combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bapa Allahyarham Muhammad Luqman Kamil, Jamaluddin Wahudin, 57, (kanan) dan ibunya, Siti Roslina Misban, 56, menunjukkan antara foto terbaru allahyarham yang diambil pada Aidilfitri baru-baru ini ketika ditemubual wartawan Bernama hari ini.
Dalam kejadian Jumaat lepas, Muhammad Luqman Kamil dilaporkan lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Keluarga Allahyarham Muhammad Luqman Kamil Jamaluddin menuntut siasatan yang adil dan telus berhubung kematian remaja itu yang dilaporkan lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok di sini, Jumaat lepas.
Ayah mangsa, Jamaluddin Wahudin, 57, bersama-sama isterinya Siti Roslina Misban, 56, berkata mereka masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan sekolah bagi mengetahui keadaan sebenar kejadian terbabit.
“Kami mendengar pelbagai versi cerita daripada banyak pihak mengenai kejadian ini, namun sebagai sebuah keluarga yang kehilangan anak, kami hanya berharap agar siasatan tersebut dapat menjelaskan persoalan dan kebenaran,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Lepar Hilir 3, hari ini.
Beliau berkata sepanjang berada di sekolah, setiap aktiviti luar yang disertai anaknya memerlukan tandatangannya, namun pada hari kejadian, beliau tidak pernah menandatangani sebarang kebenaran untuk anaknya menyertai aktiviti berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Luqman Kamil yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, di sini ditemukan lemas pada 2.15 petang, 18 April lepas setelah dipercayai hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok pada 17 April.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 400 meter dari kuala sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kejadian itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Luqman Kamil.
Fadhlina menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) pada masa ini adalah untuk memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga Muhammad Luqman Kamil.
Sementara itu, Siti Roslina menyifatkan Muhammad Luqman Kamil merupakan anak yang manja dan lebih suka meluangkan masa bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
Keluarga Pelajar Lemas Di Pantai Balok Tuntut Siasatan Telus
lemas, Muhammad Luqman Kamil, keluarga, siasatan