BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Maklumat iPhone 17

iPhone Air: iPhone Pro Tanpa Kamera Pro, Untuk Siapa Sebenarnya ?

Apple baru sahaja melancarkan iPhone Air, ahli baharu dalam barisan iPhone 17. Nama “Air” sebelum ini kita selalu dengar pada MacBook dan iPad, tapi kali ini ia dibawa masuk ke iPhone. Ramai yang pada mulanya menyangka iPhone Air adalah model “murah” di bawah iPhone 17 standard. Hakikatnya, tidak. Ia sebenarnya berada di tengah-tengah, antara iPhone 17 dan iPhone 17 Pro. Strategi ini mirip dengan apa yang Samsung buat dengan Galaxy S25 Edge, model yang duduk di celah versi standard dan versi Ultra. Dari segi spesifikasi, iPhone Air hampir sama dengan iPhone 17 Pro. Ia menggunakan cip A19 Pro, ada skrin 6.5 inci Super Retina XDR dengan ProMotion 120Hz, binaan titanium gred 5, Ceramic Shield 2 yang lebih tahan calar, dan bateri yang cukup untuk kegunaan seharian.

Bezanya cuma satu - sistem kamera. iPhone Air hanya ada satu lensa kamera utama, berbanding sistem berbilang lensa pada model Pro. iPhone Air bukan dicipta untuk penggemar fotografi mudah alih. Kalau anda suka rakam video 4K Dolby Vision, guna format RAW, main dengan Log, atau mahukan telefoto untuk zum jauh, jelas iPhone 17 Pro adalah pilihan lebih tepat. iPhone Air ini tidak menyasarkan golongan itu. Saya tak ambil gambar RAW, tak rakam Log, dan jarang guna telefoto. Kebanyakan masa, saya hanya guna kamera iPhone untuk rakam story di Instagram atau hantar gambar dalam grup WhatsApp. Untuk kegunaan macam tu, kamera telefon midrange pun sudah cukup cantik.​

1757511774208.png

Bila saya nak ambil gambar serius, lebih puas guna kamera Ricoh GR IIIx saya. Ia kecil, ringan, tapi ada sensor APS-C yang jauh lebih besar daripada kamera iPhone. Kualitinya pun lebih padu. Jadi bagi saya, kamera iPhone hanyalah “sekadar cukup” atau ada-ada je. Itu sebabnya saya rasa iPhone Air sangat masuk akal untuk pengguna seperti saya. Ia menawarkan spesifikasi Pro — cip paling berkuasa, paparan terbaik, binaan paling kukuh — tetapi tanpa sistem kamera kompleks yang mungkin saya tak perlukan pun. Kalau anda jenis yang gunakan telefon sebagai kamera utama, terutama bila bercuti dengan keluarga, sudah tentu anda mahukan sistem kamera paling lengkap. Dan untuk itu, iPhone 17 Pro atau Pro Max adalah pilihan yang lebih sesuai. Tapi kalau anda lebih banyak guna telefon untuk media sosial, skrol TikTok, kongsi gambar di IG, atau sekadar ambil foto kenangan harian, iPhone Air sudah cukup.

Bagi saya, iPhone Air ini adalah “iPhone Pro tanpa kamera Pro”. Ia duduk di antara dua dunia: tidak terlalu asas seperti iPhone 17, tetapi tidak terlalu berlebihan seperti iPhone 17 Pro. Sebab itulah di laman Apple sendiri, mereka kata iPhone paling nipis tapi di dalam pro. Satu teori tentang nama “Air” ini. Mungkin Apple mahu memulakan satu identiti baharu dalam barisan iPhone, sama seperti MacBook dan iPad. Kita ada MacBook Air dan MacBook Pro. Kita ada iPad Air dan iPad Pro. Kini kita ada iPhone Air dan iPhone Pro. Mungkin pada masa akan datang, Apple tidak lagi bergantung pada nombor besar seperti “iPhone 20”, tetapi gunakan nama yang lebih kekal. Bezanya akan ditentukan oleh cip dan segmen, bukan nombor generasi. Mirip yang digunakan Apple sejak sekian lama — MacBook Pro 2013, MacBook Air 2015, MacBook Air M1 dan sebagainya.​

