BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemarau Panjang Cetekkan Sungai Anak Muring, Jejas Sumber Rezeki Penduduk

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
d96a326a1e239d7adbdc43bd3ac9370069f19ae8201c9

e780dc16630e9743230447cba9f5521069f19aefe7c34


Musim kemarau berpanjangan sejak beberapa bulan lalu telah menyebabkan paras air Sungai Anak Muring di Kampung Bukit Kechik di sini menjadi semakin cetek, sekali gus menjejaskan kehidupan harian dan sumber rezeki penduduk.

Tinjauan Bernama baru-baru ini mendapati paras air sungai berkenaan menyusut sehingga kira-kira tiga meter, menyebabkan sebahagian besar dasar sungai mula kelihatan dan alirannya menjadi semakin sempit.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Bukit Kechik, Md Noor Hasan, 66, berkata keadaan itu memberi kesan langsung kepada penduduk yang selama ini bergantung kepada sungai sebagai laluan utama dan sumber rezeki.

Beliau berkata sungai berkenaan sebelum ini digunakan sebagai laluan perhubungan menggunakan perahu dan bot, namun kini tidak lagi dapat dilalui kerana air terlalu cetek.

“Nelayan sungai juga tidak lagi dapat menahan pukat atau menjala kerana ada kawasan yang hampir kering dan aliran air hanya selebar kira-kira sekaki,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung, Ismail Junoh, 71, berkata kemarau itu turut menjejaskan aktiviti pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk kampung.

Katanya, bekalan air sungai yang semakin berkurangan menyukarkan usaha menyiram tanaman seperti sayur-sayuran dan kebun kecil secara berterusan.

“Selain itu, aktiviti menangkap ikan yang sebelum ini menjadi sumber makanan tambahan turut terjejas kerana jumlah ikan semakin berkurangan,” katanya.

Ismail berkata hasil tangkapan kini merosot ketara berbanding sebelum ini berikutan keadaan sungai yang semakin cetek.

 
Back
Top
Log in Register