kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Polis Buru Dua Suspek Samun Kedai Serbaneka
Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert
Foto kredit : IPD Jasin
Polis sedang mengesan dua lelaki terlibat dalam kejadian samun dengan bersenjatakan pisau di sebuah kedai serbaneka di Taman Maju di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Lee Robert berkata dalam kejadian pada 8.10 malam, seorang daripada suspek masuk ke dalam premis dan mengambil sebotol air mineral dari peti sejuk sebelum menuju ke kaunter pembayaran.
“Suspek kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah juruwang wanita berusia 40 tahun sebelum mengambil wang tunai RM60 dari peti kaunter.
“Suspek juga melarikan telefon bimbit dan beg sandang mangsa yang mengandungi wang RM300, dokumen peribadi serta kunci rumah dan kunci motosikal melibatkan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM1,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru putih bersama-sama seorang lagi lelaki yang menunggu di luar premis.
Beliau berkata suspek pertama bertubuh sederhana tinggi dan berkulit sawo matang, memakai topi keledar biru, hoodie dan seluar panjang hitam.
Beliau berkata Pasukan Forensik D10, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian berjaya memperoleh tiga kesan cap jari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.