1757511757864.png

Kalau iPhone Air ini mendapat sambutan, saya rasa Apple akan teruskan segmen ini. Kalau tidak, mungkin ia akan terkubur seperti iPhone Mini — dihentikan selepas beberapa generasi. Apa pun, saya tak kata yang peranti ini tidak ada kekurangannya. Memang ada banyak juga kekurangan dan salah satu kerisauan utama adalah berkaitan pengurusan haba pada iPhone senipis ini. Namun, bagi saya iPhone Air masih boleh jadi pilihan sekiranya anda sanggup korbankan beberapa aspek. Ia menarik tetapi belum tentu ia buat ramai tertarik.​
 
10 Perkara Mengecewakan Siri Apple iPhone 17

Apple iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro
dan iPhone 17 Pro Max telah dilancarkan awal pagi Rabu lalu dengan terdapat banyak reaksi positif mengenai perubahan rekaan, spesifikasi lebih berkuasa, kamera dipertingkat dan sokongan pengecasan lebih pantas.

1.Tiada Sebarang Ciri Baharu Apple Intelligence


Majoriti ciri-ciri paling menarik seperti Siri yang lebih pintar dan sokongan ChatGPT yang dijanjikan tahun lalu untuk siri iPhone 16 tidak tiba seperti dijanjikan. Pembangunan Apple Intelligence yang bermasalah membuatkan Apple terpaksa memadam iklan yang memaparkan ciri-ciri ini daripada YouTube. Akibatnya tahun ini tiada ciri baharu yang benar-benar memberikan faktor wow sehingga peranti perlu dibeli. Ciri alih bahasa nyata Live Translation masih terhad kepada Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol sahaja. Pada Android ciri sama boleh menyokong lebih banyak bahasa seperti Bahasa Indonesia sejak lebih setahun lalu. Apple Intelligence bukan sahaja tertunda dan yang dijanjikan belum tiba malahan yang ditawarkan pula di belakang kemampuan pesaing.

2. iPhone Air Sekadar Di Lengkapi Satu Kamera


iPhone Air sekadar dilengkapi satu kamera sama seperti iPhone 16e dan iPhone SE. Pada iPhone 16e dan SE ia mungkin boleh dimaafkan kerana peranti dijual pada harga bermula RM2999. Tetapi iPhone Air dijual pada harga bermula RM4999 dan sukar memberikan justifikasi penggunaan mono kamera pada peranti mercu berharga premium. Masih ingat selepas Galaxy S25 Edge dilancarkan awal tahun ini, Samsung dikecam kerana ia sekadar dilengkapi dwi-kamera 200+12 MP yang tidak sebaik peranti siri Galaxy S25 yang lain. Jika Samsung boleh buat mengapa Apple tidak boleh buat sedangkan mereka ialah syarikat yang mempunyai reputasi memperkenalkan pelbagai inovasi.

3. iPhone Air Mempunyai Speaker Mono


Bukan setakat hanya satu kamera, speaker iPhone Air juga mono. Sekali lagi saya ulangkan di sini iPhone Air dijual pada harga bermula RM499 dan meningkat ke RM6999 sebuah. Bayangkan peranti hampir RM7000 tetapi sistem audio hanya mempunyai speaker mono di bahagian atas. Untuk audio stereo dan spatial, pemilik perlu membeli fon kepala seperti AirPods. Pada peranti Android, speaker mono hanya boleh dimaafkan pada peranti kelas pertengahan. Mungkin peminta Apple lebih kudus dan berhusnuzon speaker mono iPhone Air ialah yang terhebat di seluruh bima sakti. Sama seperti mereka husnuzon 4GB RAM mencukupi, pengecasan 15W adalah pantas dan skrin LCD 60Hz adalah setanding OLED 120Hz beberapa tahun lalu.

