BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Belanjawan 2025

Gaji kakitangan awam dah mula DPT pelarasan baru.... Maka bank2 mula buat kerja marketing Suh penjawat awam buat pinjaman .. kadar gaji minimum UTK swasta Kene dinaikkan... Peluang pekerjaan dibandar dan luar bandar Kene diberi perhatian... Kalo tak... Makin teruk ekonomi
gaji minimum bukan cara nak tolong swasta...tu double edge sword
gaji minimum yg tinggi akan sebabkan pemilik perniagaan fikir 3,4 kali nak ambik staff...
akan jadi masalah berangkai bila owner jaga overhead kaw2...sorang staff akan buat kerja 2,3 staff...

cara tolong swasta rancakkan ekonomi, tolong environment untuk perniagaan tu berkembang...
 
KESUMA Tumpu Perkasa Institusi TVET Di Bawah Kementerian

13.09.2024 - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menumpukan agenda memperkasakan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata perkara berkenaan telah dibawa untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong sendiri telah bawa (agenda perkasa TVET di bawah KESUMA) kepada Menteri Kewangan. TVET jadi agenda penting kepada kami,” katanya ketika ditemui pada pertandingan WorldSkills (WSC 2024) pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang. Beliau berkata KESUMA mempunyai 32 institusi TVET iaitu institut latihan perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) yang memerlukan peruntukan untuk penambahbaikan.

“Sudah pasti kami perlu lebih banyak bajet untuk TVET itu sendiri. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ada 1,735 pusat institusi TVET, kita sudah pasti dapat lahir ramai lagi modal insan berkemahiran” katanya.

Sementara itu, Rubiah berkata usaha kerajaan yang memfokuskan pembangunan TVET akan melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi untuk negara. Pada 8 Jun lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200 juta bagi memperkasakan dan meningkatkan penyertaan belia menceburi bidang TVET. Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”.​

1726201023660.png
 
MOF Sedia Peruntukan Mencukupi Untuk Sektor Pelancongan

19.09.2024 -
Kementerian Kewangan (MOF) akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Malaysia mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan kefahaman negara luar mengenai negara ini dalam sektor pelancongan dengan menjadi Pengerusi ASEAN.

"Tahun 2026 pula ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi kita harus membuat persediaan untuk kedua-dua perkara ini kerana pelancongan ialah sektor yang sangat penting. Sektor ini penting kerana ia cepat dalam menjana hasil untuk negara dan alhamdulillah tahun ini kita nampak perkembangan yang baik … Malaysia akan menerima pelancong yang lebih ramai berbanding sebelum pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama penggiat pelancongan Terengganu berkenaan Belanjawan 2025 di Muzium Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata walaupun perbincangan melibatkan sektor pelancongan dibuat di Terengganu, namun MOF akan mengambil kira dapatan sesi libat urus itu untuk menambah baik sektor pelancongan di seluruh negara pada belanjawan tahun hadapan.

"Pertama, kita faham akan ada Tahun Melawat Malaysia 2026. Jadi, kita kena ada pembaikan atau penyelenggaraan infrastruktur di seluruh negara. Kita akan lihat keutamaan untuk tingkatkan lagi bagi memberi keselesaan kepada pelancong. Kedua, kita juga terima cadangan … mungkin kita boleh tolong mereka yang terlibat dalam industri ini untuk dapat sokongan dari segi galakan insentif atau meningkatkan kemahiran seperti menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. Perkara ini kita akan diteliti bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)," katanya.

Amir Hamzah berkata dalam sesi kesembilan libat urus MOF dengan penggiat industri itu, beliau turut menerima permintaan untuk memperincikan infrastruktur kewangan yang bersesuaian kepada pemain sektor pelancongan.

"Ini ialah usaha jelajah Belanjawan 2025 kerana kita merasa penting untuk mendapatkan pandangan menyeluruh dalam menyediakan bajet yang lebih baik dan berfokus sebagai langkah meningkatkan ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, mengulas kebanjiran rakyat Malaysia ke Thailand baru-baru ini, Amir Hamzah berkata rakyat disaran mengutamakan pelancongan domestik untuk membantu merangsang ekonomi negara berbanding melancong ke luar negara walaupun nilai ringgit sedang mengukuh.

"Alhamdulillah, ringgit kita makin mengukuh. Kalau tengok kenaikan tahun ini sahaja ringgit kukuh lebih kurang tujuh peratus. Dari segi ekonomi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama naik 4.2 peratus dan 5.9 peratus pada suku kedua. Jadi, apabila semakin baik rakyat dapat ruang untuk merasa lebih sedikit (melancong ke luar negara). Tetapi, kita galakkan mereka rasa dulu apa yang ditawarkan oleh negara kita kerana saya rasa kita ada banyak khazanah semula jadi, benda-benda baharu yang rakyat harus berbangga," katanya.

Media sebelum ini melaporkan hampir 100,000 pelancong Malaysia ke Thailand bersempena dengan cuti persekolahan dan Hari Malaysia baru-baru ini, yang menyumbang lebih 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi negara berkenaan. Sementara itu, ditanya mengenai isu penyaluran Wang Ihsan kepada Terengganu, Amir Hamzah berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkongsi matlamat yang sama dalam mengukuhkan ekonomi negara dan sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama.

