BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Tolak Cadangan Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Terus Usaha Tanggung Subsidi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Tolak Cadangan Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Terus Usaha Tanggung Subsidi​

2a1d06fe74a72304bf114fbb805aaaad6a255105d6dc5


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan langkah menaikkan harga minyak ketika negara berdepan krisis bekalan global.

Sebaliknya, Anwar berkata kerajaan akan terus berusaha menanggung kos subsidi bahan api dengan mengeluarkan perbelanjaan besar setiap bulan bagi mengelakkan rakyat terbeban.

“Berapa satu bulan kita tampung? Bukan dalam peruntukan yang lama, tetapi ketika harga minyak naik, kita bayar RM5 bilion sebulan, RM3 bilion sebulan pun ada.

“Kemudian naik sampai RM7 bilion sebulan, sekarang turun balik RM4 bilion, RM5 bilion sebulan tambahan,” kata beliau ketika berucap melancarkan Program Himpunan Rakan Muda MADANI, di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya kerajaan mengeluarkan sebanyak RM3 bilion setiap bulan untuk tempoh 10 bulan, jumlahnya mencecah RM30 bilion.

Perdana Menteri berkata walaupun jumlah itu tinggi, kerajaan mampu menampungnya menerusi langkah penjimatan selain menghentikan ketirisan dana negara.

Anwar turut menolak cadangan pihak tertentu agar kerajaan membuat pinjaman atau berhutang bagi membolehkan kerajaan terus menampung kos subsidi minyak.

“Kalau suruh hutang, saya boleh hutang sekarang, lepas itu saya tinggalkan kerajaan, anak-anak yang harus bayar. Sebab itu jalan keluarnya bukan hutang, jadi kita lakukan apa yang kita mampu,” kata beliau.

Anwar berkata langkah kerajaan itu membolehkan harga minyak di negara ini, khususnya petrol RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter, menjadi antara yang terendah di dunia.

 
Back
Top
Log in Register