BTC USD 82,519.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelebihan SSP BSN

aku penah dapat hadiah rm380 , dia kasi dalam bentuk sijil ssp. tu pun 8 thn lepas
 
SSP patuh syariah

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pembayaran Hibah (hadiah) kepada dua juta pemegang akaun simpanan BSN GIRO-i, sebanyak dua peratus berdasarkan baki purata sepanjang tahun lalu.

Ketua Perbankan Islam BSN, Ahmad Noh Jeni berkata, pembayaran hibah kepada semua pemegang akaun simpanan GIRO-i itu telah dimulakan pada 16 Februari dan terus dideposit ke dalam pemegang akaun.

Beliau berkata, pembayaran Hibah itu adalah kali kedua dalam tempoh tiga tahun di mana pembayaran pertama dilakukan pada tahun 2009.

"Pembayaran Hibah bukanlah sesuatu yang wajib dibayar setiap tahun kerana ia adalah hadiah daripada BSN kepada para pelanggannya di atas sokong mereka selama ini," katanya di majlis pengumuman pembayaran itu di sini hari ini.

Ahmad Noh bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang yang diperuntukkan untuk pembayaran Hibah itu kepada para pelanggannya sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, untuk tahun 2012 BSN mengunjurkan pertumbuhan deposit 10 peratus untuk produk-produk yang berasaskan Syariah iaitu akaun simpanan GIRO-i dan juga Sijil Simpanan Premium (SSP).

Dalam usaha untuk memperluaskan lagi perkhidmatan perbankan Islam, BSN telah membuka sebanyak 71 buah cawangan perbankan Islam di seluruh negara di mana semua cawangan BSN di seluruh Kelantan adalah merupakan cawangan perbankan Islam sepenuhnya.

Beliau berkata, sambutan terhadap perkhidmatan perbankan Islam BSN sebenarnya tidak hanya terhad kepada orang Islam sahaja kerana 90 peratus pelanggan Akaun Pelaburan BSN AHSAN Warga Emas adalah terdiri dari kaum Cina.

Akaun yang dikhaskan untuk warga emas yang berumur 50 tahun menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding akaun pelaburan biasa. Di samping itu para pendepositnya juga boleh mengeluarkan keuntungan pelaburan secara bulanan yang merupakan ciri-ciri yang sesuai untuk para pesara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, produk Sijil Simpanan Premium BSN telah diakui mematuhi prinsip Syariah seperti mana diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam muzakarahnya pada 14 Februari lalu.

"Ketika ini sebanyak 1.6 juta orang telah memiliki SSP ini dengan nilai RM1.6 bilion," tambah Ahmad Noh.
 
Tak sangka menang kereta SSP

1ST PRIZE
MERCEDES BENZ E200 CGI

SAPIAH BINTI APENG
PAHANG
Certificate No. : 784327796
http://www.mybsn.com.my/ismb_ssp_prizes2012.html

pemenag ssp bulan lepas masuk metro arini.Berdasarkan kpd certificate no. macam baru masuk. rezeki dia baru masuk terus menang.

SEREMBAN: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Perumpamaan itu sesuai bagi Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling yang memenangi sebuah Mercedes Benz E200 CGI berharga RM375,000 melalui cabutan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini, semalam.

Sapiah yang tidak menyangka memenangi hadiah pertama bagi Januari iaitu sebuah kereta idaman ramai, bersyukur dengan rezeki diterima.

“Siapa sangka, seorang penoreh getah biasa memenangi hadiah kereta mewah dengan hanya menyimpan sejumlah wang di dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) dikendalikan BSN.

“Walaupun tiada lesen memandu, saya akan cuba mendapatkannya kerana kini ada kereta sendiri,” katanya ketika ditemui di Terminal 2, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dimaklumkan kakitangan bank terbabit melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun, saya tidak percaya memenangi kereta Mercedes Benz yang menjadi idaman ramai.

“Ketika tiba di sini, saya terkejut berikutan tidak percaya kereta berharga RM375,000 menjadi milik saya,” katanya yang belum berkahwin.

Sapiah berkata, dia tidak bercadang menjual kereta itu, sebaliknya akan menggunakannya sebaik mendapat lesen.

“Saya tidak akan menjualnya dan buat masa ini akan menyuruh adik lelaki menjadi pemandu tetap saya,” katanya berseloroh.

Ditanya bagaimana beliau tergerak hati untuk melabur dalam SSP, Sapiah berkata, dia disarankan kakitangan BSN di Bera supaya mencuba nasib memasuki pelaburan itu.

“Saya berharap Orang Asli di negara ini dapat memasuki SSP bagi membantu dan menjamin kehidupan mereka,” katanya.

http://bacapaperku.blogspot.com/
 
BULAN JATUH KE RIBA
:):D:)cgrock
 
betul la

ada staff bsn klj nasihatkan aku dlu utk renewkan no ssp yg dah bertahun cus skg no baru yg byk kena aku x caya wdraw jerk semua..hmm gitu..
 
SSP aku dekat 6tahun dah bernilai 2k..apa pon x dapet jang oii,ingt tahun di nak tebus balik.
 
semua mampu menang, cuma perlu cuba dahulu..

BULAN JATUH KE RIBA
:):D:)cgrock

So, itu buktinya sesiapa saja bole menang. Tak semestinya yg Kaya2 dan yg beli Byk2 saja bole menang..yg pentingnya kita menabung utk kecemasan mengikut kemampuan dgn simpanan berlandaskan Syariah. Ibra' pun dpt. Nothing to lose. Istiqomah, moga2 giliran kita akan tiba jua..:)
 
InsyaAllah..... InsyaAllah...
 
aku penah dapat hadiah rm380 , dia kasi dalam bentuk sijil ssp. tu pun 8 thn lepas

samalah.tapi aku dapat rm100 je. sejak tu dah tak main ssp dah, masuk asb, lagi better..hmmm... :):)
 
samalah.tapi aku dapat rm100 je. sejak tu dah tak main ssp dah, masuk asb, lagi better..hmmm... :):)

Bro,
Saya pun pernah dapat RM100...he..he...he...rezeki jugak tu...tapi okey jugak kalau beli banyak ...sandarkan sijil tu balik kat bank....kalau 2 th 3%, 5 th - 10 th 4%...
 
Back
Top
Log in Register