BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Internet Selamat Diperluas Ke Kawasan Tumpuan Umum Tahun Ini - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
00fc18b23c4f822bc4b865e3192e31e269ac2414be1e1

3b7bc7f26a03936ae2e61efd46e8b11e69ac243d796db

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bercakap kepada media selepas menyertai Kempen Internet Selamat 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bazar Ramadan Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementrian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah (kiri).

Kementerian Komunikasi mempergiat usaha meningkatkan literasi digital menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) ke kawasan tumpuan umum seperti perumahan, masjid dan surau tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu bertujuan memastikan kesedaran berkaitan keselamatan siber dapat disampaikan kepada komuniti pada peringkat akar umbi.

Beliau berkata fokus pelaksanaan KIS tahun ini adalah kepada persatuan penduduk, jawatankuasa rukun tetangga serta institusi masjid dan surau.

“Di samping itu, kita juga akan mengaktifkan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara bagi memastikan program KIS mencapai matlamatnya,” katanya selepas melancarkan Kempen Internet Selamat @ Bazar Ramadan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam di sini, hari ini.

Fahmi berkata jika tahun lepas, kempen berkenaan memberikan tumpuan kepada sekolah, tahun ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperluas pelaksanaannya kepada masyarakat umum termasuk di bazar Ramadan.

Beliau berkata usaha memastikan Internet selamat bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau penyedia platform media sosial, tetapi turut memerlukan peranan ibu bapa dalam memantau penggunaan Internet oleh anak-anak.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata edisi Ramadan KIS diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengunjung bazar tentang kepentingan mengamalkan budaya penggunaan Internet secara selamat.

Ketika ini, katanya, ramai pengguna media sosial menjadi mangsa buli siber, penipuan dalam talian dan pedofilia, khususnya mereka yang tidak mempunyai tahap literasi digital yang tinggi.

Mengulas tentang kemungkinan gangguan Internet susulan konflik di Timur Tengah, Fahmi berkata perkhidmatan Internet di Malaysia ketika ini berada dalam keadaan baik dan terkawal.

 
Back
Top
Log in Register