BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar IPG Lemas: Keluarga Mahu Laporan Lengkap, Telus Berhubung Kejadian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
863e454f85cff667146acf87ed5b2b3f69d464eb0371f

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini apabila rakan-rakan mangsa lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Keluarga kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani, Sabtu lepas, mahu laporan lengkap dan telus berkaitan tragedi itu disediakan oleh pihak berkaitan.

Ibu saudara kepada mendiang Joey Ling Lin Siang, yang dikenali sebagai Kee Ching Ching, 46, berkata pihak keluarga berharap laporan disediakan secara telus, terutama melibatkan prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan aktiviti berkayak.

"Kami juga ingin tahu sama ada lokasi kejadian sesuai untuk aktiviti berkayak dan berharap agar Kementerian Pendidikan (KPM) dapat menilai semula sukatan pelajaran membabitkan aktiviti luar kelas," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, tengah malam tadi.

Kee berkata pihak keluarga berharap kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Lin Siang, 20, ditemukan lemas pada kira-kira 7.30 malam semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani.

Difahamkan, mangsa lelaki berasal dari Kuching, manakala mangsa wanita berasal dari Sibu dibawa pulang ke Sarawak dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pagi ini.

Sebelum bertolak ke Pulau Pinang dari HSB pada 11.15 malam tadi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengambil peluang menyantuni keluarga mangsa dan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Lebih 100 rakan sepengajian mangsa dari IPG Kampus Perlis turut memenuhi pekarangan Jabatan Forensik dalam suasana sayu dan hiba.

 
Pantai merdeka ada pukat yg orang tinggal
Kalau tersangkut kat pukat ni, pakai life jacket pun mati
 
Pelik gak buat kt Pantai Merdeka... pi la kt Langkawi nun..

Mmg setiap jumaat sabtu kalau pi pantai merdeka akan ada grup kayak
Biasa nampak
Cuma kat area macam 200m dari kuala tu ada bnyk pukat tinggal
Kalau masa kayak tu hanyut terbalik pastu sangkut kat pukat, mmg arwah
Biasa geng kayak tak lalu area ni tapi kalau arus kuat mmg boleh hanyut masuk area ni
 
Mmg setiap jumaat sabtu kalau pi pantai merdeka akan ada grup kayak
Biasa nampak
Cuma kat area macam 200m dari kuala tu ada bnyk pukat tinggal
Kalau masa kayak tu hanyut terbalik pastu sangkut kat pukat, mmg arwah
Biasa geng kayak tak lalu area ni tapi kalau arus kuat mmg boleh hanyut masuk area ni
owh.. problem tu.. kena pantau area kwsn selamat.. bab pukat yg hanyut ni mmg susah nk predict...
 
owh.. problem tu.. kena pantau area kwsn selamat.. bab pukat yg hanyut ni mmg susah nk predict...

Aku pernah mancing area tu. Kat area dkt ngan kuala ada bnyk kayu kayu tinggal terpacak kat dasar. Bila pi dekat akan nampak pukat pukat masih sangkut situ. Mmg bahaya
 
Back
Top
Log in Register