BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Maklumat iPhone 17

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Siapa ingat akan rekaan dwi-tona Google Pixel 2 yang cukup popular? Ia menggunakan satu panel kaca dengan proses kemasan unik kerana satu bahagian peranti adalah kusam dan selebihnya berkilat. Konsep rekaan ini mungkin akan digunakan pada iPhone 17 menurut maklumat yang ditiriskan oleh Fixed Focus Digital menerusi Weibo.

Panel belakang iPhone 17 akan menggabungkan penggunaan bahan aluminium pada bonggol atas yang meletakkan lensa kamera sementara bahan kaca pula digunakan pada bahagian bawahnya. Penggunaan titanium juga dikatakan mungkin akan dihentikan dengan model Pro mungkin menggunakan bahan aluminium di bahagian atas dan kaca di bahagian bawah. Buat masa ini masih tidak jelas jika rekaan baharu terkesan pada model Pro sahaja atau kesemua iPhone 17.

Sumber asal https://www.macrumors.com/2025/01/06/iphone-17-design-smoother-edge-to-back/
 
Last edited:
Rekaan iPhone 17 Air Tertiris Dengan Rekaan Palang Kamera Lebih Nipis

Apple dijangka akan melancarkan iPhone 17 pada tahun ini. Tahun ini dikatakan akan menjadi berbeza kerana Apple akan menamatkan model Plus dan mungkin menggantikan dengan model Air. Ini bermakna selepas Mini ditamatkan, kemudian Plus – model yang akan ditawarkan adalah iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Terbaru rekaan iPhone 17 Air tertiris.

Apple dilihat mengikut strategi Google yang lebih berani iaitu mengembalikan rekaan palang kamera seakan Nexus 6P pada tahun 2015. Sebelum ini model iPhone 17 Pro dengan palang kamera gergasi telah tertiris. Untuk iPhone 17 Air, palang kamera dilihat lebih nipis dan hanya memuatkan satu sensor kamera bersama satu LED flash. Tidak pasti jika akan ada sensor lain yang akan dimuatkan.
Menurut laporan Front Page Tech, Apple mungkin akan memastikan rekaan setiap iPhone 17 mempunyai elemen yang lebih kurang sama atau akan kelihatan konsisten mengikut siri dan model tertentu. Selain itu, iPhone 17 Air ini turut akan hadir dalam tubuh yang lebih nipis iaitu mungkin sekitar 5.5mm sahaja. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai rekaan iPhone ini. Kita perlu ingat yang sebelum ini, rekaan Apple Watch yang rata di sekeliling pernah tertiris dan dikatakan akan dilancarkan – namun ia tidak menjadi realiti.

Sumber asal;

 
Last edited:
iPhone 17 Di Jangka Menggunakan Cip WiFi Yang Di Bangunkan Sendiri Oleh Apple

Apple melalui iPhone 16e telah pun memperkenalkan modem selular mereka tersendiri, dinamakan Apple C1. Tidak setakat itu, Apple juga dilihat akan menggantikan penggunaan cip untuk WiFi pada iPhone 17 dengan menggunakan cip yang dibangunkan mereka tersendiri, sekaligus menggantikan penggunaan cip Broadcom sebelum ini.

Ulasan-iPhone-16_Amanz-02-950x534.webp


Mengikut laporan terbaru yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini. Ini sekaligus akan membolehkan Apple terus mengurangkan kos, dan pada masa yang sama menambah-baik sokongan sambungan antara peranti Apple – satu sama lain. Dengan langkah ini, Apple dilihat semakin hampir menggantikan pelbagai komponen kepada yang dibangunkan dan direkabentuk mereka sendiri, termasuk cip pemprosesan dan lain-lain.

 
Apple Mungkin Tidak Akan Menggunakan Lapisan Anti-Pantulan Tahan Calar Pada iPhone 17

Apple
dilaporkan mungkin membatalkan perancangan untuk menggunakan lapisan anti-pantulan tahan calar pada skrin siri iPhone 17. Keputusan itu diambil berikutan masalah yang timbul dalam pengeluaran secara besar-besaran yang menyebabkan keperluan untuk menghasilkan jutaan unit iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max tidak dapat dipenuhi.

Pada masa ini, Apple menggunakan lapisan oleophobic khas pada iPhone keluaran terkini untuk mengurangkan kesan cap jari, namun lapisan ini tidak mempunyai ciri anti-pantulan seperti teknologi yang digunakan oleh pesaingnya. Sebagai contoh, Samsung Galaxy S24 Ultra menggunakan panel kaca Corning Gorilla Glass Armor yang dapat mengurangkan pantulan sehingga 75%, sekali gus memberikan paparan lebih jelas dalam keadaan terang serta meningkatkan kontras dan ketepatan warna.

