BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Maklumat iPhone 17

Kapasiti Bateri Semua Model iPhone 17 Tertiris

Menjelang pelancaran siri iPhone 17 pada awal pagi Rabu ini, kapasiti bateri bagi semua model dilaporkan telah tersenarai dalam pangkalan data pihak berkuasa China. Dalam siaran di X, peniris terkenal ShrimpApplePro berkongsi maklumat yang didakwa daripada pangkalan data tersebut, menunjukkan bahawa iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max ditawarkan dengan dan tanpa slot kad SIM fizikal, bergantung pada pasaran. Bagi model asas iPhone 17 pula, setakat ini hanya satu kapasiti bateri yang disenaraikan. Ia mungkin bermakna model ini menawarkan kapasiti bateri yang sama bagi eSIM dan dengan slot SIM fizikal. Berikut anggaran kapasiti bateri bagi setiap model iPhone 17, dengan dan tanpa slot kad SIM fizikal:​
  • iPhone 17: 3,692mAh​
  • iPhone 17 Air: 3,036mAh/3,149mAh​
  • iPhone 17 Pro: 3,988mAh/4,252mAh​
  • iPhone 17 Pro Max: 4,823mAh/5,088mAh​
Jika laporan ini tepat, Apple nampaknya memanfaatkan ruang tambahan dalam peranti. Kapasiti bateri bagi pengguna eSIM dijangka sekitar 5% lebih besar berbanding pengguna dengan slot kad SIM fizikal. Memandangkan Apple kini dikehendaki memaparkan label tenaga pada halaman produk iPhone di EU, kapasiti bateri rasmi dijangka akan disiarkan kelak, kemungkinan dalam minggu ini.​
 
Apple Mulakan Trend Global - iPhone 17 Air Hanya Sokong eSIM

Pengumuman Apple pada hari Selasa bahawa iPhone 17 Air hanya akan ditawarkan tanpa slot SIM fizikal di seluruh dunia menandakan langkah besar bagi teknologi eSIM, yang sebelum ini telah lama digunakan di Amerika Syarikat.

1757510725174.png

Apa itu eSIM?

Kad SIM fizikal menyimpan semua maklumat yang diperlukan telefon untuk bersambung ke rangkaian mudah alih, termasuk kontrak dan nombor pelanggan. Pengguna sudah berdekad lamanya menggunakan kad plastik kecil ini ketika memasang telefon baharu, menukar penyedia, atau ketika melancong. eSIM pula menyimpan data digital dengan fungsi sama seperti SIM fizikal, membolehkan pengesahan peranti ke rangkaian secara selamat, menurut GSMA (badan piawaian global). Kebanyakan telefon pintar moden menyokong eSIM, walaupun banyak model masih menawarkan slot SIM fizikal. Pendaftaran boleh dilakukan melalui imbasan kod QR, mesej daripada penyedia rangkaian, atau terus memindahkan eSIM daripada telefon lama.

Apa bezanya dengan SIM biasa?

Oleh kerana eSIM bersifat digital sepenuhnya, ia boleh dimuat turun dari jauh, menjadikan proses seperti menukar rangkaian atau melanggan pelan tempatan ketika melancong jauh lebih mudah. Ia juga mengurangkan penggunaan plastik dan kos pengedaran. Namun, pengaktifan awal memerlukan sambungan internet — bermakna pengguna mungkin perlu sambung Wi-Fi di rumah dahulu sebelum boleh aktifkan rangkaian. Bagi pengembara, eSIM tempatan juga sebaiknya diaktifkan lebih awal supaya telefon terus berfungsi sebaik tiba di destinasi.

Mengapa Apple memilih eSIM?

Apple mula membuang slot SIM fizikal di AS sejak iPhone 14 (2022). Di laman webnya, Apple menyatakan eSIM menawarkan lebih fleksibiliti, kemudahan, keselamatan, dan sambungan tanpa gangguan. Dengan komponen fizikal yang lebih sedikit, telefon juga boleh direka lebih nipis dan mudah digunakan. Penganalisis CCS Insight, Kester Mann, berkata Apple juga mungkin mahu mengawal lebih banyak proses penyambungan pelanggan dengan penyedia rangkaian ketika pengguna mula menggunakan telefon baharu.

