BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Kewangan Pergiat Sesi Libat Urus Penyediaan Belanjawan 2027 -- Amir Hamzah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kementerian Kewangan Pergiat Sesi Libat Urus Penyediaan Belanjawan 2027 -- Amir Hamzah​

35243bd7a6e7afc07c6308151d34b3606a44afc54d25c

5a67f3336f6c3d82a3e7a6c4b21ee4256a44abacc8e59

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bercakap pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke sebuah stesyen minyak di Presint 8 bagi melihat pelaksanaan BUDI MADANI Diesel hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) telah memulakan sesi libat urus bagi penyediaan Belanjawan 2027 melibatkan beberapa kementerian dan lokasi di seluruh negara.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MOF bersama kementerian berkaitan sedang giat mengadakan sesi berkenaan sebagai sebahagian daripada proses merangka Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober tahun ini.

“Sesi libat urus telah bermula, melibatkan beberapa kementerian dan beberapa lokasi, dan akan terus dirancakkan.

“Penyediaan Belanjawan 2027 mengambil masa bagi memastikan ia selari dengan hala tuju kerajaan,” katanya kepada media selepas meninjau pelaksanaan BUDI Diesel di sebuah stesen minyak, di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata kerajaan kekal menggunakan kerangka Ekonomi MADANI sebagai asas utama dalam merangka belanjawan, dengan tumpuan kepada usaha meningkatkan “siling” dan “lantai” ekonomi bagi merancakkan pertumbuhan negara.

Beliau berkata selain kerangka Ekonomi MADANI, dasar yang telah diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) turut menjadi panduan kepada hala tuju dasar kerajaan.

“Saya tidak mahu mendahului pembentangan belanjawan, namun struktur dan pendekatan kerajaan kekal konsisten berasaskan kerangka Ekonomi MADANI,” katanya sambil menambah kerajaan akan terus membangunkan negara bagi mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang 2030.

Sebagai rekod, Belanjawan 2026 memperuntukkan sebanyak RM419.2 bilion, merangkumi RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, selain mengoptimumkan pelaburan berjumlah RM50.8 bilion daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, badan berkanun Persekutuan dan kerjasama awam-swasta bagi menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan.

 
Back
Top
Log in Register