BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru Suspek Bakar Dua Kenderaan Di Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
22f29193a589cb9ec73b05f79c036d2069c3e60fc5499

ACP S. Vijaya Rao

Polis sedang mengesan suspek disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan membakar dua kenderaan milik seorang pengimpal di sebuah kawasan perumahan di Kapar, Klang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata dalam kejadian 12.12 tengah malam itu mangsa berusia 55 tahun menyedari kejadian berkenaan setelah terdengar bunyi letupan, sebelum mendapati keretanya dijilat api.

“Api bagaimanapun berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan jiran. Kejadian ini mengakibatkan kedua-dua kenderaan mengalami kesan terbakar sebanyak 30 peratus.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati empat lelaki menaiki dua motosikal telah memecahkan cermin kenderaan dan menyimbah minyak petrol, sebelum membakar kedua-dua kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, selain mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerusi talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tular melalui media sosial rakaman CCTV berdurasi 57 saat yang memaparkan empat individu bertopi keledar dan pelitup muka bertindak mencurah petrol ke atas dua kenderaan di hadapan sebuah kediaman sebelum bertindak membakar kenderaan terbabit.

 
Back
Top
Log in Register