BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan Di Kulim, Jenazah Tiga Beranak Selamat Dikebumi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a48e0b9bb51b5cafa18e362b320ffd21696e13d75f3fa

17483ad34fd97c06d1fcc81177ef12b6696e1408b8660

2f1bc892de8cd416f297fe4adf6856b3696e11c8cf06a


Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim-Mahang di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob pada 5.55 petang tadi.

Solat jenazah dihadiri kira-kira 700 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Al Fateh Taman Mutiara, Sungai Kob, Zulfikri Salleh.

Terdahulu, jenazah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, serta dua anaknya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, tiba di rumah ibunya di Taman Mutiara pada 3.59 petang sebelum dibawa ke masjid 10 minit kemudian.

Semalam, media melaporkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan Proton S70 yang dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Lelaki berusia 27 tahun yang memandu Proton S70 itu dilaporkan selamat dan mengalami cedera ringan, bagaimanapun kenderaan dipandunya terbakar.

 
Back
Top
Log in Register