BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Belanjawan 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
06.08.2024 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat, memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu kos sara hidup sentiasa menjadi kebimbangan rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang terkesan.

“Walaupun saya boleh sebut gula, minyak, tepung, minyak masak kita adalah paling murah...tapi bagi rakyat Malaysia, masih merasa beban. Sebab itu saya katakan kita dalam Belanjawan ini, selain isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik, semua ini harus kita tangani,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya hari ini.

3141ea513166997fd3be2f10bb5628f2.jpg

Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. Perdana Menteri berkata MoF, menerusi usaha rentas kementerian, harus memikirkan dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel, katanya.

“Pengalaman saudara (MoF) sama ada dalam penguatkuasaan atau perancang dasar akan lebih faham, tidak mungkin kita tidak fikir kaedah dan jalan untuk mengurangkan kos. Kos ini meningkat di antara lain (disebabkan) ketirisan, rasuah, seludup dan keuntungan berlebihan melalui kartel,” katanya.

Ucapan - https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/ub25.pdf
Ringkasan- https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf
Langkah Cukai - https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/langkah-cukai.pdf
Infografik - https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/infografik-b2025.pdf

Laman Khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/714496

Last edited:
Sponsored Post

Kerajaan Tunggu Sehinga Belanjawan 2025 Sebelum Semak Semula Unjuran KDNK 2024

20.08.2024 - Kerajaan akan menunggu sehingga pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini sebelum menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagaimanapun mengakui pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini baik malah lebih baik pada suku kedua.

“Saya rasa kami mempunyai suku pertama dan kedua yang baik malah lebih daripada suku pertama. Saya fikir kita akan menunggu sehingga Bajet pada Oktober sebelum kita membuat sebarang semakan tetapi ia kelihatan baik,” katanya pada Majlis Pelancaran National Fraud Portal di Sasana Kijang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kerajaan akan membuat semakan semula unjuran KDNK 2024 selepas prestasi luar jangkaan pada suku kedua 2024. Ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh serta eksport yang terus berkembang. Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi 2024.
1724167948724.png
 
KKDW Adakan Dialog Belanjawan 2025 Bersama Lebih 1,000 Pemegang Taruh

06.09.2024 - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2025 hari ini, yang mengumpulkan lebih 1,000 wakil daripada pelbagai pihak berkepentingan dan pemain industri dari seluruh negara. Sesi dialog itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa ingin mendengar pandangan dan cadangan daripada pemegang taruh yang berkaitan sebelum belanjawan negara dibentangkan. Beliau berkata ia sekali gus bagi membantu pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan memantapkan lagi penyediaan Ucapan Belanjawan 2025, agar lebih inklusif.

“Saya gembira melihat bagaimana teknologi digunakan dengan sebaiknya dalam sesi dialog ini, yang melibatkan pelbagai pemegang taruh dari seluruh negara. Kehadiran merangkumi wakil persatuan perniagaan, dewan koperasi, usahawan, badan bukan kerajaan, ahli akademik, pelajar, wakil komuniti, anak syarikat serta agensi-agensi kerajaan dan ketua-ketua jabatan di bawah KKDW,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sesi yang dijalankan secara fizikal dan juga dalam talian itu telah menunjukkan bahawa seluruh rakyat terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam melibatkan semua pihak dengan lebih mudah dan efisien.

“Sepanjang sesi dialog ini berlangsung, saya telah mendengar dan meneliti setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan, segala input yang diterima akan diserahkan kepada Pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri pada bulan Oktober nanti. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang berkongsikan pandangan dan cadangan. Semoga usaha kita hari ini membuahkan hasil dalam memastikan Belanjawan 2025 yang lebih inklusif serta dapat memenuhi keperluan sebenar rakyat di seluruh negara khusunya warga desa yang kita santuni,” katanya.
1725623415567.png
 
Kerajaan Tumpu Strategi Tangani Kos Sara Hidup

08.09.2024 - Kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani kos sara hidup rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2025 bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata hal ini kerana di bawah kerajaan MADANI ketika ini, kadar inflasi negara berada pada tahap dua peratus dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.

"Saya baru balik dari Vladivostok, Rusia. Jumpa Presiden Vladimir Putin. Ada soal jawab orang tanya (berkaitan) inflasi kita, dua peratus dan ada beberapa bidang makanan tiga atau 3.5 peratus, itu pun jenuh kita nak kawal. Saya mahu jadikan strategi belanjawan Oktober ini bagaimana tangani masalah kos sara hidup … berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, inflasi kita rendah," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di sini, hari ini. Justeru, Anwar berkata kerajaan sentiasa serius dalam menguruskan ekonomi, selain mengelakkan pembaziran dalam pelbagai perkara. Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus sejak Mei 2024 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai 2024. DoSM dalam kenyataan melaporkan inflasi itu didorong oleh peningkatan dalam kumpulan utama termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (3.4 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus); rekreasi, sukan dan budaya (2.2 peratus) dan kesihatan (1.9 peratus).
1725788392690.png
 
Kerajaan Di Saran Peruntuk 2.5% KDNK Selenggara Infrastruktur

10.09.2024 - Kerajaan disarankan memperuntukkan 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun untuk belanjawan penyelenggaraan infrastruktur awam bagi memastikan kemampanan dan kefungsian jangka masa panjang aset negara. Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) dan pakar pengangkutan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata pelaburan itu penting untuk memelihara kualiti dan kebolehgunaan infrastruktur negara.

