BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Maklumat Android 16

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Penggunaan pengimbas cap jari bawah skrin sudah menjadi satu perkara biasa dalam arena telefon pintar. Tahun ini, sensor jenis ultrasonik akhirnya digunakan oleh ramai pengeluar. Akan datang, Google akan memperkenalkan ciri nyahkunci skrin baharu yang sudah lama ada pada pelbagai peranti keluaran China.

Pixel-Android-16-Imbas-Cap-Jari-Skrin-Mati-01.webp


Versi Google ini adalah untuk Android 16 dan juga peranti Pixel, di mana buat pertama kali ciri ini akan terbina secara natif dalam kod pembangunan Android. Ciri ini adalah mengimbas cap jari untuk menyahkunci peranti ketika skrin dimatikan. Ia sudahpun wujud pada beberapa peranti keluaran Xiaomi, Oppo, Vivo, Tecno dan banyak lagi.

Ciri ini mungkin tidak begitu penting bagi sesetengah pengguna, tetapi untuk saya ia sangat berguna kerana lebih pantas. Ia juga berbeza dengan menyahkunci peranti ketika skrin berada dalam mod Always-on. Ciri ini membolehkan pengguna menyahkunci peranti seakan zaman pengimbas fizikal di belakang atau sisi peranti, di mana skrin mati tetapi boleh dinyahkunci dengan jari terus menyentuh/menekan pengimbas terbina.

Sumber asal https://www.androidauthority.com/android-16-screen-off-fingerprint-unlock-3510174/
 
Ini Live Updates Di Android 16 - Ciri Seakan Live Activities Di iPhone

Google mengumumkan ciri Live Updates semasa melancarkan Android 16 Beta pada Januari yang lalu. Sejak itu ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa ciri yang mengambil inspirasi daripada Live Activities yang disokong iPhone sejak dua tahun lalu. Persoalan kini terjawab selepas antaramuka Live Updates diperlihatkan di Google I/O minggu ini.

Android-16-Live-Updates-B-950x695.jpg.webp


Ia diperlihatkan ketika ucap tama Developer Keynote dengan hanya tiga slaid ditunjukkan dengan Live Updates untuk aplikasi Waymo, Uber Eats dan Google Maps. Terdapat perbezaan lokasi Live Updates pada peranti Pixel dan Galaxy S25. Pada Galaxy S25 ia dimasukkan ke dalam Now Bar di bahagian bawah skrin.

Setakat ini pada peranti Android hanya peranti Oppo mempunyai ciri ini menerusi kerjasama eksklusif bersama Grab di Malaysia. Ia adalah antara ciri berguna di iOS dan sudah lama saya inginkan pada peranti Android.​
 
Mod Desktop Android 16 Di Perlihatkan

Android 16 akan mempunyai mod desktop seakan Samsung DeX. Ini didedahkan beberapa bulan lalu selepa Android 16 Beta diberikan kepada pembangun. Semalam, Google akhirnya memperlihatkan rekaan akhir untuk mod desktop ini serta beberapa ciri yang akan disokong.

Android-16-Desktop-Mode-950x535.jpg.webp


Google mengesakan mod desktop dibangunkan dengan kerjasama Samsung yang sudah menawarkan DeX sejak 2017. Dalam mod desktop, terdapat satu taskbar di bawah skrin dengan pintasan untuk melancarkan beberapa aplikasi mirip antaramuka Chrome OS. Seperti DeX, ikon aplikasi yang telah dibuka juga akan dipaparkan dalam taskbar. Di sebelah kiri pintasan aplikasi pula diletakkan butang untuk talam aplikasi yang terpasang dalam peranti.

Android-16-Desktop-Mode-B-950x535.jpg.webp


Google mengatakan aplikasi yang dibangunkan dengan saiz reaktif akan secara automatik berubah mengikut saiz tingkap dalam mod desktop. Sokongan saiz reaktif telah diusahakan oleh Google sejak mereka ingin menyokong peranti skrin lipat menerusi Android 12L. Perubahan saiz aplikasi yang sama kemudiannya akan turut disokong dalam Android auto dan Android XR.

Yang masih menjadi tanda tanya ialah sama ada mod desktop Android 16 akan disokong semua peranti yang menggunakan sistem operasi ini. Samsung DeX sebagai contoh hanya disokong peranti kelas mercu siri Galaxy S dan Galaxy Z sahaja pada ketika ini.​
 
Samsung Melancarkan Program Beta Untuk One UI 8 Berasaskan Android 16

Samsung baru sahaja memulakan pengenalan One UI 7 untuk beberapa peranti di pasaran. Walaupun masih belum banyak peranti yang menerimanya, kini Samsung bergerak pantas, dan telah mengumumkan pelancaran program beta untuk One UI 8. OneUI 8 akan berasaskan kepada Android 16 yang bakal dilancarkan, dimana ia akan menyertakan pembaharuan dari segi antaramuka, selain kemaskini untuk integrasi kecerdasan buatan.

Samsung mengatakan One UI 8 akan mengenal-pasti kaedah penggunaan anda, dan menawarkan pelbagai perkara dan cadangan berasaskan kepada rutin harian anda. One UI 8 turut menambah sokongan Auracast, iaitu kebolehan sambungan audio melalui imbasan kod QR, selain memudahkan sebarang proses pendaftaran dengan hanya mengimbas kod QR atau NFC melalui Samsung Account. Buat masa ini, Samsung menawarkan akses beta untuk One UI 8 ini bagi peranti siri Galaxy S25 di beberapa buah negara, termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Malaysia tidak termasuk dalam senarai yang menerima akses beta ini.​
 
Android 16 Versi Akhir Boleh Di Muat-Turun

Hari ini mungkin hari Apple melancarkan kesemua versi 26 sistem operasi mereka. Reaksi daripada peminat Apple adalah bercampur baur dengan ada yang menyukai antaramuka seakan kaca yang diperkenalkan dan ada juga kecewa ia tidak membawakan perubahan besar khususnya pada Apple Intelligence. Ketika orang sibuk berbincang mengenai Apple, Google baru sahaja mengumumkan versi akhir Android 16 boleh dimuat-turun. Ini hanya beberapa minggu selepas Google I/O. Seperti yang anda sedia maklum, Android 16 ialah versi terkini Android yang membawakan rekaan antaramuka baharu Material 3 Expressive. Antaramuka ini mengambil hala tuju berlainan sekali dengan Apple. Ia mementingkan tona warna yang menarik perhatian, ikonografi lebih mudah difahami, butang lebih mesra pengguna dan turut meminjam ciri iOS seperti Live Updates. Android 16 versi akhir akan boleh dimuat turun peranti Google Pixel terlebih dahulu. Senarai Pixel yang akan menerima Android 16 adalah seperti di bawah.​
  • Pixel 6
  • Pixel 6 Pro
  • Pixel 6a
  • Pixel 7
  • Pixel 7 Pro
  • Pixel 7a
  • Pixel Fold
  • Pixel Tablet
  • Pixel 8
  • Pixel 8 Pro
  • Pixel 8a
  • Pixel 9,
  • Pixel 9 Pro
  • Pixel 9 Pro XL
  • Pixel 9 Pro Fold
  • Pixel 9a
 
Back
Top
Log in Register