Bagaimana dengan pengeluar lain?

Samsung setakat ini belum melancarkan telefon tanpa slot SIM langsung, tetapi dijangka akan mengikut jejak sama. Google sudah memperkenalkan Pixel 10 dengan versi eSIM sahaja di AS. Menurut Roland Berger, penggunaan eSIM dijangka melonjak kepada 75% daripada sambungan telefon pintar menjelang 2030, berbanding hanya 10% pada 2023.

Apa kesannya setakat ini?

Kajian Roland Berger mendapati tiada peningkatan besar dalam kadar pelanggan bertukar rangkaian (churn) walaupun eSIM memudahkan proses tersebut. Dalam pelancongan, penjualan eSIM tempatan dijangka meningkat daripada 70 juta (2024) kepada 280 juta (2030). Penyedia seperti Airalo dan Holafly kini menjual sambungan internet murah untuk pelancong, manakala syarikat penerbangan serta telco besar turut mula menawarkan alternatif mereka sendiri. Selain telefon, eSIM juga memudahkan komunikasi mesin-ke-mesin (M2M) seperti jam tangan pintar, kereta, dan meter elektrik pintar yang boleh dikonfigurasi dari jauh.
 
Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja

Apple memperkenalkan iPhone Air, iPhone ternipis pernah dihasilkan dengan ketebalan hanya 5.6mm. iPhone Air dilengkapi paparan 6.5 inci ProMotion menyokong AOD dengan kecerahan maksimum 3000 nits. Ketahanan ditingkatkan dengan 3x lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield terdahulu yang kini juga digunakan pada bahagian belakang. Dikuasakan A19 Pro dengan CPU 6-teras, GPU generasi baharu serta neural accelerator terbina, Apple mendakwa iPhone Air menawarkan prestasi setanding MacBook Pro.
1757510868337.png

Sistem kamera Fusion menyokong 1x, 2x, serta lensa khas 28mm dan 35mm, bersama kamera selfie Center Stage. Fungsi dual-capture video pula membolehkan rakaman kamera depan dan belakang berjalan serentak. Cip N1 membawa Wi-Fi 7, Bluetooth, Thread, manakala modem C1X dua kali lebih pantas serta 30% lebih jimat tenaga. Menggunakan eSIM sahaja di seluruh dunia, iPhone Air menawarkan bateri seharian di mana dengan ditambah MagSafe battery pack, ia mampu menawarkan sehingga 40 jam tontonan video. iPhone Air ditawar pada harga bermula RM4,999.
1757510889928.png
 
iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499

Seiring pelancaran iPhone 17 dan iPhone Air, Apple kini memperkenalkan iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dengan rekaan baharu serta peningkatan prestasi.

iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max masing-masing dilengkapi skrin 6.3-inci dan 6.9-inci dengan kecerahan maksimum 3000nit, serta binaan aloi aluminium.
iPhone-17-Pro_5.jpg


Peranti ini juga hadir dengan perlindungan Ceramic Shield 2, dan buat pertama kali Ceramic Shield turut melindungi bahagian belakang, menawarkan ketahanan terhadap retakan sehingga 4 kali lebih baik.

Kedua-dua model ini dikuasakan cip A19 Pro dengan 6-teras CPU, 6-teras GPU dan 16-teras Neural Engine. Storan yang ditawarkan bermula 256GB hingga 2TB (untuk iPhone 17 Pro Max).
iPhone-17-Pro_8.jpg


Barisan iPhone 17 juga memperkenalkan N1, cip rangkaian wayarles yang direka sendiri oleh Apple, menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6, dan Thread. Selain membolehkan teknologi tanpa wayar terkini, N1 turut meningkatkan prestasi dan ciri seperti Personal Hotspot dan AirDrop.