4. Bateri iPhone Air Terlalu Kecil


Kapasiti bateri iPhone Air pula ialah 3149 mAh yang jauh lebih kecil berbanding iPhone 17 (3692 mAh), iPhone 17 Pro (3988 mAh) dan iPhone 17 Pro Max (4823 mAh). Untung mengelakkan isu bateri tidak bertahan sepanjang hari, Apple menjual pek bateri MagSafe 3000 mAh hanya untuk iPhone Air yang dijual pada harga RM479 sebuah. Ini akan membuatkan tubuh iPhone Air kembali tebal. Apple masih belum menggunakan bateri SiC yang membolehkan kapasiti besar dicapai dalam bateri bersaiz kecil. Mungkin tahun depan dengan teknologi SiC semakin matang, isu nipis tetapi kapasiti kecil tidak akan berulang lagi.

5. iPhone Air Hanya Menyokong eSIM


Apakah yang dikorbankan bagi mendapatkan tubuh iPhone Air yang langsing? Selain hanya satu kamera, speaker mono dan bateri kecil, talam SIM fizikal juga dihantar kembali ke sang pencipta. iPhone Air ialah iPhone pertama ditawarkan di semua pasaran tanpa sokongan SIM fizikal dengan ia hanya menyokong dua eSIM. Bagi yang sudah menggunakan eSIM ini bukan masalah besar tetapi jika anda masih belum move on daripada SIM fizikal, iPhone Air jelas bukan untuk anda.

6. iPhone 17 & iPhone Air Sekadar Menyokong USB 2


Hanya iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dilengkapi port USB-C dengan kelajuan USB-3. USB-3 menyokong pemindahan data sehingga 10 GB/s membolehkan rakaman video terus ke SSD luaran. iPhone Air dan iPhone 7 masih menggunakan USB-2 yang menyokong pemindahan 480 MB/s yang perlahan. Pada iPhone 17 kami faham ini kerana ia model asas. Tetapi iPhone Air ialah peranti dengan Apple A19 Pro dan harga jualan bermula RM4999 sebuah. Tiadanya sokongan USB-3 adalah mengecewakan kerana ciri merakam terus video ke SSD menerusi sambungan USB tidak boleh digunakan pada model ini.

7. Pengecasan iPhone 17 Air Lebih Perlahan


Tahun ini iPhone 17 dan iPhone 17 Pro menyokong pengecasan sehingga 60W yang jauh lebih baik berbanding sekitar 25W sahaja tahun lepas. Ini ialah kuasa pengecasan puncak yang dicapai seketika sahaja membolehkan bateri dicaj sehingga 50% dalam masa serendah 20 minit. Pada iPhone Air, bateri 3149 mAh mengambil masa 30 minit untuk dicas ke 50%. Sudahlah bateri kecil, pengecasan pula tidak pantas. Ini ialah kombinasi yang tidak membanggakan.

8. Tiada Lagi Tubuh Titanium


Dua tahun lalu Apple memulakan semula trend menggunakan tubuh titanium yang dipelopori oleh Essential Phone lapan tahun yang lalu. Pengguna diberitahu titanium ialah bahan yang paling tahan lasak, premium dan ringan. Langkah Apple kemudian ditiru Samsung, Huawei dan Xiaomi. Bahan ini memang premium dan sedap di dalam tangan. Tahun ini kepentingan diberikan kepada sistem penyejukan baharu dan semua model iPhone 17 Pro kembali dengan tubuh aluminium yang berfungsi sebagai sinki haba.