Walaupun Apple telah menggunakan teknologi Nano-texture pada produk seperti Mac dan iPad Pro untuk mengurangkan silau. Masih belum dapat dipastikan sama ada teknologi ini akan digunakan pada iPhone pada masa hadapan atau sebaliknya.​
 
Last edited:
iPhone 17 Pro Di Rakamkan Sedang Di Uji - Memperlihatkan Rekaan Serba Baharu

Sebelum ini, kita sedia melihat beberapa kali gambar olokan untuk iPhone 17 Pro yang hadir ke arena internet. Terbaru, bukan setakat gambar olokan, tetapi peranti berkenaan dilihat sedang digunakan di dunia nyata. Gambar rakaman ini dikongsikan di arena sosial, mengatakan ia dilihat di Union Square, San Francisco.

iPhone-17-Test-950x534.jpeg
iPhone 17 dirakamkan di luar (oleh @Skyfops)

Gambar iPhone yang dirakamkan tersebut memperlihatkan rekaan belakang yang baharu, termasuk kedudukan LED dan LiDAR yang diposisikan semula. Peranti berkenaan dikatakan menggunakan kerangka luaran berwarna hitam dalam melindungi rekaan akhir peranti tersebut. Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal ini. Apple dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka secara rasminya sekitar September 2025.​
 
Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17

Berbaki kurang dari dua bulan, Apple bakal melancarkan iPhone terbaru mereka menerusi siri iPhone 17. Berdasarkan banyak khabar angin sejak awal 2025, tahun ini iPhone akan tampil 'berwajah baharu' di mana rekaannya berbeza berbanding model terdahulu. Nampaknya, perkara tersebut mungkin benar. Ini kerana seorang pengguna X (@Skyfops) berkongsikan gambar yang mana dikatakan iPhone baharu sedang diuji. Pertama sekali, kedudukan flash dan LiDAR selari dengan imej komputer yang didedahkan. Kedua, peranti tersebut dipasang selongsong gelap berwarna hitam.
1753889095171.png

Buat anda yang tidak tahu, itu adalah kebiasaan bagi mana-mana jenama telefon pintar yang sedang menguji peranti apabila berada di luar. Mark Gurman turut berkongsikan hantaran tersebut dan mengatakan ia nampak sahih. Berkaitan rekaan iPhone 17 itu adalah betul memandangkan beberapa minggu sahaja lagi kita akan masuk bulan September di mana acara Apple bakal berlangsung. Agak mustahil untuk rekaannya tiba-tiba berubah kecuali Apple buat pengumuman mengejut "one more thing".​
 
Harga iPhone 17 Di Jangka Naik Sekitar RM200

Apple dijangka akan menaikkan harga sekitar $50 (~RM212) untuk semua model iPhone 17 apabila ia dilancarkan September ini. Menurut laporan penganalisis Jefferies, Edison Lee, langkah ini diambil untuk menampung peningkatan kos komponen serta kesan tarif dari China. Kenaikan ini dijangka melibatkan kesemua model, termasuk iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Sebelum ini, The Wall Street Journal turut melaporkan bahawa Apple sedang mempertimbangkan kenaikan harga untuk barisan iPhone 17.

Difahamkan, syarikat itu merancang untuk menyertakan ciri dan rekaan baharu bagi "mengimbangi" harga lebih tinggi, berbanding menyalahkan tarif ke atas produk dari China sebagai punca utama. Namun begitu, ia masih sekadar jangkaan awal. Jika melihat corak tahun lalu, iPhone 16 kekal pada harga sama di Amerika Syarikat. Di beberapa pasaran lain, termasuk Malaysia, ia pula ditawarkan pada harga lebih rendah. Sebagai rujukan, harga pelancaran iPhone 16 bermula dari RM3,999, berbanding RM4,399 untuk iPhone 15. Sementara itu, iPhone 16 Pro ditawarkan pada harga bermula RM4,999, berbanding RM5,499 untuk iPhone 15 Pro. Penurunan harga tahun lalu dipercayai dipengaruhi oleh penyusutan dolar AS. Sama ada trend ini akan berulang, semuanya bergantung kepada faktor pasaran dan pengumuman rasmi Apple nanti.

Sumber asal https://www.macrumors.com/2025/07/30/iphone-17-price-increase-expected/
 
Back
Top
Log in Register