“Kerajaan boleh membantu menghalang kemerosotan dan memanjangkan jangka hayat aset infrastruktur penting dengan komitmen menyalurkan peruntukan penyelenggaraan tahunan ini. Prinsip paling penting bagi peratusan peruntukan untuk penyelenggaraan projek pengangkutan secara amnya merujuk kepada cadangan peratusan daripada KDNK yang perlu dikhususkan untuk menyelenggara infrastruktur,” katanya kepada Bernama.

Wan Mazlina berkata peruntukan penyelenggaraan berbeza-beza berdasarkan status ekonomi sesebuah negara.

“Bagi negara berpendapatan rendah, kira-kira 3.3 peratus daripada KDNK diperlukan. Bagi negara berpendapatan sederhana, sekitar 2.5 peratus daripada KDNK adalah disyorkan. Bagi negara berpendapatan tinggi, dicadangkan kira-kira 0.76 peratus daripada KDNK. Peratusan ini diperoleh daripada analisis oleh Bank Dunia dan Persidangan Menteri-menteri Pengangkutan Eropah (ECMT) yang menekankan kepentingan pendanaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan untuk memastikan kemampanan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata untuk projek baharu, garis panduan lazim adalah memperuntukkan 10 peratus hingga 15 peratus daripada keseluruhan kos projek untuk penyelenggaraan preventif.

“Mengabaikan penyelenggaraan boleh mengakibatkan kesan besar ke atas infrastruktur dan ekonomi yang lebih luas. Kemerosotan infrastruktur boleh berlaku tanpa penyelenggaraan yang kerap, menimbulkan keadaan tidak selamat, peningkatan haus dan lusuh, dan akhirnya pembaikan atau penggantian yang lebih banyak dan kos lebih mahal,” katanya.

"Peningkatan kos berlaku apabila infrastruktur yang diabaikan biasanya mengakibatkan perbelanjaan jangka masa panjang yang lebih tinggi. Apabila aset semakin merosot, kos pembinaan semula meningkat ketara berbanding perbelanjaan penyelenggaraan yang berterusan,” katanya.

Infrastruktur awam yang diabaikan membawa kepada kos ekonomi yang lebih besar. Wan Mazlina berkata contohnya, jalan raya dan sistem transit yang tidak diselenggara dengan baik boleh menghalang pergerakan barang dan orang kerana menimbulkan ketidakcekapan dalam rantaian bekalan serta peningkatan kos operasi untuk perniagaan.

“Kajian menunjukkan penambahbaikan infrastruktur pengangkutan boleh mengurangkan kos sebanyak 11 peratus hingga 21 peratus merentas pelbagai industri sekali gus menunjukkan manfaat ekonomi hasil daripada langkah menyelenggara aset ini,” katanya.

Beliau berkata negara juga terjejas dengan cara lain apabila berkompromi mengenai soal penyelenggaraan infrastruktur.

“Risiko keselamatan, gangguan perkhidmatan dan peningkatan kesan alam sekitar adalah antara akibat negatifnya. Faktor imej juga tidak boleh diketepikan, kerana tindakan pengabaian penyelenggaraan menjejaskan persepsi masyarakat terhadap komitmen negara kepada pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur,” katanya.

Sementara itu, pakar lain pula berkata kerajaan perlu menambah peruntukan bagi pengangkutan sosial memandangkan masih ada ruang untuk penambahbaikan berbanding negara lain. Pakar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Rohafiz Sabar berkata penting untuk membandingkan prestasi dan pendekatan Malaysia dengan negara lain yang telah berjaya membangunkan sistem pengangkutan sosial yang berkesan.

“Contohnya Singapura yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat cekap meliputi bas, MRT dan LRT. Teknologi canggih dan sistem pembayaran elektronik bersepadu menjadikan sistem di negara itu mudah untuk pengguna. Malaysia boleh belajar daripada pendekatan Singapura untuk menyepadukan mod pengangkutan dan penggunaan teknologi pintar seperti kecerdasan buatan,” katanya.

Beliau berkata di United Kingdom, terdapat sistem pengangkutan awam dan kebajikan yang memberikan subsidi, minimum atau (perkhidmatan) percuma untuk individu berpendapatan rendah, warga emas dan orang kurang upaya.

“Malaysia boleh mempertimbangkan subsidi tambahan untuk kos pengangkutan sosial bagi kumpulan yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi,” katanya.

Rohafiz juga berkata Sweden amat menekankan kemampanan dengan penggunaan bas dan kereta api elektrik, serta rangkaian pengangkutan yang luas.

“Malaysia boleh mendapatkan inspirasi dari Sweden untuk menjadikan pengangkutan sosial lebih mesra alam dan inklusif. Sementara itu, di Jepun, tumpuan diberikan kepada ketepatan masa dan kepadatan rangkaian rel, katanya.

Beliau berkata negara itu juga menghubungkan bas tempatan dengan stesen kereta api untuk memastikan akses ke bandar utama dari kawasan luar bandar dapat dicapai. Sehubungan itu, Malaysia boleh mencontohi ketepatan masa dan kebolehpercayaan Jepun terhadap sistem pengangkutannya, katanya. Australia pula menyepadukan pengangkutan sosial dengan perancangan bandar yang berkesan, mengetengahkan rangkaian bas, trem dan kereta api yang luas, katanya.

“Malaysia boleh menambah baik perancangan bandar sejajar dengan pengembangan pengangkutan sosial untuk meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan,” katanya.​

1725939562623.png
 
Bas kat luar bandar pun takda siapa nak naik dah. Semua dah ada transport sendiri.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register