Seperti diperkatakan sebelum ini, reka bentuk dalaman iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dimuatkan teknologi 'vapor chamber' yang direka sendiri oleh Apple untuk meningkatkan sistem penyejukan dan prestasi.


iPhone-17-Pro_2.jpg

iPhone-17-Pro_3.jpg


Untuk kemampuan fotografi, iPhone 17 Pro kini dilengkapi sistem tiga kamera 48MP Fusion, masing-masing untuk kamera utama, ultra lebar dan telefoto yang menyokong sehingga 8x zum optik.

iPhone-17-Pro_1.jpg

kamera-iPhone-17-Pro_.jpg


Kamera telefoto menampilkan reka bentuk tetraprism generasi baharu dengan sensor 56% lebih besar berbanding generasi sebelumnya. Zoom digital kini meningkat sehingga 40x untuk foto.

Sementara itu, kamera hadapan dimuatkan 18MP Center Stage, yang menyokong rakaman video 4K HDR dengan stabil. Ciri Dual Capture membolehkan pengguna merakam menggunakan kamera hadapan dan belakang serentak.
iPhone-17-Pro_4.jpg


Selain menyokong rakaman Dolby Vision HDR, 4K120fps, ProRes Log dan ACES, iPhone 17 Pro dan Pro Max kini turut menambah sokongan ProRes RAW, Log 2 serta genlock. Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas, yang menurut Apple mampu mengecas sehingga 50% dalam 20 minit menggunakan adapter USB-C seperti Apple 40W Dynamic Power Adapter dengan kapasiti maksimum 60W.
Screenshot-2025-09-10-at-2.09.13-AM.jpg


Tiga pilihan warna tersedia iaitu Silver, Cosmic Orange dan Deep Blue.

Harga dan ketersediaan

iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM5,499 dan RM5,999 bagi storan asas 256GB. Prapesan akan dibuka bermula 12 September, jam 8.00 malam, dengan ketersediaan mulai 19 September 2025.
 
iPhone 17 - 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB

Antara yang paling dinantikan dalam acara Apple kali ini pastinya pengumuman rasmi iPhone 17. Seperti biasa, siri baharu ini hadir dengan rekaan lebih segar, peningkatan prestasi serta ciri menarik yang menjadi tumpuan peminat teknologi di seluruh dunia. iPhone 17 menampilkan skrin lebih besar bersaiz 6.3-inci, dan buat pertama kalinya model ini hadir dengan sokongan ProMotion sehingga 120Hz kadar segar semula adaptif - satu perkara yang dinantikan pengguna setelah sekian lama.
iPhone-17_4.jpg


Dikuasakan cip pemproses A19, iPhone 17 kini ditawarkan dengan storan bermula 256GB, menandakan Apple kini menghentikan pilihan storan 128GB.

videoframe_2177712.jpg

videoframe_2160573.jpg

videoframe_2188420.jpg


Antara peningkatan paling ketara untuk generasi kali ini terletak pada sistem kamera. iPhone 17 dilengkapi kamera 12MP, serta "dual fusion" 48MP di bahagian belakang yang menggabungkan keupayaan kamera utama dan telefoto dalam satu sistem serba baharu. Ia menyokong 2x zum optik.
iPhone-17_2.jpg


Di bahagian hadapan pula dimuatkan kamera 18MP Center Stage. Seperti iPhone 16 sebelum ini, iPhone 17 masih mengekalkan butang Action dan Camera Control untuk pengalaman penggunaan lebih fleksibel.
iPhone-17.jpg


Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Lavender, Mist Blue, Black, White dan Sage.

Harga dan ketersediaan

iPhone 17 ditawarkan pada harga bermula RM3,999 bagi storan 256GB. Prapesan dibuka mulai 12 September, jam 8 malam, dengan ketersediaan di pasaran pada 19 September 2025.
 
Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 17, iPhone Air - Prapesan Mulai 12 September

Apple baru sahaja melancarkan sejumlah produk baharu, termasuk empat model iPhone yang terdiri daripada iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Antara pembaharuan pada model tahun ini termasuk sokongan ProMotion 120Hz dan kamera Dual Fusion 48MP untuk model asas serta pengenalan iPhone Air yang menggantikan model Plus. Sementara itu, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max hadir dengan teknologi vapor chamber, sistem tiga kamera 48MP serta kamera hadapan 18MP Center Stage. Bagi pasaran Malaysia, prapesan boleh dilakukan melalui laman rasmi Apple bermula 12 September 2025, jam 8.00 malam, manakala jualan rasmi pada 19 September 2025.

