BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Belanjawan 2025

Pmx ptt bt mcm ni, kenakan semula yuran persekolahan kpd semua pelajar, cth 500, kalau lulus boleh claim semula, klu gagal kira burn, ramai sgt pelajar skrg malas, suka ponteng dsbnya. Biasanya yg miskin2 ni la, malas btl nk bljar, hairan sungguh, sekolah malas, kerja malas, asyik nak seronok je. Ni byk byl melayu mcm ni. X sedar diri gamaknya

harta mak bapak banyak lg.... mak ayah mati... terhegih2 berebut harta... dapat harta pi jual... pastu merempat
 
PKS Harap Dasar Tangani Kos Meningkat

08.10.2024 - Dua kumpulan perniagaan berharap Belanjawan 2025 akan menyediakan dasar yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangani peningkatan kos perniagaan dan pasaran yang semakin kompetitif. Mereka berkata walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam tempoh dua suku lepas, margin keuntungan PKS telah terjejas oleh peningkatan kos pengeluaran, gaji dan sewa serta kekurangan buruh yang ketara. Setiausaha Agung Persatuan PKS Malaysia Chin Chee Seong mahu kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada bagi petrol RON95. Beliau berkata PKS juga berharap Belanjawan 2025 akan menyaksikan kerajaan meningkatkan nilai geran pendigitalan yang ditawarkan.

Tahun lepas, kerajaan menyediakan geran padanan sebanyak 50% atau sehingga RM5,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang layak untuk membantu mereka menerima pakai teknologi baharu dan menambah baik operasi perniagaan. Chin juga berharap untuk melihat peningkatan dalam geran pembangunan pasaran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) daripada RM300,000 kepada RM500,000. Diperkenalkan pada 2002, geran itu bertujuan menawarkan bantuan pengeksport untuk memasarkan produk dan perkhidmatan buatan tempatan mereka di peringkat antarabangsa. PKS menghadapi banyak cabaran, terutamanya daripada pelbagai perniagaan antarabangsa. Kita perlu membantu PKS untuk mempromosikan produk mereka secara global. Jika tidak, mereka akan rugi, kata Chin.

Kami juga berharap kerajaan dapat memperuntukkan dana untuk membantu PKS mempelajari dan menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus dengan menganjurkan kursus atau program. Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) William Ng menggesa agar PKS dibantu untuk mengekalkan perniagaan mereka di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit. Menurutnya, ramai pemilik PKS pada masa ini tidak dapat mengambil risiko, mungkin disebabkan kekurangan keupayaan nilai tambah yang tinggi. Dalam belanjawan tahun lepas, kerajaan memperuntukkan RM44 bilion khusus untuk pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk PKS.

Ini termasuk RM1.4 bilion untuk pinjaman mikro daripada Bank Simpanan Nasional, RM720 juta untuk usahawan wanita dan belia, RM330 juta untuk peniaga kecil, dan RM30 juta untuk perniagaan masyarakat India. Bank Negara Malaysia diberikan RM900 juta untuk pinjaman bagi membantu PKS beralih kepada digital dan automasi, manakala RM100 juta lagi diperuntukkan untuk geran pendigitalan (terhad pada RM5,000 untuk setiap usahawan) untuk membantu 20,000 syarikat menaik taraf jualan, inventori dan sistem perakaunan digital mereka.​

1728353631831.png
 
KPKM Kemuka 32 Cadangan Urus Rantaian Bekalan Makanan

09.10.2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengemukakan 32 cadangan insiatif Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua cadangan itu adalah untuk memperkukuhkan pengurusan rantaian makanan bagi menjamin bekalan yang lebih tersusun dan berstruktur.

“Isu geopolitik dalam pertanian sering kali berkait rapat dengan kedaulatan negara, di mana kawalan terhadap sumber makanan dianggap lebih kritikal daripada aspek keselamatan fizikal. Dalam hal ini, KPKM menggalas tugas yang sangat besar bagi memastikan kecukupan dan keterjaminan makanan dalam negara tanpa perlu bergantung kepada sumber luar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPKM di sini.

Tambah Mohamad Sabu, ketegangan geopolitik dan perubahan iklim memberi impak kepada perubahan dasar negara pengeluar dan kenaikan harga barang dunia. Katanya, ia memberi kesan rantaian kepada ekonomi domestik bagi Malaysia yang bergantung kepada import bekalan makanan hari ini.

