BTC USD 83,703.5 Gold USD 4,216.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun Jalan Ampang: Polis Rakam Keterangan 12 Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,580
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,580
Reaction score
350
Points
141

Samun Jalan Ampang: Polis Rakam Keterangan 12 Saksi​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Polis telah merekodkan keterangan 12 saksi bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata membabitkan kerugian RM2.91 juta di sebuah kediaman mewah di Jalan Ampang di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Annas Sulaiman berkata pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti kesemua suspek terlibat.

Beliau berkata siasatan turut merangkumi sebarang kemungkinan atau elemen penglibatan “orang dalam” mahupun bersubahat memandangkan kondominium berkenaan mempunyai kawalan keselamatan yang ketat.

"Semasa kejadian berlaku, pengadu berada di dalam rumah itu bersama-sama lapan mangsa lain.

"Perkembangan lain berhubung kes ini masih dalam siasatan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki bertopeng, bersarung tangan serta bersenjatakan pisau yang menceroboh masuk ke sebuah unit kediaman di Pavilion Embassy pada Isnin.

Dalam kejadian 2 hingga 3 petang itu, kumpulan suspek melarikan wang tunai, barangan kemas dan jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM2.91 juta, selain merosakkan telefon bimbit serta melarikan pasport milik mangsa warga China berusia 28 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan manakala orang ramai yang mempunyai  maklumat kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register