Harga rasmi siri iPhone 17, iPhone Air

Berikut merupakan senarai penuh harga yang ditawarkan bagi barisan iPhone 17 dan iPhone Air untuk pasaran Malaysia:

iPhone 17
  • 256GB - RM3,999
  • 512GB - RM4,999
iPhone Air
  • 256GB - RM4,999
  • 512GB - RM5,999
  • 1TB - RM6,999
iPhone 17 Pro
  • 256GB - RM5,499
  • 512GB - RM6,499
  • 1TB - RM7,499
iPhone 17 Pro Max
  • 256GB - RM5,999
  • 512GB - RM6,999
  • 1TB - RM7,999
  • 2TB - RM9,999
Perlu diketahui bahawa harga yang disenaraikan adalah tanpa perlindungan tambahan AppleCare+.
 
Semua iPhone Terbaru Di Lengkapi Kamera 18MP Centre Stage - Ini Kelebihannya

Semua model iPhone baharu kini dilengkapi kamera hadapan 18MP dengan sokongan Centre Stage, serta menampilkan sensor berbentuk segi empat sama yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada iPhone. Tidak seperti sensor tradisional dengan nisbah 4:3, format baharu ini memberikan lebih ruang di sekeliling bingkai untuk hasil rakaman yang lebih fleksibel. Menariknya, pengguna tidak lagi perlu memutarkan iPhone untuk mengambil swafoto dalam mod landskap. Sama ada foto atau video, rakaman boleh dilakukan dalam mod potret mahupun landskap walaupun iPhone dipegang secara menegak.
1757511329615.png

Untuk swafoto berkumpulan, Centre Stage menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meluaskan pandangan secara automatik, dan boleh beralih daripada potret ke landskap bagi memuatkan semua orang dalam satu bingkai. Kamera hadapan ini turut menyokong rakaman video ultra stabil dalam 4K HDR, selain membolehkan rakaman serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang melalui ciri Dual Capture. Bukan itu sahaja, semasa panggilan video di FaceTime atau aplikasi pihak ketiga, Centre Stage memastikan pengguna sentiasa kelihatan stabil dan kekal dalam bingkai skrin.
1757511348252.png
 
Apple Sahkan Kapasiti Bateri Semua Model iPhone 17, iPhone Air

Apple kini mengesahkan kapasiti bateri bagi semua model iPhone baharu yang diumumkan hari ini, termasuk iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Seperti dilaporkan sebelum ini, Apple dikehendaki memaparkan label tenaga pada halaman produk iPhone di Kesatuan Eropah (EU). Label ini secara tidak langsung mendedahkan kapasiti bateri rasmi bagi setiap iPhone. Menurut Apple, kapasiti bateri bagi setiap model adalah seperti berikut:​
  • iPhone 17: 3,692mAh
  • iPhone Air: 3,149mAh
  • iPhone 17 Pro: 4,252mAh
  • iPhone 17 Pro Max: 5,088mAh
Kapasiti ini sepadan dengan laporan beberapa hari lalu, tetapi masih belum jelas sama ada angka tersebut merujuk kepada model dengan slot SIM fizikal atau model eSIM sahaja. Tambahan pula, Apple mengatakan model eSIM memanfaatkan ruang yang sebelum ini digunakan untuk slot SIM fizikal bagi menambah kapasiti bateri. Di EU, Apple masih mengekalkan slot kad SIM untuk iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Dengan itu, kemungkinan besar kapasiti bateri yang dipaparkan dalam label tenaga adalah bagi model dengan slot SIM, sama seperti versi yang dijual untuk pengguna di Malaysia. Bagi iPhone Air, ia hanya menyokong eSIM di seluruh dunia, bermakna kapasiti baterinya adalah sama tanpa mengira pasaran.​
 
Back
Top
Log in Register