BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen Internet Selamat 2.0 Diperhebat Tahun Hadapan - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
277c6dd341b08b06ca115ee22d79242e69410243b83c4

dd88887537220c737a6e671d4c4241cc6941029b274ff

0a15f99bc568f58ad1e109e225b5696c6941010554dfe

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Dewan Serbaguna Menara Komunikasi hari ini.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Komunikasi akan memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2.0 pada tahun hadapan bagi memperkukuh tahap keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak dan keluarga, kata Menterinya Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kempen Internet Selamat 1.0 yang dilaksanakan sepanjang tahun ini melibatkan hampir 8,500 sekolah, melepasi sasaran awal 8,000 sekolah dengan penyertaan lebih 400,000 peserta menerusi pelbagai program kesedaran keselamatan Internet.

Fahmi berkata usaha ini perlu dilipatgandakan tahun hadapan, dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Komuniti MADANI yang berperanan sebagai ejen komunikasi pada peringkat akar umbi.

"Kita nak libatkan semua Komuniti MADANI menjadi ejen komunikasi menyampaikan mesej yang sama, iaitu untuk memastikan Internet itu selamat.

"Ibu bapa juga ada tugas dan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat (semasa melayari Internet),” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi November dan Disember Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi akan melancarkan mega jerayawara keselamatan Internet, iaitu jelajah ke seluruh negara, bersempena dengan Hari Keselamatan Internet Sedunia pada Februari depan, bagi memastikan mesej keselamatan Internet difahami dan dilaksanakan sehingga peringkat akar umbi.

Menurut beliau, penjenayah khususnya penjenayah seksual terhadap kanak-kanak, penjenayah scammer dan penjenayah judi dalam talian, telah merebak dan berhijrah secara besar-besaran ke dalam platform media sosial.

Bagi menangani perkara itu, Fahmi berkata kerajaan telah mengambil langkah memperkukuh kerangka perundangan dengan mentakrifkan beberapa perbuatan sebagai kesalahan jenayah, termasuk fraud, scam, buli siber dan doxing (dedah maya atau tindakan menyebarkan maklumat peribadi seseorang).

 
Back
Top
Log in Register