BTC USD 82,657.3 Gold USD 4,194.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

Sapa2 pun boleh menang, tunggu giliran jer..

kalu sikit susaah nak kena... sblum ni sy sumbat 50k pun tak penah kena..

kalu dah rezeki, tak kira umurpun..:)paid

Tuah Gadis 16 Tahun Memenangi Mercedes-Benz C180K
SSP20March.jpg

Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ketiga bagi tahun ini telah telah diadakan di pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya pada 25 Mac 2006. Cabutan kali ini berjaya menarik minat ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah cabutan bertuah.

Majlis cabutan SSP ini juga amat bermakna bagi Khauselia Devi A/P Krishnamoorthy, seorang pelajar MRSM Lenggong, Perak. Pelajar bertuah yang berumur 16 tahun ini adalah pemenang Hadiah Utama cabutan SSP bulan Februari yang lalu berupa sebuah kereta Mercedes-Benz C180K. Apabila ditemui selepas majlis penyampaian kunci replika kereta tersebut Khauselia berkata, "Seorang guru di sekolah memberitahu nama saya tertera di surat khabar sebagai pemenang Hadiah Utama. Sudah tentu saya berasa amat gembira dan bersyukur memenangi kereta mewah ini. Oleh kerana saya belum mempunyai lesen memandu, terpulanglah kepada ibubapa saya untuk menguruskan kereta ini."

Menurut Khauselia lagi, ayahnya melabur RM10,000 dari wang pencennya sebagai simpanan untuk pendidikan lanjutannya dalam bentuk SSP. Dia amat berterima kasih kepada ayahnya kerana terus menyimpan dalam skim ini. "Saya percaya jika mempunyai wang berlebihan kita perlu simpan, lebih-lebih lagi sebagai simpanan dalam skim pelaburan seperti SSP," tambah beliau.

Tak kira bangsa, pangkat walaupun didesak dgn hanya RM10 je..:)paid
120225185435.jpg

SEREMBAN 25 Feb. - Sapiah Aping menunjukkan isyarat bagus ketika berada didalam kereta Mercedes Benz E200 yang dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpinan Premium (SSP) di Seremban, Negeri Sembilan.

Sapiah Apeng, 45, tidak menyangka Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 yang dibelinya di pejabat BSN Triang, Pahang pada September 2011 berjaya meraih hadiah utama cabutan untuk bulan Januari 2012.

"Memang saya tidak menyangka akan menangi hadiah utama sebuah kereta Mercedes Benz yang bernilai lebih RM300,000, tambahan pula saya beli SSP itu setelah didesak oleh pegawai BSN berkenaan.

"Apabila pihak BSN memaklumkan saya berjaya memenangi kereta mewah itu untuk cabutan SSP bagi bulan Januari tahun ini, saya terkejut dan tidak percaya. Apa pun saya rasa amat gembira dengan kemenangan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis cabutan SSP untuk bulan Februari 2012 di Terminal 2, di sini, hari ini.

Sapiah yang masih bujang dan seorang penoreh getah merupakan Orang Asli dari keturunan Semelai dan tinggal di Kampung Bukit Gemuroh, Kerayong, Triang, Pahang.

Ditanya sama ada dia akan menggunakan kereta itu atau menjualnya, Sapiah berkata, dia belum membuat keputusan lagi. – BERNAMA
 
aku still menabung kat sini setiap bulan.. dari tahun lepas lagi..

belum ader rezeki lagi. tp harapan tinggi gak kat sini..ehhe
 
dah order tapi belum sampai..

aku still menabung kat sini setiap bulan.. dari tahun lepas lagi..

belum ader rezeki lagi. tp harapan tinggi gak kat sini..ehhe

aku kalu ada xtra RM100 tu, saja2 jer buang kat SSP ni dari terbuang kat perkara yg x berfaedah..stakat ni aku dah tempah merc, emas, bmw & ipad, cuma brg belum sampai lagi.(cara aku memotivasi diri sendiri)..:)
 
aku kalu ada xtra RM100 tu, saja2 jer buang kat SSP ni dari terbuang kat perkara yg x berfaedah..stakat ni aku dah tempah merc, emas, bmw & ipad, cuma brg belum sampai lagi.(cara aku memotivasi diri sendiri)..:)

Suka dengan gaya dan cara motivasi bro...
i follow....:D
 
aku kalu ada xtra RM100 tu, saja2 jer buang kat SSP ni dari terbuang kat perkara yg x berfaedah..stakat ni aku dah tempah merc, emas, bmw & ipad, cuma brg belum sampai lagi.(cara aku memotivasi diri sendiri)..:)

ye.. kite kena macam tu... law of attraction... hukum tarikan...

sy tempah merc. warna hitam
 
aku kalu ada xtra RM100 tu, saja2 jer buang kat SSP ni dari terbuang kat perkara yg x berfaedah..stakat ni aku dah tempah merc, emas, bmw & ipad, cuma brg belum sampai lagi.(cara aku memotivasi diri sendiri)..:)


dgn duit serendah RM10 pn dh leh menempah semua itu...
mgkin dgn pelaburan terendah RM10 leh mng 1st prize, mane tau kan? tak pun umor termuda mng hadiah utama ssp...
 
BSN peruntuk 30,168 hadiah

ye.. kite kena macam tu... law of attraction... hukum tarikan...

sy tempah merc. warna hitam

UNTUK memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menang, Bank Simpanan Nasional (BSN) menambah bilangan hadiah bagi kempen Sijil Simpanan Premium (SSP) tahun ini menjadikan jumlah yang ditawarkan sebanyak 30,168.

Naib Presiden Kanan/Ketua Perbankan Cawangan BSN, Azaddin Ngah Tasir, berkata berbanding penganjuran sebelum ini, hadiah ditawarkan terus meningkat seiring dengan pertambahan jumlah pendeposit.

Menurutnya, pada tahun ini juga, BSN memperkenalkan Cabutan Khas SSP Jaminan Masa Depan serta mengekalkan dua cabutan istimewa yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu.

“Mulai tahun lalu kami memperkenalkan Cabutan Penghargaan serta Cabutan SSP High Savers dan membuat keputusan untuk mengekalkan cabutan berkenaan pada tahun ini,” katanya selepas majlis pelancaran kempen terbaru di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata, BSN juga menambah satu lagi cabutan istimewa untuk pelanggan pada tahun ini bagi menggalakkan orang ramai menyimpan dengan SSP dan menghargai pelanggan sedia ada,” katanya.

Cabutan Khas SSP Jaminan Masa Depan diadakan sebanyak lima kali. Peluang ini dibuka kepada pemegang SSP yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas sebelum tarikh cabutan dan hadiah ditawarkan adalah sebuah BMW 523i, Mercedes Benz E200 CGI, tiga Proton Inspira dan lima MyVi 1.3 setiap bulan.

P1080149-150x150.jpg

Kereta yg telah ditempah oleh Adiwira ada dalam stok, cuma menunggu masa dan ketika shj utk diserahkan..:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register