9. Camera Control Seperti Di Lupakan


Camera Control diperkenalkan tahun lalu bagi membolehkan pelbagai ciri aplikasi kamera dikawal menggunakan butang fizikal pada sisi kanan siri iPhone 16. Semasa dilancarkan ciri yang boleh digunakan adalah terhad dan harus saya katakan tidak begitu lancar kerana ia adalah ciri baharu. Oleh sebab itu saya jarang sekali bertemu pemilik iPhone 16 yang mengaku menggunakan Camera Control. Pada siri iPhone 17 tiada ciri baharu atau penambahbaikan diumumkan. Ia masih ciri yang dipinjam daripada Sony Xperia yang semakin dilupakan. Terdapat ramalan dengan tubuh peranti semakin nipis di masa hadapan, Camera Control mungkin akan dikorbankan seperti 3D Touch.

10. Tiada Semua Ciri Di Sokong Di Malaysia


Saya mengkritik Google kerana beberapa ciri Pixel seperti pengesanan kemalangan dan Assistant menjawab telefon masih eksklusif hanya di Amerika Syarikat. Maka adalah adil juga untuk menegur Apple yang melakukan perkara yang sama. Ciri Emergency SOS dan Road Side Assistance yang menggunakan sistem satelit masih hanya boleh dinikmati pengguna di Amerika Utara, Eropah Barat, Jepun dan Australasia sahaja ketika artikel ditulis. Dengan ciri satelit hanya diberikan percuma selama dua tahun, nampak gayanya majoriti pembeli iPhone 17 tidak dapat menggunakan ciri yang menyelamatkan puluhan nyawa ini di Malaysia dalam masa terdekat. Penantian sejak iPhone 14 berterusan setahun lagi.
 
Apple iPhone Air 2 Mungkin Di Lengkapi Dwi-Kamera Utama

Selepas dilancarkan, Apple iPhone Air menerima pujian kerana rekaannya yang bergaya dan peranti ini ringan berbanding siri iPhone 17 yang dilancarkan pada waktu yang sama. Selepas beberapa minggu, pembeli memulangkan semula peranti dengan Apple dilaporkan mengurangkan pengeluaran sehingga 80% kerana kurangnya permintaan. Antara faktor utama ini berlaku ialah bateri iPhone Air yang tidak tahan lama dan ia hanya dilengkapi satu kamera sahaja di belakang. Kini menurut peniris maklumat Digital Chat Station, iPhone Air 2 tahun depan akan dilengkapi dwi-kamera utama supaya kesilapan tahun ini tidak berulang.
1762492688141.png

Kamera kedua ialah lensa ultra sudut lebar sama seperti model iPhone 17. Ia mungkin adalah langkah bijak kerana pada tahun 2025, tidak masuk akal telefon pintar hanya dilengkapi mono kamera. Tetapi pada hemat kami bateri juga perlu dipertingkatkan kerana tidak ada seorangpun hamba Allah di muka bumi ini mahu peranti yang dicas dua kali sehari.​
 
Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2

Apple dilapor tidak lagi merancang untuk melancarkan iPhone Air generasi kedua tahun depan, selepas model pertama mencatat jualan yang lemah. Menurut The Information, Apple pada awalnya merancang untuk melancarkan iPhone Air baharu sekitar September 2026 bersama barisan iPhone 18, dengan rekaan lebih ringan dan kapasiti bateri lebih besar. Model baharu itu juga dijangka dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber. Sejak pelancaran iPhone Air pada September lalu, laporan menunjukkan jualannya lemah dan pengeluaran turut dikurangkan. Difahamkan, rantaian pembekal Apple juga mengurangkan jumlah penghantaran serta aktiviti pengeluaran.
1763014740965.png

iPhone Air diperkenalkan dengan rekaan lebih nipis yang dijangka menarik minat pengguna. Namun, bateri lebih kecil dan hanya satu lensa kamera menjadikannya kurang setimpal dengan harga bermula RM4,999, hanya RM500 lebih murah berbanding versi Pro yang lebih berkuasa. Dengan perkembangan terbaru ini, siri iPhone pada musim luruh 2026 dijangka hanya menampilkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan model boleh-lipat, manakala iPhone 18 dan 18E mungkin dilancarkan sekitar Mac 2027. Bagaimanapun, menurut sumber The Information, Apple mungkin masih memperkenalkan iPhone Air baharu seawal musim bunga 2027 dan menilai semula rekaannya sebelum pelancaran. Baru-baru ini, ura-ura juga mengatakan iPhone Air generasi kedua mungkin hadir dengan dua kamera belakang.​
 