“Oleh itu, kedaulatan makanan dilihat lebih penting daripada sekadar keselamatan kerana ia menyentuh kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan jangka panjang negara. Maka, KPKM sudah mengemukakan 32 cadangan inisiatif Belanjawan 2025 kepada Kementerian Kewangan,” ujarnya.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.
1728455261337.png
 
Kelantan Harap Peruntukan Tambahan Infrastruktur Sukan

10.10.2024 - Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Okt ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata ketika ini Kelantan tidak memiliki prasarana dan kemudahan sukan yang lengkap. Beliau menekankan bahawa kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur sukan dan menyediakan kelengkapan asas bagi kegunaan atlet.​

1728528649241.png

“Kelantan bakal menjadi tuan rumah SUKMA (Sukan Malaysia) pada 2028, dan kami berharap peruntukan tambahan ini dapat disalurkan menerusi Belanjawan 2025. Peruntukan ini amat penting bagi persiapan SUKMA akan datang serta untuk melahirkan bakat besar dalam pelbagai sukan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2349865
 
Cadangan Pelepasan Cukai Untuk Pemilik Haiwan Peliharaan

14.10.2024 - Memelihara dan menjaga kebajikan haiwan peliharaan memerlukan perbelanjaan yang konsisten oleh pemilik. Justeru, bagi pencinta haiwan di negara ini, pemberian subsidi termasuk pemotongan cukai pendapatan dilihat mampu mengurangkan beban kos yang ditanggung. Walaupun menjaga haiwan atas kerelaan, tetapi kos makanan, keperluan serta rawatan ketika ini boleh dianggap tinggi.

Pasangan Suami Isteri Jaga Lebih 28 Kucing Lumpuh, Buta

Bagi pasangan suami isteri ini, mereka memelihara lebih 50 ekor kucing termasuk sebahagiannya merupakan kucing jalanan. Ada di antaranya lumpuh dan buta akibat pelbagai faktor termasuk penderaan dan pengabaian.

“Seminggu saya habiskan diantara RM1200 hingga RM1400 dimana mereka perlukan lampin pakai buang dalam 10 paket, makanan 12 kilogram dan tidak termasuk makanan basah dan suplemen. Kos perubatan pula kalau bil itu dibawah RM1500, insya Allah saya usahakan bayaran dengan duit sendiri, kalau lebih saya terpaksa minta bantuan daripada kawan-kawan.” kata Nur Hanariawati Mohd Najib, pemilik kucing kurang upaya kepada Buletin TV3.​

1728897259262.png

Namun, sebagai pengasuh kucing atau ‘pet sitter’ sepenuh masa, mereka terpaksa berbelanja lebih atas sebab ihsan dan sayang terhadap haiwan. Berdasarkan Laporan Pengguna 2023 yang disiarkan Standard Insights, 51.1 peratus daripada lebih seribu isi rumah di negara ini mempunyai haiwan peliharaan. Daripada jumlah itu, 26.4 peratus mempunyai lebih dari satu haiwan peliharaan. Kucing merekodkan lebih 77 peratus, manakala 14.9 peratus anjing.


Isu Lambakan Haiwan Terbiar Yang Tidak Terkawal

Sementara itu, isu lambakan haiwan terbiar di jalanan disifatkan pakar, membimbangkan. Ia mengundang pelbagai implikasi negatif termasuk penyebaran penyakit seperti rabies dan kacau ganggu. Selain terdedah dengan jenayah pengabaian dan penderaan haiwan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.​

1728897226890.png

“Kebanyakkan kes lambakan populasi haiwan ini sebenarnya berpunca dari pemilik itu sendiri, kita tak dapat kawal dan sebab itu bila tidak mampu, kita lepaskan (keluar).” jelas Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali, Doktor Veterinar yang ditemui Buletin TV3. Oleh itu, kaedah pengkasian atau pemandulan dilihat dapat mengurangkan lambakan haiwan tersebut dengan cara yang lebih berperikemanusian. Bila dah membiak, dan pemilik tidak mampu menjaga mereka sama ada akan ambik mak sahaja, atau buang anak atau mak sebab tak larat nak tanggung beban.


Beri Pengecualian Cukai Pendapatan, Subsidi Bagi Mengatasi Isu Lambakan Haiwan Terbiar

Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat depan, dua isu membabitkan peningkatan kos haiwan peliharaan dan lambakan haiwan terbiar di jalanan wajar diberi perhatian.​

1728897206804.png

“Pengecualian cukai pendapatan, wujud subsidi beri kemudahan potongan harga atau bantuan supaya masyarakat boleh memandulkan kucing dengan harga mampu. Masyarakat mahu membantu kerajaan tetapi dengan syarakat mereka harus mampu, sebab kalau tidak selesaikan dengan cara begini, saya nampak kerajaan akan menanggung beban.” ujar Arie Dwi Andika, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/...epasan-cukai-untuk-pemilik-haiwan-peliharaan/
 
Usahawan PMKS Harap Cukai Baru Tak Di Perkenal

15.10.2024 - Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap kerajaan tidak memperkenalkan sebarang cukai baharu dan mengenakan cukai tambahan yang boleh mengurangkan lagi daya saing sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Presiden SAMENTA Datuk William Ng sebaliknya mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi tumpuan untuk membantu sektor itu menambah baik operasi dan pengurusan kos dengan memanfaatkan pelbagai peluang termasuk kecerdasan buatan dan perubahan susunan ekonomi global.