"Apabila ada cadangan yang dapat selesaikan isu di dalam negara seperti kemiskinan dan meningkatkan infrastruktur asas untuk rakyat, kita sentiasa sedia untuk bekerjasama. Tiada isu anda menang, saya kalah. Soalnya kaedah untuk kita membina Malaysia," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan akan berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau wang ihsan yang dianggarkan mencecah lebih RM1 bilion, termasuk baki kira-kira RM700 juta yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan bagi 2023 dan bayaran untuk tahun ini. Pada April, kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan wang ihsan sebanyak RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan.​

1726746488640.png
 
PM Anwar Cadang Potong Subsidi Pendidikan Anak-Anak 'Geng Super Kayangan'

30.09.2024 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Bajet 2025 akan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan mengurangkan subsidi untuk golongan 'kayangan, termasuk dalam pendidikan.

"Kami meneruskan dengan memastikan peruntukan itu akan diagihkan dengan sewajarnya dan untuk menghentikan ketirisan. Kami juga mahu menghentikan subsidi tinggi yang sedang dinikmati oleh anak-anak golongan ultra kaya yang bersekolah di sekolah menengah sains. Saya katakan ini sebagai petunjuk awal sebelum mengumumkan Belanjawan bulan depan. Kita mesti benar-benar berlaku adil kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada golongan seperti kanak-kanak autisme misalnya," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam ucapannya di Simposium Kebangsaan Menamatkan Kemiskinan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Isnin. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan tidak popular tetapi perlu dilakukan untuk membantu negara. Beliau kemudian menegaskan bahawa kerajaan harus menghentikan pemberian subsidi kepada golongan ultrakaya dan warga asing, sebaliknya menggunakan wang itu untuk membantu rakyat serta mereka yang memerlukan.

2939116.jpg

"Warga asing ini tidak membayar cukai dan apa yang mereka perolehi akan dihantar pulang ke negara asal mereka. Tetapi kita masih memberi mereka subsidi, termasuk subsidi elektrik, selama bertahun-tahun lamanya. Jadi, kita kena lihat isu itu secara lebih menyeluruh. Bagaimana kita hendak mendapat pendapatan dan pada masa sama bagaimana kita mengagihkannya," jelasnya.

Bajet 2025, yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...sidi-pendidikan-anak-anak-039geng-kayangan039
 
PMX masih dgn naratif dia pejuang golongan marhein, aduh.

Apa definisi golongan super kayangan ni? Jgn jadi mcm golonganmahakaya, rupa2nya gaji tahunan 100k pun dia kira mahakaya.
 
Nelayan Zon C2 Mohon Subsidi Diesel, Petrol

07.10.2024 - Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian subsidi diesel dan petrol kepada nelayan kelas Zon C2 (Perikanan Tangkapan Laut Dalam) yang menjadi penyumbang terbesar untuk hasil tangkapan ikan di Terengganu. Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) Mat Yassim Mohamed berkata ketika ini kumpulan itu perlu membayar RM3.15 hingga RM3.20 seliter bagi setiap pembelian diesel dan berharap ada khabar gembira yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025, 18 Okt ini.

“Kumpulan itu penyumbang terbesar untuk hasil tangkapan ikan di negeri berkenaan iaitu kira-kira 50 peratus manakala baki terdiri campuran hasil tangkapan nelayan zon A, B dan C. Kalau kerajaan boleh beri subsidi kepada mereka untuk hanya membayar RM2.50 seliter pun sudah memadai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengusaha bot Zon C2 tidak mendapat harga diesel bersubsidi kerana dikategorikan sebagai bot nelayan komersial yang menyebabkan mereka perlu membeli diesel pada harga industri. Mat Yassim berkata kerajaan tidak perlu khuatir kerana kini terdapat kerjasama pemutihan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bertanggungjawab memantau jumlah pulangan ikan oleh kumpulan nelayan ini bagi mengelak penyelewengan seperti yang berlaku semasa pemberian subsidi sebelum ini. Beliau berkata pemantauan itu dibuat berdasarkan perbandingan tangkapan ikan dibawa balik dengan kuota pengisian minyak yang diberikan.

“Sebelum ini, mereka dapat kuota subsidi untuk isi diesel bersubsidi sebanyak 25,000 liter. Tapi, ikan yang dibawa balik tidak sampai satu tan atau kualiti ikan rendah, menyebabkan subsidi ini dibatalkan. Tetapi sekarang, kita sudah kenal pasti nelayan C2 ini ialah nelayan tempatan yang betul-betul buat kerja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 6,060 nelayan berdaftar dengan PENENTU berharap pemberian subsidi sebanyak RM1.65 sen seliter kepada nelayan zon A, B dan C dikekalkan. Beliau berkata kos bahan bakar menjadi igauan buat kebanyakan nelayan di kala tangkapan ikan ketika ini tidak menentu selain permintaan pengguna juga semakin berkurang. Kerajaan juga diharap terus menyalurkan elaun sara hidup RM300 sebulan kepada nelayan tulen untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.​

1728295596318.png
 
Pmx ptt bt mcm ni, kenakan semula yuran persekolahan kpd semua pelajar, cth 500, kalau lulus boleh claim semula, klu gagal kira burn, ramai sgt pelajar skrg malas, suka ponteng dsbnya. Biasanya yg miskin2 ni la, malas btl nk bljar, hairan sungguh, sekolah malas, kerja malas, asyik nak seronok je. Ni byk byl melayu mcm ni. X sedar diri gamaknya
 
Budak melayu kalau dah dapat motor memang berjalan lah kerja nya.
 
Back
Top
Log in Register