Wi-Fi iPhone 17 Di Dapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android

Apple memperkenalkan cip rangkaian tersuai pertamanya, N1, melalui keluarga iPhone 17. Ia merupakan strategi baharu Apple untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar seperti Broadcom, sekali gus memastikan integrasi lebih rapat antara perkakasan dan perisian. Walaupun N1 hanya menyokong saluran 160 MHz berbanding 320 MHz pada cip Android terkini, prestasi sebenar menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan sebenar. Menurut data Speedtest Intelligence, iPhone 17 mencatat kelajuan muat turun median tertinggi 416.14 Mbps, hampir 40% lebih pantas berbanding iPhone 16. Malah, kelajuan muat naik menerusi iPhone 17 turut melonjak di Asia.
1766419377378.png

Lebih menarik, N1 meningkatkan prestasi dalam keadaan Wi-Fi yang mencabar seperti Singapura (613.8 Mbps) dan Perancis (601.46 Mbps) merekodkan kelajuan tertinggi. Walaupun secara keseluruhan prestasi Wi-Fi Google Pixel 10 Pro mendahului kelajuan muat turun global dengan sedikit sahaja perbezaan dari iPhone 17, tapi siri iPhone 17 mengatasi peranti Android yang lain dengan jurang yang agak besar.
1766419407961.png

Kesimpulannya, N1 bukan sekadar cip baharu, tetapi usaha Apple membangunkan cip mereka sendiri untuk sambungan Wi-Fi bakal menyaingi cip yang bakal digunakan dalam peranti Android masa depan dengan memberikan pengalaman Wi-Fi lebih konsisten dan stabil kepada pengguna.​
 
Sebilangan Pengguna iPhone 17 Pro Lapor Bunyi Pembesar Suara Seperti "Radio Lama" Semasa Di Cas

Beberapa pengguna iPhone 17 Pro dan Pro Max melaporkan masalah pembesar suara yang mengeluarkan bunyi statik atau desisan semasa peranti dicas. Menurut MacRumors, perbincangan di Reddit, forum MacRumors, dan Apple Support Community menunjukkan bunyi tersebut digambarkan seperti "radio lama". Sesetengah pengguna mendengar bunyi ini ketika memainkan audio dan memperlahankan kelantangan (volume), manakala yang lain mengesannya walaupun tiada apa-apa dimainkan.Dalam beberapa kes, bunyi desisan yang perlahan turut kedengaran semasa menatal laman web ketika iPhone dicas. Ada juga yang masih mendengar bunyi ini pada kelantangan rendah walaupun peranti tidak dicas.


Menurut kebanyakan laporan, bunyi ini agak perlahan, jadi ia mungkin merupakan masalah yang meluas tetapi hanya dapat dikesan oleh pengguna yang sensitif terhadap bunyi tersebut. Setakat ini, pengguna yang melaporkan isu sejak September masih menghadapi masalah sama dengan iOS 26.2. Sesetengah pengguna berjaya menyelesaikan masalah dengan menukar iPhone kepada model baharu, namun bagi yang lain isu ini berterusan walaupun menukar beberapa peranti. iOS 26.3 dijangka akan memperbaiki masalah ini apabila dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, tetapi setakat ini tiada bukti jelas menunjukkan penyelesaian telah tersedia.​
 
Back
Top
Log in Register