Katanya, wanita itu mendakwa kerugian RM6,788 termasuk RM6,288 milik syarikat yang diserahkan kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari terbabit.

"Setelah laporan polis dibuat, wanita berkenaan tampil memberikan keterangan berkaitan kejadian.

"Siasatan lanjut kemudiannya berjaya membongkar sandiwara wanita terbabit yang membuat laporan palsu apabila siasatan mendapati kejadian samun beg tangan itu dirancang terlebih dahulu oleh wanita berkenaan bersama suami dan dua lagi rakan lelaki itu," katanya.

Arifai berkata, dia akhirnya mengakui terpaksa membuat laporan palsu untuk menggunakan wang milik syarikat kerana mengalami kesempitan wang untuk perbelanjaan harian.

"Dia kemudian ditahan dan soal siasat menahan suaminya di kawasan Bandar Sunway di mana hasil pemeriksaan menemui beg tangan dan barangan peribadi wanita itu yang tidak hilang.

"Wanita itu juga mengakui memasukkan sejumlah wang milik syarikat ke dalam akaun peribadi milik suami selain memberi upah kepada dua lagi suspek.

"Polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 31 tahun, manakala seorang lagi sedang dikesan manakala tiga mereka direman lima hari sehingga Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan.

"Pihak polis menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang ke atas individu yang membuat laporan palsu bagi kepentingan diri sendiri dan diharapkan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai," katanya.


== hmetro
 
RM6K tak banyak.....dah lah kena bahagi 4 orang.....second hand Y15 pun tak lepas...tapi tu lah... :D
 
RM6K tak banyak.....dah lah kena bahagi 4 orang.....second hand Y15 pun tak lepas...tapi tu lah... :D
betul mmg x byk utk sesetengah golongan amaun tu masih dikira byk tp tu la, matlamat mmg x menghalalkan cara..
 
kena tgk lagi byk muvi....
 
Agak hati tisu tak payah lah nak buat jahat.
Baru kena gertak sikit mesti dah gigil ni.
 
Ikut teori mmg leh lepas..
Sbb claim kena rompak..
Tp bila org yg kena rompak yg rancang..
Mmg out..

Tak berbaloi langung..
Mesti jalan citer sampah..

Sbb tu dia xleh rancang..

Kena ada mastermind utk setup plan..
Tp tu lah..
Benda jahat xdenya nak rasa nikmat..
 
kes gini slalu berakhir kantoi kat balai..
apa diorg rancang setakat samun je ke ..tak rancang apa nk dijawab kat balai? mesti byk fakta mencurigakan dan tak konsisten..
 
Back
Top
Log in Register