“Kami tetap komited untuk menyokong Ekonomi MADANI dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berharap keluhan PMKS dapat ditangani dalam Belanjawan 2025,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi Perhubungan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Kedah dan Perlis, Leonm Tang Kai Zhe pula berharap kerajaan dapat menyediakan insentif khusus kepada PMKS dalam Belanjawan 2025 termasuk pemberian elaun bagi syarikat yang menggajikan graduan ijazah dan diploma.
1728963922531.png

“Kerajaan telah menetapkan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dan banyak syarikat PMKS yang menghadapi kesukaran untuk membayar gaji kerana pendapatan syarikat yang mungkin tidak besar. Bagi lepasan diploma dan ijazah, bayaran gaji mereka adalah lebih tinggi daripada RM1,500. Jadi ini lebih membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk menggaji mereka dan mungkin terpaksa menggaji pekerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata cadangan pemberian elaun kepada syarikat PMKS itu hanya untuk tempoh tertentu seperti enam bulan untuk membantu mengurangkan beban syarikat yang menggaji graduan diploma dan ijazah. Sementara itu di Kelantan, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri itu Wan Zulkifli Wan Abdullah turut berharap agar kerajaan dapat memperbanyakkan insentif pengurangan cukai bagi penggunaan teknologi, Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan produk halal kepada PMKS. Beliau berkata insentif cukai itu adalah untuk memudahkan usahawan yang baru memulakan perniagaan, sedang dalam fasa pertumbuhan atau yang masih bergelut memulihkan kembali pernigaaan mereka sejak pendemik COVID-19.

"Kita harap kerajaan dapat beri lebih banyak peruntukan dan insentif dalam infrastruktur digital seperti internet berkelajuan tinggi dan akses kepada teknologi. Selain itu, usaha yang boleh diambil oleh kerajaan termasuk memperluaskan liputan internet serta mempromosikan transformasi digital dalam kalangan PMKS melalui program bantuan teknikal dan kewangan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
b6b8a8d9aed7ea38e0ca813420459589.jpg


Wan Zulkifli berkata kerajaan juga memberi insentif kepada usahawan PMKS melalui penubuhan dana khas dengan faedah rendah atau tanpa faedah untuk usahawan sektor itu dengan proses permohonan dan penilaian yang lebih mudah.

"Selain itu kerajaan juga perlu melindungi peniaga tempatan yang membayar cukai dengan mengawal kebanjiran peniaga warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan Kemboja kerana ada di antara mereka tidak membayar cukai untuk perniagaan seperti kedai gunting rambut, kedai runcit dan gerai buah-buahan," katanya.

Beliau turut memohon agar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula bagi menjamin hasil negara yang lebih cekap sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Belanjawan 2025 yang bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera" akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 18 Okt ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/722609
 
Kerajaan Di Seru Beri Peruntukan Lebih Untuk OKU

16.10.2024 - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap kerajaan memberikan perhatian lebih mendalam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata langkah itu selaras agenda Madani yang menekankan aspek kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan pemerkasaan semua golongan, termasuk OKU, dalam pembinaan peradaban bangsa Malaysia. Justeru, beliau menyeru kerajaan mempertimbangkan pertambahan peruntukan bagi program dan inisiatif yang menyokong pemerkasaan OKU sejajar misi Madani untuk membangunkan Malaysia menjadi negara makmur dan maju secara inklusif.

“Keduanya, menggalakkan pembangunan infrastruktur yang mesra OKU, memastikan akses yang sama kepada semua kemudahan awam, yang selaras dengan prinsip kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia. Selain itu, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk OKU melalui insentif dan sokongan kepada majikan sebagai usaha untuk membina masyarakat yang lebih produktif dan adil dan melaksanakan kempen kesedaran tentang hak dan potensi OKU.," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelaksanaan cadangan itu mampu memenuhi tuntutan agenda Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan hak asasi setiap individu, termasuk golongan OKU seterusnya membudayakan nilai ihsan selain membina masa depan negara lebih inklusif dan adil. Sementara itu, sempena sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia pada setiap 15 Okt yang didedikasikan kepada golongan kurang upaya penglihatan, Abim turut menyeru semua pihak mewujudkan rasa empati dan prihatin terhadap golongan rentan OKU.​

1729038928924.png
 
Back
Top
Log in Register