BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan MOCN Diperluas, Tingkat Kesalinghubungan Di Kawasan Kurang Liputan Internet - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pelaksanaan MOCN Diperluas, Tingkat Kesalinghubungan Di Kawasan Kurang Liputan Internet - Fahmi​

f1761650776d07cb30327b72c316a0406a4a0ff4bd008

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (kiri) menyantuni Othman Omar, 78, (kanan) sempena Ziarah Kasih di Lorong Parit Maimon, Parit Sulong.

Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Erwin Khairul Ahmad (dua, kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


BATU PAHAT, 5 Julai (Bernama) - Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merancang memperluas pelaksanaan Rangkaian Teras Pelbagai  Pengendali (MOCN) di seluruh negara, bagi meningkatkan kesalinghubungan di kawasan yang kurang liputan internet.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata dengan wujudnya kaedah berkenaan syarikat telekomunikasi boleh bekerjasama antara satu sama lain terutamanya bagi liputan di kawasan luar bandar, pedalaman atau kawasan terlindung untuk menerima isyarat telekomunikasi.

Beliau berkata, menerusi MOCN syarikat telekomunikasi yang mempunyai menara telekomunikasi di sesebuah kawasan tertentu boleh bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi lain agar isyarat yang dipancarkan atau diterima lebih menyeluruh.

Buat masa ini, katanya, lima lokasi telah melaksanakan kaedah MOCN iaitu di dua menara di Bukit Putus, Negeri Sembilan, serta masing-masing satu di Prima Gambang di Pahang, Plaza Tol Kota Seri Langat West Coast Expressway (WCE), di Banting, Selangor dan di Tanjung Asam, Pulau Pinang.

“Di Johor ini kita sedang meneliti beberapa kawasan untuk pelaksanaannya.

"Setelah melihat serta menjalankan kajian, pihak MCMC mendapati di negeri ini kawasan yang kurang menerima liputan sama ada 4G atau 5G adalah kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih Kementerian Komunikasi di Kampung Parit Maimon, di sini, hari ini.

Beliau berkata antara faktor utama kurangnya penerimaan isyarat telekomunikasi adalah kebanyakan kediaman penduduk ini terletak di kawasan kampung serta luar bandar yang berada atau terlindung oleh pokok kelapa sawit.

“Negeri Johor sememangnya menjadi keutamaan pihak kementerian dan MCMC dalam memastikan kecapaian liputan internet ini kepada 100 peratus di kawasan yang mempunyai penduduk,” katanya.

- - BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register